Friday, May 16, 2008

Uniform! Handsome? Aaa... contact lense


Entry ni menjawab sebahagian daripada tag delinn. Yelah kan? Mana boleh cerita semua 25 steps yang aku buat pagi-pagi termasuk, membuat 14 senaman tradisi melayu, minum tiga teguk air suam diselang-seli dengan secubit garam dan madu, dan 33 steps aktiviti di bilik air. Haaa... amik kau!

So, aku nak cerita sebahagian daripada 33 steps di bilik air yang aku buat pagi-pagi.

25. Tutup air shower.
26. Mengelap kepala dengan tuala kecil.
27. Mengelap seluruh badan dengan tuala besar dan memakai/mengenakan tuala.
28. Membilas kain basahan (siapa kata aku mandi telanjang? Wahahahah) dan menyangkut di tempat menyidai.
29. Melihat cermin dan menyikat rambut.
30. Membuka pili air di sinki dan membilas tangan.
32. Menutup pili air di sinki dan melihat cermin muka sekali lagi.
33. Buka tombol pintu bilik air.

Pagi tadi, lepas aku siap berbedak, berkrim dan berbaby oil aku pun pakai baju kerja. Hari ni, baju kerja lain dari biasa! Uniform tempat kerja baru bersulam logo syarikat di dada kiri dan nama timangan pendek aku di dada kanan.

Sekali aku terpandang cermin, hati aku terdetik. "Handsome jugak aku ni. Selalu tu memanglah handsome tapi pagi ni lebih handsome dari biasa." Aku terfikir faktor apa yang buat aku rasa (baca: aku rasa, bukan korang rasa so, please reserve your comment! wakakakaka) aku lebih handsome pagi ni daripada biasa.

Adakah faktor uniform tempat kerja baru bersulam logo syarikat di dada kiri dan nama timangan pendek aku di dada kanan? Adakah faktor rambut aku yang pendek yang kalau kutu berjalan-jalan boleh tahu jantan atau betina? Atau faktor 7 kali semburan minyak wangi Dunhill Fresh?

Ahh... aku tiada banyak masa untuk berfikir apa yang buat aku rasa (baca: aku rasa, bukan korang rasa so, please reserve your comment! wakakakaka) aku lebih handsome pagi ni daripada biasa. Jika aku terus berfikir, mungkin aku akan lewat ke pejabat.

Aku lihat jam di dinding. Kabur!

Aaa... aku terskip step 31 di bilik air: Mengenakan kanta lekap kepada mata.


6 comments:

Sue.Aleen said...

deo.. apekah ko lupa satu lagi step untuk letak deo.. ko kan memang suka cite bab k*t**k.. hahaha.. apa kes dunhill fresh kalo k*t**k asheemmmm! hahaha

Jingga Studies said...

nice story telling...especially part termiss step 31 tu..what a twist!!! canggih2!

sam said...

ek eleh...tuh aaa, lain kali jgn lupa apa² step di bilik air, sume step tu penting woo! kalau terskip, ade org yg akan merana hehehe

Brother Lans said...

Rul aslkum. Abg tak nak komen ape-ape tapi hari tu tengok Azlan Abu Hassan masa AIM teringat DeO! hehehe *Ya Ampun* :-)

Anonymous said...

Lawa baju/uniform semalam.Kemas! Kami dah mula relak with no ties on Friday policy. Cuma kena pakai jika ada customer saje.Mungkin new management nak releasekan stress semua orang dibawah cengkaman mereka!

Anonymous said...

ni nak alim sikit rasanye kena baca ayat sebelum tengok cermin supaya tak lupa step dan perasan hensem....
whatever it is ..hang ni memang pandai mengomel....

Related Posts with Thumbnails