Sunday, April 26, 2009

Cerita round round sikit lagi


Ok, ini aku update sikit lagi pasal trip aku ke Abu Dhabi yang tak seberapa aku berjalan tu. At least ada jugak lah tempat-tempat yang aku sempat pergi dan ambik gambar untuk tatapan kalian. Ahai...

Macam aku cerita kat korang sebelum ni, banyak masa aku kat Abu Dhabi tu habis kat dalam Abu Dhabi National Exhibition Center (ADNEC) since company aku participate dalam Cityscape, a property and real estate exhibition. So, ni gambar aku dengan model projek kondo yang pertama untuk company aku, 1 Me*di*ni (One Me*di*ni).



Promote sikit: Kalau korang rasa nak beli kondo kat area Medini, JB (Iskandar Malaysia) untuk korang tinggal atau untuk korang sewakan especially to those who work in Singapore but live in JB, boleh laa korang beli 1 Medini ni.

Ni pulak gambar aku dengan Ferrari F1 car kat booth Aldar. Aldar ni one of Ferrari F1's sponsors, dan jugak one of the Arab partners company aku. Kat belakang tu ada model Yas Island. Kat Yas Island tu nantilah akan diadakan Abu Dhabi F1 race for the first time bulan 10 ni. F1 race tu nanti ala-ala Monaco, boleh tengok dari atas yacht macam tu lah. Dan dekat Yas Island tu jugak nanti ada Ferrari World Theme Park yang dijangka akan dibuka tahun depan dan Warner Bros. Studio



Ini first time aku attend property and real estate exhibition. Dulu kat Proton, aku biasa attend car/auto show. Dan satu perbezaan yang ketaraaaaa sekali antara dua exhibitions ni, property and real estate takde awek-awek pakai seksi-seksi macam auto shows. Exhibitors semuanya pakai smart-smart je.

Ni pulak gambar kat luar ADNEC tu tengah tunggu transport balik ke hotel. Penat sehhh hari-hari dekat jam 8 malam baru sampai ke hotel. Makan malam pun tak berapa nak lalu.



Petang hari sebelum aku balik Malaysia, dapatlah aku jalan-jalan sikit. Itu pun dah nak masuk time Maghrib. Aku berjalan dari hotel aku sepanjang Corniche Road dan terus ke downtown. Kat downtown tu aku pergi laa area Hamdan Center tu (ala-ala Little India pun ada). Belilah sesikit barang, cokelat-cokelat untuk peminat-peminat aku. Kat Hamdan Center ni laa baru dapat tengok barang-barang murah.

So, ni gambar aku waktu berjalan sepanjang Corniche Road tu. Kat background tu is the second tallest (unsupported) flagpole in the world at 123 meter. Flagpole tu didirikan pada tahun 2001 tapi lepas tu Jordan pula dirikan now the tallest flagpole in the world, lebih 3 meter je. Aku tak sempat nak pergi dekat-dekat kat flagpole tu so, ambik dari seberang je laa..



Yang bergambar dengan aku tu adehhhh.... dia tu pengawal yang jaga entrance pantai kat Corniche tu. Aku sebenarnya suruh dia ambik gambar aku, alih-alih dia nak masuk sekali dalam gambar. Cheh.. Haa cerita pasal pantai kat Corniche. Along the Corniche road, ada public beach. Tapi nak masuk kena bayar. Aku tak sure berapa bayarannya. Kesian kan diorang kena bayar nak pergi melenggeng kat pantai. Heheheh... dan kesian jugak kat aku tak boleh masuk beach tu nak tengok orang berlenggeng sebab beach tu boleh dimasuki oleh "families and ladies only".



Ni pulak hari aku balik Malaysia tu, sempat jalan sikit-sikit lagi. Pagi tu sementara aku tunggu member aku kat sekolah dulu datang amik aku, aku amik gambar sekitar hotel tu je laa. (Sedihnya... ambik gambar kat hotel je).



Ni pulak gambar Marina Mall. Tempat ni aku nampak dari bilik hotel aku je, cuma tak berkesempatan nak pergi. Cuma pagi sebelum aku balik tu, kawan sekolah aku bawak aku minum-minum dengan lunch kat sana. Kat Marina Mall ni ada juga Ikea (tapi tak sure besar mana sebab aku tak masuk) dan Carrefour yang setingkat je, tak sebesar macam kat Subang Jaya tu.



Ni pulak gambar aku dengan member sekolah (senior) aku yang tengah tu dan husband colleague aku kat dalam Marina Mall tu. Senior aku tu sekrang kerja dengan Etihad Airways as aircraft ke ataupun aviation engineer macam tu laa. Aku pun lupa nak tanya.



Ni pulak gambar berlatarbelakangkan bangunan-bangunan sepanjang Corniche Road tu.



Yang kat background gambar ni pulak ialah Emirates Palace Hotel. Kelassss dek non hotel ni sampai aku tak berani masuk pintu pagarnya pun. Tengok dari kejauhan je. Hotel ni one of the luxurious kat Middle East dan orang kata, dalamnya cantikkkkkk. Harganya pun cantikkkkk.... from 1,700 Dirham to 42,000 Dirham semalam (1 Dirham lebih kurang RM1). Cantikkkk kan baekkk punya harga!!!



Ni pulak gambar member aku ambik sebab ada pak arab tengah main jet ski tengah-tengah rembang tu. Pak arab yang kaya-kaya, ini lah kerja diorang. Bersantaaaaaiiii je, bukannya bekerja. Yang bekerja tu dibagi kat orang-orang luar. Member aku kata, locals biasanya kerja kat jabatan-jabatan kerajaan. Sebab tu jabatan kerajaan dia servisnya lembab gila. Tapi aku tak tanya pulak, selembab jabatan kerajaan Malaysia ke? Ahai...



Ada sekali tu aku naik cab, aku tengok nama driver tu something like Shahid, an Arab Aku tanyalah dia, "are you local?" Dia jawab balik, "If I'm local I don't work..." and he is an Egyptian. So, korang boleh tau laa kan locals buat apa kat negara sendiri.

Ni gambar flagpole yang tadi aku cerita tu tapi dari angle lain. Panas sehhh time ni tu yang mata aku merenyih-renyih tu.



Tu je lah, gambar-gambar yang sempat aku rakamkan untuk tatapan peminat-peminat aku. Insyaallah nanti aku tunjuk kat korang gambar masjid yang cantik tu, ye.


4 comments:

Anonymous said...

ko elok lagi pakai tshirt la deo, lebih grunge gitu. hiks!

sity29 said...

ngapa eh kamu kelihatan makin rontok?

Anonymous said...

monto dan sepet matamu..

Anonymous said...

Orang yang dalam gambar tu macam suit aje dengan pemandangan dalam gambar tu ....hhehehe nice pic BTW

Related Posts with Thumbnails