Saturday, April 04, 2009

Don't mess around


Aku cuti panjang ni sampai hari Rabu sebab hari Rabu tu birthday Sultan Johor. So, aku apply Isnin dan Selasa terus sebab aku plan nak balik kampung. Cadangnya, aku nak buat overhaul kereta aku tu dan balik kampung naik keretapi. So, dah beli tiket ke Ipoh hari Sabtu dan return to KL hari Selasa. Tapi, bos aku panggil meeting kat ofis KL pulak tengahari Isnin tu. Nampak gayanya, kena lah aku balik KL pagi Isnin jugak, dapat lah sekejappp je tidur bawah ketiak mak.

Sekarang ni aku kat KL Sentral tengah tunggu tren aku jam 1 petang ni. Pagi tadi, lepas dah siap-siap hantar kereta aku kat mekanik harapan aku dan meninggalkan amanat-amanat apa yang nak diperbetulkan dengan kereta aku, sempatlah breakfast with Des and family. Ok gak breakfast kat satu area kampung kat Puchong ni. Murahhh yang amat! 5 bungkus nasi lemak (sambal ikan bilik, ada telur dadar), satu mangkuk lontong, kuih tiga ketul, telur goreng 2 ketul, aku makan nasi lauk ikan, sayur dan sambal sotong, air ada 6 ketul. Semua sekali RM22.90. Nak pengsan aku jadinya. Hehehehe...

Ni cerita malam tadi pulak. Aku gerak dari JB around 6.30pm. Betul laa budget aku, sampai je kat parking apartment aku kat SA dah dekat jam 10pm. Memang time sedap untuk tidur terus lah ni. Tapi! Aku masuk je basement 2 nak gi tempat parking aku, ada kereta MyVi warna silver park kat tempat aku. WTF! Aku tengok kat cermin dia, ada sticker parking tapi dah hilang nombor unit rumah dia. Kalau ada sticker parking, maksudnya dia ada kotak parking. Apsal dia park kat kotak aku pulak?!

Dalam banyak-banyak kotak parking kosong, dia park kat kotak aku jugak? Aku tau laa kotak aku selalu kosong bila aku kat JB. Tapi memang cari nahas je lah, kan? Kepala aku memang dah tune. Sampai je parking, aku nak kemas kereta bawak naik barang-barang sebab nak hantar kereta ke mekanik esok, then sampai kat ataas, nak packing barang-barang nak balik Ipoh, then tidur.

Dah jadi macam ni, kepala aku jadi weng laaa. Dah lari laa tune kan? Ekekeke... kenalah bawak keluar kereta dari basement. Kena gi parking kat kotak visitors, pastu kena register kereta aku sebab parking kat kotak visitors. Bila dah lari tune, aku hangat laa kan. Aku park kereta aku depan kereta MyVi tu, aku terus jumpa security. Aku cakap, "Saya nak awak clamp kereta tu." Security tu check dalam rekod samada betul ke kotak tu aku punya. Then dia kata, "lepas ni kita clamp, tunggu security sorang lagi balik dari patrolling."

For the meantime, aku terpaksa laa remove kereta aku dari basement dan park kat kotak visitors. Pundek sangat kan? Aku kemas barang-barang aku nak naik atas, aku pesan kat security tu, "Saya nak hantar barang. Kejap lagi awak nak clamp, awal intercomm saya. Saya nak tengok awak clamp depan saya." So, tak lama lepas tu aku turun balik tengok security tu clamp kereta MyVi silver yang tuannya bodoh, tak berakal, berak tak cebok tu.

Ekekekek... emo beb! Ye laa even kalau orang parking kat kotak kau pun, kau janganlah park kat kotak orang lain. Gi laa report kat security tu. Dan kalau kau tengok kotak aku tu asyik kosong je sekalipun, it doesn't mean kau suka hati kepala bapak kau boleh parking situ, ok? Bukannya kau bayarkan duit maintenance untuk aku, kan? Ni pun kira ok lah kejahatan kau tu dibayar on the spot. Kalau aku tak halalkan kau park kat kotak aku selama-lamanya, macam mana? Heh...


1 comment:

Hazelsyd said...

"Saya nak hantar barang. Kejap lagi awak nak clamp, awal intercomm saya. Saya nak tengok awak clamp depan saya."

******

Deo,
aku suker tone of your voice dalam last sentence tu. i like! *aku laks tumpang emo beb! kekeke*

Related Posts with Thumbnails