First of all, selamat berNisfu Syaaban semua. Nisfu Syaaban inilah bila buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. So, semoga buku kita tahun ni lebih cantik dari yang lepas.
Okay, ni aku nak cerita 3 benda yang berlaku ke atas aku sekitar Nisfu Syaaban.
1. Semalam aku ada department lunch. Mulanya macam bosan jugaklah aku nak pergi sebab balik-balik tengok muka tu, balik-balik dengar suara tu, kan? Tapi aku pergi je lah buat muka stone. Tu pun aku drive sendiri, tak tumpang or naik kereta dengan sesapa pun. Kitorang makan kat Sizzling Stonegrill apa tah, yang jenis makan ada batu panas tu. Sampai merecik-recik kat baju aku. Itu tak jadi hal.
Yang jadi halnya, semalam tu aku pun hilang ingatan buat seketika. Ekekeke... lepas waiter tu amik order aku, aku belek-belek balik menu. Aku tak ingat apa yang aku order. Ekekeke... then ada dua orang lagi office mates aku baru sampai, duduk sebelah aku. Diorang tanya aku order apa, aku cakap aku tak ingat. Seriously! Then aku terfikir yang aku tak order air lagi. Aku nak order teh je sebab tak boleh minum ais, ada batuk sikit.
Aku pun macam tercangak-cangak nak panggil waiter yang amik order tadi tu. Sebelum sempat aku panggil dia, ada se-pot teh lipton sampai depan aku. Aku pun tanyalah waiter tu, ni teh aku ke? Dia kata ye. Ohh dah order rupanya. Tak lama lepas tu sampai lah makanan depan aku. Aku macam confuse samada tu yang aku order atau bukan. Aku tanya orang lain, sape punya ni? Semua macam geleng-geleng kepala, so aku anggap tu makanan yang aku order lah tu. Adehhh....
2. Malam semalam, aku solat maghrib kat Masjid BBU. Ada bacaan Yassin sekali sempena nisfu syaaban ni. Bacaan Yassin 3 rounds - round one untuk mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah, round two untuk mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah dan round three untuk mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.
Aku takdelah masalah apa nak baca tiga rounds tu. Yang menjadi masalahnya, imam yang lead bacaan Yassin tu punyalah laju dia baca. Adehhh tak sempat bernafas aku jadinya. Time aku telan air liur pun boleh tertinggal setengah ayat. Macam shinkansen lajunya.
Dah le aku dah lebih sebulan dua jugak tak baca Yassin ni. So, first round je aku dah tertinggal 3 ayat. Habis second round je aku rasa aku tertinggal one and a half page dan bila habis 3rd round tu, adalah aku tertinggal 4 muka. Terkemput-kemput aku jadinya. Tapi yang aku respek, pakcik-pakcik otai cool je ikut baca takde tertinggal keretapi pun diorang.
3. Pagi tadi aku bangun sahur, makan nasi goreng mamak yang aku tapau malam tadi. Hmmm... lepas sahur sementara tunggu Subuh tu macam tak boleh lelap je dah. Aku pun bukak facebook. Dah tak tau nak tengok apa lagi kat facebook tu, aku pun masuk F.Town. Hmmm... macam tak bersemangat je ladang aku tu. Aku pun baru level 3. So, aku bertekad untuk memajukan ladang aku dan menjadi peladang berjaya!
Mula-mula tu aku tengok ciput je duit aku macam mana nak beli seeds? Terus aku takde mood balik. Then aku gi marketplace, aku amik upah plow dengan harvest ladang orang. Aku amik je kerja apa pun, even plowing yang bayar 5 coins je untuk seplot tanah. Tapi terkemput-kemput aku nak plow dengan harvest sebab connection macam kimput. Akhirnya, penuh laaa ladang aku dengan beberapa bidang tanah yang dah terplow sebagai permulaan. Dan dah sampai level 7 dah aku tadi. Aku stop pun sebab nak gi kerja. Siap ada plan nak amik MC tu. Ekekekek....
Sebenarnya, malam 14 Syaaban hari tu aku termimpi aku main F Town ni. Aku mimpi macam ladang aku cantiiiikkkkk sangat, banyak sangat tanaman yang subur-subur. Pastu aku nak beli something, duit aku tak cukup pulak. Hmmm... aku rasa tu macam petunjuk kat aku laaa untuk start main F Town. Ekekekeke.... So, siaplah sesapa yang dok kecoh-kecoh kat tagboard tu pasal farm ni, nak gi kebun kutip tanaman lah apa lah tu. Kalau aku potong level korang nanti, memang aku calatkan masing-masing. Siap laaa...
So, buku catatan aku ni ada lah tertulis nanti antara top ten benda yang aku buat, ialah main F Town. Heheheheh....
DAY 2 PERTH 15/9/2024 - FREE AND EASY
1 month ago
5 comments:
Ko tak boleh calat aku Deo sebab aku dah Level 34 ekekekeke Meh jadi neighbor aku,aku boleh tolong ko kalahkan Limah ,DeLinn, sama Arc
Azrul Hussin Tak payah lah hantar requests Farm Town ke Farmville ke Barn Buddy ke kat aku. Aku tak main semua tu...
31 July at 15:45 · Comment · Like
Ni kes lain Famil. Aku dapat petunjuk, the night before aku mimpi main F Town, ladang aku cantiiiikkkkk... ekekekek
akhirnya main jugak ko ek. kira aku je yg terselamat. hehheheheheheh
alasan je tu... ke egoan nya dah terluntur sebab nak jugak join kan.. ekekekkekee
Post a Comment