Tuesday, April 28, 2009

Dome yang beround-round


Ok ini kali aku nak kasi tengok gambar-gambar Sheikh Zayed Grand Mosque, mengambil nama sempena His Highness Sheikh Zayed Bin Sultan Al-Nahyan, the late founder and first President of the UAE. Masjidnya memang cantik! Kagum aku menengoknya. Kiranya kalau melawat Abu Dhabi, tak sah kalau tak melawat masjid ni dan kalau melawat Abu Dhabi, dapat melawat masjid ni je pun kira dah complete le lawatan ke Abu Dhabi. Heheheh... itu kata aku laa yang tak sempat nak jalan-jalan ke tempat lain.

Masjid ni dibuka pada bulan Ramadhan tahun 2007. Boleh memuatkan 40,000 jemaah. Kos pembinaan ialah 2 billion dirham (lebih kurang RM2 billion jugak lah).

Ini gambar masjid tu dari luar. Masih ada construction in progress. Aku rasa diorang nak buat bahagian laman/taman (luar masjid) tu. Sebab aku tengok kat dalam masjid macam dah siap je eloknya. Cuma dekat bahagian halaman tengah masjid tu agak berdebu sikit, debu yang datang dari construction tu. So, bila nak gi ambil wudhu' tu macam tak berapa selesa sebab berabuk.



Ini gambar dari dalam. Yang luas tu halaman belah dalam masjid. The courtyard is paved with floral marble designs and measures about 17,000m2 (180,000 sq ft).
Aku ambik gambar ni dari sudut menuju ke tempat berwudhu'. Jauh seh tempat amik air sembahyang dengan praying hall. Kalau menapak tu, mau tertinggal dua rakaat aku rasa. Heh..



Minaret dalam gambar tu adalah salah satu daripada empat minaret yang ada pada setiap penjuru masjid ni. Setiap satu minaret tu setinggi 115m (380ft).

Ada orang bercerita kat aku yang aku tak sure benar ke tidak dan aku tak dapat nak validate through google. Kerajaan UAE nak buat masjid ni jadi masjid terbesar di dunia tapi kerajaan Arab Saudi menentang keras. Ye lah kan, takkanlah ada lagi yang lebih besar dari Masjidilharam kan? So, kerajaan UAE agreed and settled for the third largest mosque in th world.

Walaupun begitu, masjid ni masih pegang tiga rekod dunia. Yang ke-satu, the main dome is the biggest mosque dome in the world, 75 metres (246 feet) high with a 32.2-metre (105.6 feet) diametre. (There are 57 domes covering the outside yard and the main building as well. The domes are decorated with white marble and the interior decoration is made of marble)

Yang ke-dua...



A 6,000 square metre (64,583 square feet) hand-made Persian carpet, said to be the biggest in the world. 1200 Iranian women spent 2 years weaving the carpet, weighing in at a huge 45 tonnes. The carpet covers the floor of the main prayer hall. Main prayer hall boleh accommodate 10,000 jemaah.

Dan yang ke-tiga...



This mosque also holds the largest chandelier. There are seven imported chandeliers from Germany and are copper and gold-plated. The largest chandelier has a 10m (33ft) diameter and a 15m (49ft) height.

Tapi, dalam banyak-banyak rekod yang masjid ni pegang, satu je yang aku pelik sikit. Cuba korang tengok mimbar kat tengah dalam gambar ni...



Cenonet je kan? Macam tak grand. Macam tak segrand grand masjid ni. Sedangkan mimbar kat Masjid Shah Alam pun sebesar-besar gabak yang aku rasa buat rugi ruang untuk sembahyang je. Mungkin diorang pun fikir kalau buat mimbar besar-besar yang pakai dalam seminggu sekali je tu agak merugikan ruang solat. Member aku kata pulak, mimbar tu boleh bergerak/mobile tapi aku tak perasan pulak ada roda ke apa.

Ni pulak salah satu antara tiang-tiang seri kat masjid tu. Cantik sungguh...



Dan yang ini features yang paling aku suka tentang masjid ni. Hiasan dinding bahagian depan masjid ni adalah 99 nama Allah. Cantik!



Ini gambar bahagian sayap masjid dari luar. Sesuai buat kad raya gambar ni. Heheheh...



Dan ini aku tak sure apa ni, macam ada masjid mini kat luar masjid besar tu. Aku rasa laaa... aku rasa je ni, mungkin makam H.H. Sheikh Zayed kot.



Kalau korang nak tengok gambar-gambar yang aku amik kat Abu Dhabi, boleh tengok kat facebook ataupun photobucket aku.


4 comments:

Unknown said...

MasyaAllah sangat cantik masjid tersebut.. mesti seronok guling-guling kat carpet tu kan.. huu..

NuRuLeRnAdEwI said...

MasyaAllah...Cantiknya... Sejuk jerk hati tgk...

Anonymous said...

Cantiknya.... mak aiii

Kujie said...

gambar no#5 - mimbar tu....sekali tgok mcm ada mata kiri dan kanan

Related Posts with Thumbnails