Friday, August 14, 2009

Bila itu sudah tiada


Bila something tu takde, mulalah kita terkenang-kenang kan?

Semalam aku teringin sangat nak makan durian. Tapi no where to be seen dah durian sekarang ni. Orang kata kat Jusco ada. Tapi tak best yang tu sebab dah dikopek, dah dikeluarkan isinya dan dipack kan. Tak thrill lah jadinya kalau aku tak nampak kulit durian tu kan? Dan tak thrill lah jadinya kalau aku tak robek kan kulit durian tu kan? Anyway, aku stop kat satu kedai jual buah ni, mulanya nak beli mangga. Tapi tak bersemangat lah pulak tengok mangganya tak macam mangga Perlis ataupun mangga yang dijual di R&R Ayer Keroh.

Dan sambil aku tenung mangga tu dan sementara tunggu tokey tu nak layan aku, aku rasa buah duku langsat dan tersedap lah pulak. So, aku beli duku langsat je lah buat makan sesambil aku berladang semalam. Dan sambil aku makan buah duku langsat sesambil berladang tu, terfikir lah aku kalaulah ada Farm Town versi Malaysia, mesti ada pokok langsat, pokok ciku, benda-benda macam tu lah. Dan crops yang paling mahal sure lah durian kan? And it will take maybe 2 minggu baru durian tu ready to harvest. Heheheh....

Tidur malam semalam, aku mimpi jumpa seseorang. Seseorang yang telah tiada. Aku mimpi aku jumpa arwah abah aku, abah angkat aku. For those who knows me, aku ada satu keluarga angkat yang memang rapat. Yang treat aku macam keluarga diorang sendiri. Walaupun aku tak tinggal dengan diorang, tapi dari kecik lagi aku dah rapat dengan diorang. Dan bukan sahaja limited to mak, abah, abang, kakak angkat. Aku ada anak sedara angkat, pakcik, makcik, atuk sedara, jiran, family friends semua tu lah. Semuanya angkat. Heh...

So, aku mimpi semalam. It was a sad and tearful dream. Dalam mimpi tu, abah aku pakai biasa je pakaian malam-malam berkain pelikat. Aku ingat yang mak angkat aku dan kakak angkat aku ajak abah aku belanja makan. Tapi, abah aku kata tak boleh malam ni sebab dia nak hantar aku balik Ipoh. Dan aku ingat aku peluk abah aku dan cakap kat dia berulang kali yang aku rindu kat dia sangat-sangat. Tapi abah aku senyum je and he mentioned something like nanti kita jumpa, lepas tu dia baca satu ayat dalam bahasa arab which I can't remember.

Dan bila terjaga tu, bercucuran lah air mata aku secara auto cruise. Diselang seli dengan bunyi kambing aku mengembek dalam Farm Town kat ruang tamu. Sedih! Semoga roh abah ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman.

Anyway, ni ada aku baru terdengar satu lagu yang sungguh indah dan sungguh sedap. Mungkin korang dah dengar, aku tertinggal bas sebab aku tak tengok teater ataupun movie PGL. Dan aku tak pernah dengar lagu ni kat radio, which I think it's a big wastage. Aku yakin kalau lagu ni bertanding AJL, sure boleh menang punya.

So, have a good Friday and weekend. Sayangi sepenuhnya mereka yang masih ada di sisi. Enjoy this song.




3 comments:

frappe_crush said...

hmmm..tercurah jugak aku baca entry hang..

Doctors by night said...

hallo from italy

Cik Sue said...

Deo, ini ke lagu yg Raz nyanyi masa menang karaoke tu ? Lu sampai jatuh cinta dgn lagu ni dgr nyanyian Raz tu ekk...

Related Posts with Thumbnails