Hari ni aku first day masuk office di bulan Ramadhan. Penat traveling semalam tak habis lagi ni. Dari jam 8am aku dah ke stesen keretapi Ipoh naik shuttle Ipoh-KL, jam 9am. Sampai KL Sentral jam 12pm, aku naik LRT pulak ke Menara TM, aku park kereta aku kat situ. Then, aku ke Pantai Medical Center amik ubat yang doktor prescribed kat aku.
Daaannnnn.... di situlah hati aku jatuuuuhhhhhh... ekekekekek... ada sesiapa kenal tak pharmacist kat Block C tu? Aduuuuhhhhhh.... ini lah agaknya rahmat Ramadhan, lawaaaaanyaaaaaa lah awek tu, sampai terkedu-kedu aku nak cakap apa-apa. Waktu kat kaunter amik ubat tu, aku nak angkat kepala aku tengok muka dia pun aku segan. Aku hanya mampu angkat kepala aku ke paras dada dia je. Oppssss puasa laaa. Ekekekeke....
Then, aku ke Midvalley jap gi kedai Evelyn & Crabtree tu, nak cari body lotion ni. Waktu aku tinggal kat Hilton Abu Dhabi dulu tu, aku rembat banyak body lotion brand ni. Dan serasi pulak dengan kulit badan/muka aku. Since, lotion yang aku rembat semua tu dah nak habis, aku kena beli lah kan. Bila nak bayar tu, nalaaaa punya harga RM130 sebekas. Bayar juga lah demi kecantikanku ini. Ekekekeke....
Lepas tu baru balik Shah Alam, dalam jam 2pm sampai rumah. Aku berehat jap, berladang sikit. Dan jawab panggilan/email dari office, sampai terganggu tidur aku. Sialan! Jam 6pm siap-siap packing, 6.30pm aku gerak balik JB. Aku tak berhenti pun time berbuka, aku makan kacang putih sepeket yang mak aku bekalkan dengan minum susu cokelat je. Sampai JB around 10.30pm, gi rumah member aku hantar dan pasang sikit-sikit barang yang aku beli kat Ikea hari tu. Then, singgah McD beli bubur ayam untuk bersahur, sampai rumah jam 12.30am. Korang dengar macam mana aku travel pun penat, kan?
Tuned in tu - pasal weekend ni aku nak pindah, duduk dengan member secompany kat Mutiara Rini. Jarak tempat ni dari ofis aku tak lah sejauh tempat aku tinggal sekarang. Tapi time datang dan balik kerja dia mengikut arus. So, perjalanan yang 15 minit boleh jadi 50 minit. Since aku dah beli apa-apa barang yang patut untuk pindah ni, dan aku dah mapped dalam kepala aku, macam mana proses pindah, nak angkat macam mana, apa yang nak angkat dulu, pastu dah angkat, nak letak kat mana semua tu, barulah ada semangat dah tertuned in dah kat kepala untuk pindah.
Tu je lah ceritanya...
Sempena bulan puasa ni, kalau korang tak tau nak beli kuih apa petang ni (beli je lah kan, nak buat jangan harap laa...), lihatlah gambar kuih buah melaka buatan tangan mak aku ni. Aku tukang rebus dan golek-golek kat kelapa je. Heh...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
perghh... pakai crabtree & evelyn utk menjaga kecantikan.. err ko dah bertambah cantik berapa %? hahahaa
Post a Comment