Kalau ke JB, tak sah rasanya kalau tak merasa makan roti kacang pool. Namanya mungkin pelik tapi it's a local-version of beef chilis, pada aku. Dihidangkan bersama roti yang dibakar sikit setebal 3 inci, dan sesuai dimakan setiap masa - untuk sarapan pagi, makan tengahari (light lunch), minum petang ataupun untuk supper.
Antara tempat yang famous untuk merasa kacang pool di JB ni adalah di Medan Selera Bomba Larkin, just across Balai Bomba Larkin. Inilah rupanya roti kacang pool yang boleh didapati di Medan Selera Bomba Larkin... harganya RM3.50 sahaja satu set.
Dan jika anda menikmati keenakan roti kacang pool, tidak lengkaplah jika tidak pekena sekali ais kacang JB yang top. Siap masuk paper ais kacang ni!! Yang aku suka ais kacang ni sebab kacang dia sebijik, sebijik dan adunan gula merah, hijau, hitam dia memang ngam-ngam je lah tak tawar dan tak berapa manis.
Ni, ais kacang special untuk tatapan semua. Untuk ais kacang spesel, ada dua scoop aiskrim, harganya hanya RM3.80....
Enjoys, ok!
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
5 comments:
haihhh sedapnya nampak ais kacang tu!
kacang hantu poii..hihihi
alamak sedapnya abc tu.. dah lah tgh pantang neh..tsk tsk tsk..betul2 menduga keimanan
isshh...buat leleh ayor lior jer.
bestnye roti kacang pool tu...kalu ngidam boleh belikan ke..hihi
deo,
rasa kacang pool tu rege RM4.00.
puding_melo
Post a Comment