Macam-macam bunyi lepas Najib umumkan jemaah kabinet dia. Salah satu yang aku dengar pasal reshuffle satu kementerian baru ni iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. Geng-geng pro high speed broadband, geng-geng telekomunikasi dah pening macam mana benda/isu-isu hi-tech nak dibincangkan dan dihandlekan bersama isu kesenian dan kebudayaan.
Lagi satu yang pening kepala bila time rombakan kabinet ni ialah bila nak kena brief menteri baru on whatever the menteri patut tau. Pening wo! Ye lah menteri kita ni bukannya bijak sangat pun. Tapi mungkin syarat baru Najib yang setiap menteri kena ada ijazah tu membijakkan sikitlah menteri-menteri kita. Apa? Ijazah boleh dibeli? Ekekekek...
Anyway, aku pity lah to kawan-kawan kat TM bila komunikasi dah digabungkan dengan kesenian dan kebudayaan ni. Dengan macam-macam terms hi-tech yang aku kerja 2 tahun dalam komunikasi pun tak faham-faham (err... ijazah aku bukan beli punya ek!), pastu nak brief kat Rais Yatim si otai tu pulak dah. Silap gaya, broadband kat Malaysia ni bukan makin laju dan makin canggih tapi makin terkebelakang, makin mandom semandom tarian inang ekekekek...
Pause...
Aku kat KLIA ni usai (chewah!) check-in semua, tengah lepak kat Premium Lounge (naik business class tu jangan main-main ekekekekek).. Flight aku jam 11 pagi, insyaallah tiba di Abu Dhabi jam 5.20 petang waktu Abu Dhabi. Flight 6 jam then transit kat Bahrain before sambung 1 hour flight ke Abu Dhabi. Ini antara a very few occasion aku naik flight tengahari. Biasanya awaaaaallllll pagi flight aku.
Dan aku pernah cerita yang kalau flight aku awal pagi, aku tidur dengan lampu terpasang terang benderang satu rumah, tv, radio dan benda-benda yang berbunyi aku bunyikan. Kadang-kadang aku mandi siap-siap, pakai baju, seluar stokin semua siap-siap baru tidur-tidur ayam. Bila bangun, aku gosok gigi, cuci muka je sebelum gi airport ekekekekeek.....
So, bila flight aku jam 11 pagi ni, aku ingat dapatlah tidur macam biasa kan? Jam 7.30am baru gerak ke KLIA. Meleset sangkaan aku, dek non! Tak cukup jugak tidur aku. Aku dapat tidur selama sejam setengah je malam tadi dalam terang benderang jampu rumah aku. Beralaskan tikar getah dan berbantalkan lengan je tidur aku.
Al-kisahnya jam 4.45 petang semalam, masuk satu assignment urgent nak kena siapkan sebelum weekend nak kasi kat MD. Macamlah weekend tu lagi tiga empat hari, kan? Dah le waktu tu aku dah genggam kunci kereta nak balik Shah Alam dah. At last, buat assignment tu punya pasal, jam 12.30am baru aku bertolak dari JB. Dalam agak mengantuk tu aku gagah jugaklah drive balik SA.
Nak singgah tidur kat R&R, takut kesiangan pulak. Lagipun time frame aku ngam-ngam je untuk sampai SA, kemas barang sikit, take a short nap, dan gerak ke KLIA. So, bertin-tin lah power root dan nescafe aku minum, berplastik-plastik laa makanan ringan aku makan waktu drive tu. Aku tiba kat SA jam 4am, so dapatlah tidur dalam sesejam setengah. Ni kepala masih tiow ni pening-pening.
Nak tau aku buat assigmnent apa? Tu haa yang aku cerita kat atas tadi, setiap kali tukar menteri, nak kena brief lah kan? So, MD aku kena brief menteri EPU baru, si TS NMY tu. Adehhh.... Sepatutnya Ketua Setiausaha kementerian laa yang brief menteri kan sebab ketua setiausaha tak bertukar kan? Goyang telor ketua setiausaha ni tau, nak kena tarik-tarik bulu telor tu! Pundek laaa all this.
So, jap lagi kalau aku tidur dalam flight even before airplane tu take off, or even sebelum dia reverse nak gerak, den tak dapat nak tolong laaa. Gone lah cita-cita aku nak travel in style sebab naik business class ni. Ye laaa takkan lah naik business class nak tido kan? Kena laa baca bahan-bahan ilmiah sambil silang kaki kan, atau switch on laptop ke kan? Ekekekeke...
Tapi dalam keadaan aku dah weng ni, tidur pun sedap jugak kan dalam business class? Tapi, rugi lah pulak kalau tidur, tak boleh lah bermanja-manja dengan stewardess. Takpelah, nanti aku suruh stewardess selimutkan aku, pastu jaga tidur aku kot-kot ada nyamuk ke kan? Ahai!
Haa lagi satu... yang dok kirim aku macam-macam tu kan? Bukan main manis je air liur korang kan? Nak souvenir Abu Dhabi laa apa laa kan? Korang ingat aku nak gi ni, goyang telor je takpun ada orang tukang cabut bulu telor aku ke? Aku nak gi ni sibuknya sampai tak tertrim bulu aku tau dak? Ekekekek... Tengoklah kalau korang nak sangat souvenir Abu Dhabi, nanti aku collect lah shampoo, shower gel, mancis api hotel nanti. Hari-hari aku collect, cukuplah sorang satu souvenir, macam-macam warna shower gel dengan shampoo tu korang boleh pilih. Ada cop Abu Dhabi gak kan? Tu yang penting kan?
Wakakakaka....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment