Thursday, May 22, 2008

Kawan saya, bukan saya


Kita ni, kau, kau, kau dan aku... biasanya kalau ada kemusykilan dalam bab-bab agama, akan bertanyalah kepada ustaz atau ustazah ataupun kawan-kawan yang berciri-cirikan ustaz atau ustazah.

Kita ni, kau, kau, kau dan aku... biasanya akan bertanyalah macam ni, "Ustaz, kawan saya ni dia hari tu ada buat bla bla bla bla bla bla..." Mesti ganti nama diri saya jadi kawan saya. Itu ok lagi! Ada pulak yang ganti nama diri saya dijadikan, "Kawan saya ni, ada sepupu. Sepupu dia kahwin dengan seorang perempuan ni. Perempuan ni punya kawan... bla bla bla bla bla..."

Jauh beb nak pergi Putrajaya dari Gombak tapi buat u-turn kat bulatan nak gi Genting!

--------------------

Semalam, kawan aku dah nak pack-pack nak balik rumah. Nak balik awal, nak tidur qabliyatan sebelum Champions League final katanya. Lepas tu, kawan kepada kawan aku ni, datang ke meja kawan aku ni.

Kawan kepada kawan aku ni tengok, komputer kawan aku semua dah gelap. Kawan kepada kawan aku ingat komputer kawan aku ni sleeping mode, so dia pun godek-godek mouse tapi tak menyala jugak. Entah kenapa kawan kepada kawan aku tu pun tekan butang power on kat komputer tu.

Kawan aku: "Alahaaaaiiiii... aku dah SHUT DOWN! Kau SHUT UP buat apa?!"

Diam.

Berderai ketawa. Penyokong-penyokong Manchester United.

Bertitisan air mata. Penyokong-penyokong Chelsea.

Aku dah kata... BIRU dah tak relevan!


7 comments:

sity29 said...

klaka klaka!!
ini sangat klaka!!
kawan ko tu funny!!
:D

Anonymous said...

ehh deo hang cari aku semalam kenapa? kekekee...
yeess aku pun MANU gak.. dan dan
-ojij-

Jingga Studies said...

weh ko ni dah jadi semakin abstrak ni..confuse aku baca!!!!

sykiatris kampung said...

Hmmm.....Ramai pesakit saya datang bercerita tentang kawan kawan mereka. Tapi tak boleh cerita kat blog...kawandentiality kena jaga. Mu tak nak buat appoinmen datang cerita pasal kawan kawan mu yang ramai tu?

Anonymous said...

aku pun tak pahe...explain sket...aku shutdown kau shutup tu amendanye...

pada aku system shutdown tu disaster la...kena buat recovery..
minah BCP :(

Anonymous said...

eh mr. blogger..
aku ghase hang ni tengah bercinta...dengan siapa hah??? always romantic indonesian songs in this ade-ade saje..siapa setuju...

minah current

sykiatris kampung said...

Hai korang-korang ni. Apa yang tak faham? The opposite of shut down tu, shut up-lah. Kalau baca betul betul memang funny mamat ni. Very unik and twisted. And bab dia sedang bercinta, memang saya setuju. Tetapi, the lady belum tahu lagi nampaknya. Ini masih lagi cinta tersembunyi....betul tak? hehehehe.....betul kan?

Related Posts with Thumbnails