Friday, May 02, 2008

Licinnya ketiakku


Korang sedar atau tidak, pemakaian deodorant boleh melebamkan ketiak. Tapi ketiak aku tak lebam (boleh check kalau mau) sebab aku pakai whitening deodorant yang dijual oleh Cosway.

Korang tau tak, untuk memudahkan korang mencabut bulu ketiak secara licin dan secara total (selain daripada mencukur yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan ketika bulu-bulu ketiak sedang menumbuh), sapu atau lumur ketiak korang dengan kapur (yang orang buat makan dengan sirih tu) selama beberapa minit. Kemudian, cabut sahaja dengan perasaan yang tidak berbelah bagi dan tak pedihkan mataaa!!! Tak percaya, boleh tanya abang aku <-- dia dah tinggalkan first comment semalam kat blog ni!

Sekian sahaja, tips ketiak minggu ni.

Peringatan: Mencabut bulu ketiak adalah aktiviti berbahaya jika dilakukan ketika memandu. Sila angkat tangan anda dan minta tolong orang sebelah cabutkan bulu ketiak anda.

Selamat berhujung minggu!
And see you on Monday with clean-shaved/plucked armpits!! :p


15 comments:

Iced Nyior said...

kenapa laki nak shave/pluck bulu ketiak? trim cukup la...tak macho ler takde bulus

Hazelsyd said...

kahkahkahkah Deo... Deo.. sabo jer ler kome eks!!

Anonymous said...

hish tak dak topik lain ke..kak ngah

ojij said...

wakakakak ada plak entry pasal bulu ketiak.. err aku pun rasa stujut pendapat coco tu... oklah trim skit2 baru macho ek...

Jingga Studies said...

sungguh abstrak, pelik pun ade, best walaubagaimanapun...

hahaha keep it coming!

Ryehanna said...

Hahaha...ape punyer kelakar la entry nih... Tapi ape2 pon, sungguh informative!

Kikiki...

sam said...

astaghfirullah...ni entry jenis apa ni...pesanan khidmat masyarakat jugak kaa??

Anonymous said...

berkesan memang berkesan tapi dah malas nak apply teori tu...malas cari kapur...lebih senang cukur atau biar panjang jer..tapi jangan pakai lengan pendek dan slalu angkat ketiak...abg wa

ANNE said...

i sama taste dgn ice nyior la eh..

joQ said...

Biar panjang senang cocang!Ada tempat gantung blackcerry!

Jingga Studies said...

u've been tag, check my blog, padan muka and good luck!

Anonymous said...

haha...adoila...sungguh infomative tapi hmm cam tak percaya cite ketiak pun bole...

-sapphire-

deOughtred said...

iced nyior,
I ada tinggalkan 3 helai on each side. cukup?

hazelsyd,
hikss...

kak ngah,
lebih baik topik ketiak daripada topik balkis ke bakti ke bunga tanjung, kan? hahahahha...

ojij,
aku pun setuju pendapat coco tapi aku tak setuju pendapat kau. amacam?

jingg studies,
ketiak kau abstrak ke? ada design lakaran awan? hahahahah

ryehanna,
bulumative tak?

sam,
errr... kalau ada gotong royong cukur bulu ketiak, itu baru kira khidmat masyarakat

abg wa,
lebih bahaya angkat kaki daripada angkat tangan!

anne,
ehhh macam tau-tau je i suka yang taste yang you suka! boleh?

joq,
cocang?! bahaya gantung blackberry kat ketiak, bergetar selalu.

jingga studies,
apa pulak padan muka?! padan ketiak laa.. ini topik ketiak, bukan topik muka!

sapphire,
ketiak ini satu mukadimah cerita. nak aku sambung cerita lagi? hahahaha

Anonymous said...

wakakakak deo.. ganas2 nya komen di balas romen.., oppp komen... serik ni nak komen.. lari///////////

deOughtred said...

anon,
ada yang nak kena romen ni! wakakakaka

Related Posts with Thumbnails