Ni ada gambar-gambar sikit daripada Harvest Part (Pesta Menuai) kat ladang aku kat FT. Bukanlah party apa sangat pun, cuma tanaman aku semua masak serentak jam 3pm on Friday, itu je. So, ada lah sikit-sikit nenas, cotton, blueberry and cabbage. Dan takdelah ramai yang datang walaupun 14 orang RSVP kata nak datang, mungkin time kerja kot. Yang ada pun, muka-muka basi tu juga. Ekekekek....
Seperti biasa, sesi bergambar sebelum bermula party. Tapi time ni Arc takde, katanya gi balik kejap tukar spender. Ye laa dari pagi berladang, sure berpeluh kan? Nak berparty kena tukar spender dulu lah.
Dan sebelum aku hire diorang, aku suruh diorang nyanyi Negaraku dulu. Ye laa kan sempena bulan Merdeka ni? Kena lah patriotik sikit kan? Lagipun, kalau coins dah berjuta-juta beli mansion tu boleh, takkan lah nyanyi lagu Negaraku pun tak boleh kan? Dan jangan lupa bayar tax, jangan jadi macam Khir Toyo. Oppsss....
Dan ini gambar diorang tengah menuai, senyap masing-masing. Kalau sebelum menuai tu punyalah bising, macam anggota Rela buat serbuan kawasan tempat tinggal PATI je kecohnya. Bila dah dapat kerja, sikit pun tak berbunyi...
So, tengok lah minggu depan ada party lagi ke tak. Al-maklum sempena bulan puasa takkan nak party-party kan? Ataupun aku organize Islamic party. Tapi, minggu depan aku kerja on Friday. Hmmm...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment