Yupp... I'm back from bercuti. Aku tak ke mana-mana pun yang menyebabkan aku tak boleh update blog. Cuma bila aku cuti, bahagian otak aku yang dikhaskan untuk blogging pun ikut bercuti jugak. Heh...
Korang pernah berpengalaman bila ada sesebijik lagu tu melekat kat kepala korang kan? Especially lagu yang korang menyampah sangat, lagu yang getik, lagu yang tah macam cibai slow-mlow macam penyanyi dia tak makan nasi selama 83 hari tapi still top Malaysian charts. Pernah kan?
Anyway, semalam sepanjang aku drive dari KL ke JB, entah lagu ni je yang melekat kat kepala aku. Berulang-ulang kali aku repeat lagu ni kat iPod aku (kalau repeat berzikir ada gak faedahnya kan? alahai...). Tapi aku tak boleh sangat nyanyi lagu ni sebab aku tak ingat lirik dia. Yang aku ingat, part "aurora oh aurora..", pastu part "walaupun jauh, kamu dekat di hati..." tu je. 22 kali lagu tu main dalam kereta aku semalam, bermakna 88 kali lah aku sebut "aurora oh aurora".
Yang bestnya, lagu yang melekat tu bukan lagu yang aku menyampah, bukan lagu yang aku getik. Lagu ni aku rasa sedap laa. Kalau bertanding Juara Lagu, aku rasa final gerenti boleh masuk. Dan nak menang pun ada harapan yang cerah laa. Lirik dia pun sedap gak. Contohnya, part "ku tatap, berseri, berwarna hijau yang menawan sanubari", "sanggup aku tetap menunggu terdiam kerana berwarna ungu ku putuskan biar bisu" dan "kamu disana ku lihat, tersenyum, berwarna merah ku tau kau selamat".
Klik sini kalau korang nak dengar lagu aurora oh aurora.
Pagi tadi, on the way gi kerja pun ada sikit lagi laa aku menyanyi aurora oh aurora. Tapi! Sampai je kat Petronas aku nak isi minyak, aku masuk le ke dalam petrol stesen tu nak beli something. Yang jaga kaunter tu ada sorang brother yang big size, aku rasa kurang 3 inci je pinggang dia dari Bob Ku2 tu. Petrol stesen tu pulak tengah pasang satu stesen radio melayu dan tengah main satu lagu ni.
Dan brother ni yang aku rasa kalau dia nak kerja part time dia boleh/layak jadi bouncer dengan saiz badan dan muka dia yang agak brutal secara selamba turut menyanyikan lagu ni, "...kau telah jauh, jauh dariku; tiada ruang di hati buatmu, namun harusku akui, ada ketika di minda kau menjelma kembali..." Eloookkkk je dia menyanyi even masa aku tengah bayar pun dia menyanyi lagu.
Dah le sekarang lagu tu melekat kat kepala aku. WTF?! Tapi, yang melekat kat kepala aku cuma part, "...yang patah tumbuh, yang hilang berganti..." Tak sesuai ok dalam dunia yang serba moden ni, lirik lagu masih guna pepatah melayu. Adehhh common lah Habsah Hassan. Ekekekeke
Klik sini kalau korang nak dengar lagu berpepatah melayu ni.
Dan aku buat research sikit tadi. True enough! Lagu yang aku menyampah sangat, lagu yang getik, lagu yang tah macam cibai slow-mlow macam penyanyi dia tak makan nasi selama 83 hari macam lagu pepatah tu, tops Carta Era last week (click sini).
Thumbs up: Estrange - Aurora
Thumbs down: Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
Lagu cib*i yg dok sangkut kat kepala otak aku sekarang:
www.youtube.com/watch?v=xXxvsShaAoA
Post a Comment