Kadang-kadang kan, kadang-kadang laa.. tiba-tiba je datang mood aku nak calling calling around, calling calling kawan-kawan aku. Takde benda sangat pun nak cerita. Yang pasti, dalam sesemalam tu sampai 7-8 orang yang terlintas kat kepala aku nak aku call.
Tapi banyaklah consideration bila nak call tu kan? Kawan ni mungkin pergi masjidlah, yang ni baru balik training bola nak mandi-mandi lah, yang kawan tu baru balik networking/mesyuarat umno lah, yang sorang lagi baru balik kerja dan tengah layan kucing-kucing kat rumah sementara tunggu bini balik kerja lah.
Dan dalam banyak-banyak 7-8 orang yang aku nak call tu, adalah yang sorang dua ni jadi top priority aku. Kiranya, aku akan call sorang dua ni dulu laa sebelum aku call yang lain-lain. Kenapa sorang dua ni? Sebab yang sorang dua ni tak banyak considerationnya. Sempoiii je, aku call je at my will. Macam tu.
Cuma yang tak bestnya bila call yang sorang dua ni, bila call aku masuk voice mail. Mulalah tak puas hati, nak sentap pun ada kan? Mulalah fikir yang bukan-bukan. Mulalah nak try je call 5-6 kali. Mulalah hilang mood nak call yang ketiga hingga kelapan dalam list to call tu kan? Mulalah tak boleh tidur kenangkan call yang tak kesampaian tu, kan? Mulalah set kat kepala, esok pagi-pagi first thing lepas berak, nak call kawan-kawan yang sorang dua tadi tu. Mulalah set task reminder supaya tak lupa nak call diorang ni kan?
Esok paginya, try call balik yang sorang dua ni tadi, bila dengar je nada dering... mulalah hati pun berbunga, happy jadinya. Bila dengar pulak sorang dua tu jawab, "helloooooo..." (especially bila panjaaaanggg je oooo tu) mulalah kembang je hati ni kan? Tapi, bukan ada apa aku nak cakap pun. Cuma yang aku cakap, "Semalam gi mana call tak dapat?" Pastu, "Ok lah takde apa, saje je call..." Tu je.
Rasa macam tak berbaloi je yang part "mulalah... mulalah..." waktu tak dapat call tu dan part penantian nak call back the next morning tu. Adehhh... anyway, thanks lah kawan-kawan yang jawab call aku di saat-saat tiba-tiba je datang mood aku nak calling calling around, calling calling kawan-kawan aku.
dan mulalah teringat lagu kumpulan Freedom, "mulanya di sini ku kenali dirimu, sehingga kini sehingga ke akhir waktu... sama-sama menjejak mimpi, sama-sama mencari dan menanti..."
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
alamak. aku tersalah komen , sila rujuk di bawah. ekekeke
-ojij-
a'ah la kan. aku slalu gak rasa mcm tu cuma dalam kes aku bila part2 dah put all consideration dah jadi x de sorang pun yang patut aku call.
Post a Comment