Tak banyak cerita minggu ni since weekend aku kat JB je, spending my second last weekend here. Weekdays pun ceritanya, kerja macam tak kerja, makan, tidur, berlari. Tu je. Cuma ada few things happened that worth mentioning laa (yang aku rasa laaa) ekekekeke....
I did two firsts in my life last week!
First, aku registered untuk my first oversea run! tapi takde lah jauh mana pun, kat Singapore je this December. Mulanya aku pun takde lah rasa oversea sangat larian aku nanti tapi waktu aku nak register tu, dia mintak no. passport, selalunya kita bagi nombor KP je. Waktu tu barulah terasa ke'oversea'annya larian aku tu nanti. Tarikhnya 5 Disember, aku registered for Half Marathon (21km) category. Start point will be in Sentosa dan tamat di Padang/Esplanade. Kalau korang nak join aku, boleh check it out kat sini
Dan aku ada lah planned tahun depan aku nak gi berlari jauh sikit lah dari Malaysia, dari KL. Yang aku rasa aku boleh confirmed, mungkin Borneo Run kat K.Kinabalu. Then, aku target either Bali or Pattaya. Kalau nak best, maybe Gold Coast. Lagi nak best, dream run aku, of course lah London atau Boston Marathon. Tapi yang macam London Marathon ni ada quota for non-British dan kena apply. Masalahnya, yang 2011 race punya application pun dah tutup. Haish...
Second first untuk aku yang berlaku minggu lepas, aku derma darah buat pertama kali dalam hidup aku. Company aku ada buat program derma darah dengan Johor Specialist last Friday. Aku tak sure apa benda yang menyebabkan aku tak derma darah sebelum ni tapi aku rasa best gila derma darah ni. Tapi dengan syarat, diorang bius dulu laa dengan jarum kecik sebelum dia hisap darah dengan jarum bagak.
It took just a little over 5 minutes je nak dapat darah satu pint. Isi questionnaire form lagi lama, borak dengan orang hospital lepas dia cabut jarum tu lagi lama. Pastu, dah derma darah tu, dapat pulak macam-macam goodies, dapat organizer box letak dalam bonet kereta, dapat hand towel company aku kasi, dapat biskut tiger, milo lagi. Man! I never knew donating blood is so much fun and the rewards is so much. Hehehe...
Definitely it's not going to be my last time lah tapi dengan syarat di atas tadi tu. Bius dengan jarum kecik, baru masuk jarum bagak!
Another thing I want to share, tadi lepas lunch aku beli Panini's Official World Cup Sticker Album. Kalau korang kecik-kecik dulu pernah main menatang Panini ni sure korang tau, especially to boys laa. Beli album dia kacang je, tapi nak beli sticker tu yang masalahnya. Pastu bila beli sticker pack (5 pieces to a pack), dapat sticker yang sama pulak, dah nak kena cari kawan-kawan nak trade.
Dulu waktu aku kecik-kecik, aku ada dua atau tiga collections je, World Cup, WWW (collect gambar haiwan-haiwan) dan satu lagi aku tak ingat. Macam aku cakap tadi, beli album senang je, nak penuhkan album dengan stickers tu yang jadi masalahnya. Dan album-album aku tu, takdelah yang penuh, walaupun separuh. Almaklum, duit belanja kecik, lepas tolak duit makan, ada balance, kumpul 3-4 hari baru dapat beli satu stikcer pack. Dah beli satu pack, dapat pulak sticker yang dah ada. Huhuhu...
Tapi sekarang ni, Panini buat style, siap korang boleh request kat diorang (kena beli lah) stickers apa yang korang nak, yang korang takde lagi - up to 100 stickers. Pastu, kalau beli satu kotak, ada 100-150 packets, siap dapat diskaun lagi. So, siaplah... memang aku target aku nak beli ikut kotak je, tak main dah beli ikut sepacket sepacket ni. Dan aku vouch aku akan penuhkan album aku tu. Hehehe...
So kalau ada anak-anak, adik-adik, anak-anak sedara korang yang nak trade stickers dengan aku, cakap ye... nanti aku publishkan list of stickers wanted or to-trade.
Ok, bye!
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
4 comments:
ko baru 1st time derma darah???kihkihkih rugi ooo...sbnrnya bgs derma darah...lps ni bole derma lg...
ms aku kecik2 dulu pun ada gak kumpul2 menatang tu...haha
aku dah 3 kali derma :-). Hubby pun baru first time derma 2 minggu lepas kot.
eh masa kecit2 dulu aku pun kumpul sticker thunder cat ekeke, tapi tak complete2 ekekeke
Mario,
Ok lah kan baru sampai seru tapi memang best derma darah ni kan? Kecik2 dulu kumpul penuh tak? Kalau tak penuh, kena laa repeat kali ni kasi penuh.
Ed,
Cakap kat Aziz, darah dah derma, lemak kena derma sekali heheheh...
tertarik dgn ur offer to swap stickers.
aku pon baru mula collect sticker2 2.
maaybe lepas ni boleh tukar2
(:
Post a Comment