Last week was all about anticipating the long weekend because of Wesak Day on Friday. Isnin hingga Khamis tu, macam biasa lah makan tido lari je kerja aku. One notable achievement untuk aku ialah aku berjaya lari 21km pagi Khamis tu, masa aku 2jam 7minit.
Khamis malam tu, seperti yang telah dirancang lama jugak, seawal bulan Februari rasanya, aku siap-siap dengan backpack aku dan Coleman aku untuk ke KT, mencandat sotong sambil bercuti dengan Kabas Rebanamaya (kabas tu singkatan kepada kaum-kaum basi heheheh). Dan bermulalah 5 weekends aku di 5 lokasi berlainan - KT, Penang, Ipoh, JB, KL/Shah Alam.
Aku sepatutnya naik bas jam 10pm (bas terakhir JB-KT), tapi bas Transnasional tu dari Singapura terlewat tiba. Dengarnya jem nak masuk ke Malaysia sebab dah mula cuti sekolah di Singapura. Akhirnya, bas sampai juga jam 11.30pm dan bergerak ke KT tak lama lepas tu.
Cuma dalam bas tu aku agak tak selesa. Satu, sebab kaki aku masih tak cukup recover dari larian aku pagi tu, dalam bas tak boleh completely melunjur. Then, air cond sejuk sangat. Ketiganya, ada satu grup (dalam 6 orang) orang-orang dewasa or agak tua yang naik di Singapura yang boleh bersembang kuat-kuat dan gelak-gelak dalam bas tu pulak time orang lain nak tidur.
Asal bas berhenti untuk supper, buang air je, diorang bising-bising turun bas, pastu bila naik bas balik, bising-bising dalam 30minit pastu tidur. Ada laa 3 kali bas berhenti. Pastu around 4.30am, bila one of them terjaga, dia buat bising and the rest followed. Bila bas berhenti solat Subuh, takde pulak nak bising-bising? Memang aku pissed off dengan grup tu. Dan waktu kat stesen bas KT, nak balik ke JB, aku nampak grup tu lagi. Nasib baik diorang tak naik bas sekali dengan aku. Lega!
Anyway, aku tiba di KT around 7.30am kot?! Aku nampak Par dan Aishah yang dah sampai dari KL lagi awal, maybe 6am or so. Tak lama lepas tu, hos kitorang kat sana, si PO pun sampai untuk fetch kitorang. Breakfast - cadangnya nak makan nasi dagang tapi kedai tu tak masak nasi dagang pulak hari tu, hari cuti kot.
First destination, PO bawak kitorang ke one of the famous landmarks kat Terengganu....
Menurut PO, lagi ramai orang amik gambar stadium ni bila dah runtuh daripada sebelum runtuh. Hehehe. Sementara tunggu kunci homestay, kitorang pusing-pusing dulu. Around 10am, checked in kat homestay tu, a double-storey link house, 4 bedroom, 3 bathrooms, just opposite KT airport. Sangat ok homestay tu, all rooms are air-conditioned, boleh masak kalau nak, washing machine ada siap detergent, astro basic channels pun ada.
After Friday prayer, kabas yang bermalam di Kuantan tiba - Angah, Wan, Arc, LB, Delinn, Sempoii. We headed for lunch, makan nasi dan sup ala Kelantan. Murah sajork to our surprise! Kitorang budgeted RM270 untuk makan berkeluarga 9 orang sepanjang trip ni, dan.... tak habis pun RM270 tu. Cayorklah KT!
Lepas Asar, kitorang ke jeti. Aku, Par dan LB ikut mencandat. Yang lain-lain babai-babai je kitorang dan lepas tu dan sepanjang malam tu tak tau lah diorang merayap ke mana. Angah dengan Wan pulak gi mencandat kat Kota Bharu. Lumayan jugak hasil tangkapan diorang, bermeter-meter kain batik, berpuluh-puluh helai tudung. Heheheh...
Cerita bab mencandat pulak... hmmm... nantilah aku sambung pulak, dah panjang ni.
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment