Aku dah sampai ke JB pun ni. Flight aku touchdown kat KLIA around 9.30am dan aku sampai ke apartment aku kat SA around 11am. Terus aku load barang-barang aku ke dalam kereta dan naik ke apartment aku. Ni, kira transit gak ni sebelum balik JB. Hehehehe... Then, aku tidur je for about 3 hours. Tak puas tidur dalam flight malam semalam, rasa macam kejap je 5 jam tu tidur. Walaupun tidur aku lena, berselimut, berkerengkot, siap mintak extra pillow lagi.
Tak banyak sangat cerita aku kat Abu Dhabi. Most of my time habis kat exhibition hall. Cuma sehari tu aku dapat lari kejap time lunch, pergi ke satu Souq (market), namanya The Souq at Qaryat Al Beri. Souq ni caters mostly Shangri-La guests. Takde kedai apa sangat pun kat souq ni, adalah dalam 15 bijik kedai, yang mahal-mahal harga barang yang dijualnya. Aku pergi Souq ni pun bukan sebab best tapi sebab dekat dengan exhibiton center tu berbanding dengan souq-souq yang lain.
Then, aku ada lah amik gambar sesikit kat area Shangri-La Hotel tu yang cantik. Pantainya mengadap the Grand Mosque. Eloklah tu kan, sambil berlenggeng berjemur sambil tali bra diuraikan, sambil pandang masjid kan? Ahai... Dalam takde apa takde apa tu terjumpa gak sorang orang Malaysia kerja kat hotel tu. Amoy (more like Ah-soh to me) Sabah, dia kerja kat fitness center hotel tu. Borak le kejap.
Lepas dah pusing pusing yang tak keruan kat souq dan hotel tu, aku gerak ke Grand Mosque tu laaa. Yang ni, memang breath taking rasa macam nak berhenti degup jantung pun ada ni. Memang grande masjid tu. Namanya Sheikh Zayed Grand Mosque. Putiiiiiiihhhhhh je domes nya. Pakai Breeze kot kalau diorang cuci dome tu. Masuk dalam masjid tu memang rasa macam insaf, kecil je diri kita ni (ecececece...). Dengan carpetnya yang super tebal dan flowery, chandeliersnya yang aku tak reti laa nak describe dan ukiran-ukiran dinding yang pun aku tak reti nak describe. So, kesimpulannya best laaa masjid tu, a must to visit...
Korang tengok gambar-gambar yang ni dulu lah, nanti gambar-gambar yang lain-lain aku upload kat facebook dengan photobucket.
Aku stop sini dulu, nak packing sebab esok aku gerak ke Melaka pulak ada team building. Nanti kat Melaka, aku update lagi cerita Abu Dhabi. Tu pun kalau aku rajin laaa sebab cerita dah basi, kan?
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
2 comments:
hai nice picture by the way. Especially masjid tu. Betullah really putih. Update ler cite abu dhabi. BTW i'm yr blog follower. Thanks for the nice stories. Kelakar ler bro.
kalau ko pakai jubah orang ingat pak arab la bro..
Post a Comment