Saturday, April 11, 2009

Looking forward and around around


Ish.. tah penyakit malas apa yang melanda diri aku ni? Nak update blog malas, nak ke gym pun malas, nak makan pun malas, nak keluar dari rumah malas, nak buat kerja pun malas, nak tukar-tukar channel tv pun malas, even nak switch on suis tv pun malas, nak lipat baju malas, kalau pasang laptop kat rumah pastu battery dah low, nak plug in charger laptop pun malas sampai aku biar je laptop tu kehabisan tenaga. Nak isi/submit tax form lagi laaaa malasss kan? Nak buat kuih, bakar kek, jahit langsir, semua tu dah tentulah aku lagi malaasssssss kan (tak pernah buat pun ekekekek)

Bila dah segala-gala benda aku malas ni, mulalah nak tidur je rasanya. Nak bangun lewat je. Badan pun rasa suam-suam kuku badak je. Mulalah nak pasang aircond je sampai maximum. Mulalah nak berlingkau je macam ulau dalam belukau. Ni pun aku update ni sebab ada status makcik sorang tu kat YM, "apsal la depa ni malas sangat update..." Sentap ok! So, aku update lah jugak.

Agaknya lah penyakit aku ni berkait dengan ke'looking forward'an yang ada dalam diri aku ni. Adalah beberapa benda yang aku look forward. First, nak gi tengok konsert Samsons & MUH malam ni. Then, next week nak gi Abu Dhabi. Balik dari Abu Dhabi, nak gi team building. Walaupun aku tak berapa excited sangat sebab ada ke team building sampai 200 orang? Bengong tul. Cuba korang bayangkan kalau buat obstacle course tu, dengan badan sorang-sorang sebesar peti ais 2 pintu kat rumah aku ni (peti ais ni je benda besar yang aku nampak sekarang ni), kalau acara tu mula jam 9am, aku rasa mau lah sampai maghrib baru habis.

Pastu cuba korang bayangkan kalau nak buat group presentation. Katakanlah pecah kepada 10 kumpulan. Satu kumpulan 20 orang peserta. Nak buat pertandingan drama peringkat sekolah-sekolah laa pulak gayanya. Active participation and contribution sure lah takde kan kalau dah 20 orang. Pastu kalau satu group buat presentation selama 10 minit, pastu kalau dapat pengacara yang gila microfon cakap tak henti selama 3 minit, satu group dah amik secara total 13 minit. Kalau 10 group, tak ke 130 minit? Argghhh bengong bengong! Ni semua sebab (syyyy... meh aku bisik...) ada satu subsidiary company aku yang sejak hari tu protes kitorang anak tirikan diorang.

Sekarang ni ada 2 subsidiaries yang kitorang pegang 100%. Selalunya bila ada function, kitorang jemput semua staf 1 subsidiary ni tapi yang 1 lagi ni kitorang jemput senior management diorang je. So, diorang tak puas hati laa. Weh... logiklah yang subsidiary satu ni ada kurang 10 orang je staf, yang kena 'anak tirikan' ni ada 70+ staf. Tu pun tak boleh fikir ke? Kalau dah 70+ orang tu, buat laa team building sendiri, buatlah family day sendiri, buat lah annual dinner sendiri.

Ini tak. Nak menempekkkkkkk je kat kitorang. Pastu dah le menempek, diorang conquer pulak tu aktiviti-aktiviti. Kalau ada karaoke, lepas sorang orang dia, sorang orang dia nyanyi, sorang lagi orang dia nyanyi. Kalau menang lucky draw tu, hadiah yang best best asyik orang diaaaaaaa je. Tengok lah nanti time team building tu, kalau aku jet lag lagi, sure aku tidur je kat bilik. Bukan ada orang perasan pun kan? Takkan le diorang nak kira sorang-sorang sampai 200 orang kan?

Lagi benda yang aku look forward. Hmmm... konsert Search (tak tau lagi nak gi ke tak?), pastu ada trip nak gi Endau Rompin, pastu nak trip gi Perhentian. Pastu ada reunion geng-geng Ottai kawan-kawan serempitan kat Proton, pastu dengarnya company aku nak buat Family Day kat Pulau Bintan <-- dasat-dasat!, pastu haaa aku dah nak masuk setahun kerja ni tengah tunggu increment laa dan juga... errr panggilan atau berita gembira daripada HH? Huhuhuhuh.... cukuplah tu je benda-benda yang aku look forward. Kalau banyak sangat kang, tak berupdate pulak blog aku ni.


2 comments:

puding_melo said...

kalao byk yg di look forwardkan napa leh jadik malas. :)

Deo said...

puding,
aku malas sebab kononnya nak simpan tenaga untuk benda2 yang aku look forward tu. almaklum, dah tua tenaga makin kurang.... heheheh

Related Posts with Thumbnails