Hari ni hari ketiga berbuka puasa. Apa lagi yang best nak diceritakan time puasa ni kalau bukan cerita pasal makanan kan? Bersahur pagi tadi makan apa, berbuka ni nak makan apa? Ekekekek....
Aku nak cerita pasal first day puasa. Aduuuhhh rasa nak pengsan, kepala berdenyut-denyut. Aku ter tak bangun sahur. Bukan tak bangun, jam dah bunyi dah jam 4.30am. Cadangnya aku nak keluar laa gi makan, gi Burger King ke mamak ke, then terus Subuh di masjid Shah Alam. Tapi punya laa mengantuk, aku tak larat bangun. Nak bangun ke dapur minum air pun aku tak larat. Pastu knowing the fact that aku kena bangun awal sebab train aku ke Ipoh at 9am. Aku sambung tidur balik.
Dan bermulalah perut aku berangin je seawal 7.30am. Mana taknya, last aku makan was before solat Jumaat. Malam tu pun lepas terawikh aku minum susu cokelat segelas je. Itu yang dalam train aku tidor je tu, terjaga pun sebab train berhenti dan aku tengok dah sampai mana dah. Then sambung tidor sampai laa ke Ipoh. Tapi ok laa first day puasa tu walaupun jenuh menahan lapar nya, dahaga tak sangat. Hehehehe...
Semalam ok je laa puasa. Dah macam biasa, aku ke Kampar dengan mak dan adik aku menziarah mak dan kaka angkat aku. Pastu ke Tesco Kampar jap, aku nak cari bayam dan cendawan, aku nak goreng tepung untuk berbuka puasa semalam. Bayam goreng ni aku first makan dalam sebulan lepas dekat gerai-gerai yang jual makanan petang-petang kat luar Uniten Bangi. Memang aku tak pernah makan ataupun jumpa bayam goreng sebelum ni. So, petang semalam, projek aku lah tu goreng bayam. Ini rupanya....
Dan bayam goreng aku ni dapat thumbs up dari anak-anak buah aku. Siap diorang cakap, "lagi sedap dari kedai tepi longkang tu (kedai kat Uniten tu laa)" ekekekeke... pandai depa ni, nak duit raya lebih kot?
Banyak side dishes kalau berbuka puasa kat rumah mak-pak aku ni. Kalau aku sendiri berbuka, aku makan nasi je. Kuih pun aku beli agar-agar RM1 tu je. Tak kuasa nak beli benda-benda lain. Dan aku tak paham ada sesetengah orang tu, tiap-tiap hari berbuka nak kena beli murtabak. Hari tak puasa takde pulak makan murtabak. Dan oleh sebab itu, pasar ramadhan ni pada tanggapan aku is a waste of time and money. Ekekekek...
Anyway, selain bayam goreng, semalam ada mushroom goreng, ada karipap (ini projek aku gak, tapi aku goreng je laaa)
dan juga puding laici (kakak ipar aku punya projek) serta tembikai sebagai pencuci mulut...
Ok lah lagi 6 jam setengah nak berbuka ni. Kena fikir nak makan apa ek?
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment