Wednesday, April 01, 2009

Around, around, around, around...


Title entry ni macam lagu yang paling aku menyampah sekarang, semenyampah aku dengan cerita Twilight. Lagu tu chorus dia macam ni, "away, away, away, away, oh way; I wanna know; away, away, away, away, oh why; I wanna know..." Macam siot kan lirik lagu tu. Dah le lagunya lembik (korang boleh dengar kat sini).

1st April, a year ago...
Aku tengah bengang gila sebab company lama aku tahan bonus aku sebab aku dah hantar surat resign walaupun aku masih lagi on their payroll. 15 days to go, aku akan report ke tempat kerja baru tapi dalam bangunan yang sama. Bila dah bengang pasal bonus tu, aku mintak ex-boss aku untuk releasekan aku awal, meaning on the 1st tu aku dah boleh join the new company tapi ex-boss aku tak kasi but he assured me that he'd help with the bonus. Akhirnya, aku report duty at the new place on 16th April dan around a month after that baru aku dapat the bonuse due to me. Thanks to my ex boss.

Dah almost a year aku tukar kerja. Kalau korang ikut kisah aku, korang sure tau yang it was like a roller coaster ride. The first and a half month was great, learning curve aku naik mencanak. I'm seeing brilliant people everyday in office. Cuma time makan tu sedih sikit laa belum mesra lagi dengan geng-geng office. Lepas dah sebulan setengah, masuklah Si Puaka jahanam tu. Dan bermula lah episod bendera motivasi aku dikibarkan separuh tiang je. Kadang-kadang tu, rasa macam tiang bendera yang bengkok. Ekekekeke...

In August, aku pindah ke Johor. Happy sebab pindah ambik angin baru. Sad, leaving my friends back in KL. Menyampah dengan Si Puaka jahanam yang tak ubah-ubah perangai. Dan bermula lah episod aku macam mayat bernyawa kat office. Pantang ada yang cuit aku je, harus aku sembur. Department meeting atau one-on-one meeting dengan Si Puaka jahanam, aku boleh kira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut aku. Lebih banyak mengangguk je atau buat isyarat kening dan mata. Heheheheh...

Time tu jugak laa aku decided to start looking for other jobs including to go back to my old places. Lama wooo aku jadi mayat bernyawa, dalam 4 bulan laa... and it was the time when aku was in the worst condition of life, motivation tahap sub-zero, dan badan aku pun in worst shape. Macam kena pump pump. Tengkuk aku kembang sampai tak selesa nak pakai tie, pastu seluar aku size 32 dah ketat, nak kena upgrade to 33 and I can't wear my Levi's 501, tak bernafas peha aku jadinya.

Until end of December, aku dapat transfer to another division which aku officially move in the middle of January. Waktu tu tiang bendera motivasi aku dah tegak mencanak-canak macam tiang bendera kat dataran merdeka tu. Waktu naik tangga kat ofis pun aku langkau, selang satu anak tangga. Dan with the motivation, aku start to exercise religiously sampai lah sekarang ni waistline aku turun ke 30, hilang 2 inci tu. Hehehehe...

Alamak, terpanjang pulak. Sikit lagi ek.

Last Monday, ada management committee meeting (MCM) chaired by our MD. Aku tak masuk, my boss masuk and my ex-colleague masuk as minute taker. Rupa-rupanya hari tu si Puaka jahanam tu kena bantai/tabuh/belasah dengan almost everyone in the meeting. Kalau kena bantai pasal presentation, aku rasa itu biasa lah when the presentation doesn't meet the committee's expectation ke apa kan?

Ini tidak... si Puaka jahanam tu kena tabuh pasal personaliti, the way he does his works, the way he's not using internal staff but rely on external consultants to do works for him (sekarang ni kat tempat lama aku ada 2 orang staff dan 5 external consultants can you believe it?), his poor engagement with other workstream leaders, his work output yang not meeting what the management wants, segala macam personality attacks laa dia kena.

A few people yang ada dalam meeting tu confirm this story with me. Dasyat kan ketidaksukaan orang-orang kat company aku kepada si Puaka jahanam tu? Sampaikan lepas keluar dari meeting tu, si Puaka jahanam duduk sembang dengan ex-colleague aku dan dia kata, "I'm not having mood to work laaa today, I'm having MCM trauma." Ekekekek macam budak kecik, mengada-ngada si jahanam ni.

Yang lagi nak sakit hatinya, baru last week dia bongkak habis cakap dekat ex-colleague aku, "We should not be pussy footing anymore laa since now we're in the MD Office." Al-kisahnya, ada sikit re-org which now puts department lama aku under MD Office. Dulu under Finance and Corp Services. So, si Puaka jahanam ni macam rasa besarrrr laa dia dah bawah MDO, tak payah nak 'begging' bila nak mintak reports ke atau update ke dari workstream leaders. No more pussy footing laaa konon. Alih-alih kena MCM trauma. Wakakakaka....

Dan aku nak je cakap kat dia, "My first eight months with you was like I was in a trauma and now you're going into your eight month in this company. So, welcome to the traumatic phase! What goes around comes around..."

p/s: Ini cerita benar tau, bukan April Fool!


1 comment:

h a p r a q said...

so skang ko dh aman la dari puaka jahanam tu.....life ada turun naik...ko berjaya mengatasi masa2 sukar ko...tahniah sbb berjaya bertahan..hehehe..skang time si puaka tu la plak kena...gelakkan je la..

Related Posts with Thumbnails