Friday, August 21, 2009

Tulisan belakang t-shirt


Kalau aku Majlis Fatwa Kebangsaan, aku akan introduce dua perkara untuk melarang seseorang (lelaki) bersolat jemaah di masjid. Larangan-larangan ini adalah untuk membantu mengelakkan jemaah lain untuk menjadi tidak khusyuk dalam solat.

Perkara satu, seseorang (lelaki) itu memakai seluar low-cut sehingga menampakkan seluar dalam (jika dia pakai seluar dalam) ketika sedang sujud atau duduk antara dua sujud. Jika didapati seseorang (lelaki) itu memakai seluar low-cut sehinga menampakkan seluar dalam (jika dia pakai seluar dalam) ketika sedang sujud atau duduk antara dua sujud, dia hendaklah diarahkan mengenakan telekung khas dan jika dia enggan, hendaklah diminta meninggalkan saf.

Perkara dua berkaitan dengan kebangkitan trend membuat t-shirt/baju zaman sekarang yang suka sulam tulisan-tulisan atau website di bahagian belakang baju. Seseorang (lelaki) yang memakai t-shirt/baju yang mempunyai apa-apa tulisan ataupun url di belakang baju hendaklah diminta memakai t-shirt/baju secara terbalik ataupun diminta mengenakan telekung khas dan jika dia enggan, hendaklah meminta meninggalkan saf.

Heh! Perkara dua tu kan, macam-macam tulisan yang ada sekarang ni kat belakang t-shirt/baju jemaah. Ye lah masing-masing nak promote website company/projek masing-masing kan? Tadi ada jemaah depan aku, pakai t-shirt belakang dia tulis 'http://www.sisa.my'. Jenuh aku dok fikir, apa benda company nama Sisa tu? Company tu buat apa? Proses sisa pepejal ke? Ataupun company apa yang acronym nya SISA? Jenuh juga aku fikir Syarikat something something...

Dan bila aku sampai rumah, aku try search. Takde pun website http://www.sisa.my tu. Bila aku try http://www.sisa.com.my, website tu under construction pulak. Ataupun kalau nak kasi longgar/ringankan sikit larangan yang aku buat tadi tu, hanya pemakai t-shirt/baju yang ada url website yang valid dan aktif sahaja dibenarkan solat jemaah di masjid. Aduhhh penat pak guard masjid nak check! Ha ha haa...

Anyway, aku baru perasan masjid Shah Alam macam dah renovate tile kubah belah dalam, rasanya. Dan chandelier besar belah tengah dah takde. Hmmm... lamanyaaaa aku tak gi masjid tu.


No comments:

Related Posts with Thumbnails