Monday, May 05, 2008

Legenda Naga dan serangan jealousiology


Tanpa berfikir panjang...
Aku menaiki Komuter, meninggalkan sementara apartment aku di tengahari minggu untuk menyahkepamkan ponggong aku yang bagaikan kembar siam dengan sofa aku. Destinasi: Cental Market.

Takde apa yang nak dicari. Cuma khabarnya ada KL Alternative Bookfest (KLAB), aku saje je nak jenguk-jenguk. Dan kalau-kalau ada bahan-bahan bacaan alternatif, boleh aku sambar. Lagipun Sindiket Sol-Jah ada ambik bahagian.

Tanpa berfikir panjang...
Sampai sahaja di CM, aku terus terpa meja Sindiket Sol-Jah. Ada pipiyapong. Ada op. Aku terus sambar dua koleksi blook terbaru Sindiket Sol-Jah, Gangguan Teksual dan Sabotaj 3. Sewaktu aku berkira-kira jumlah kerugian aku, aku ternampak Vovin.

Sebelah Vovin, aku ternampak tidak lain dan tidak bukan, sumber inspirasi, idiotlah idola, maha karya cinta dan hero hindustan aku dalam dunia blogging ni (walaupun muka dia takde muka hindustan, sebaliknya ada iras-iras muka agong kat duit kertas Arab Saudi dan muka Lukman Sardi dalam cerita Berbagi Suami), sinaganaga.

Zuss zass zipp zapp dush dush...

Tanpa fikir panjang...
Aku lancarkan serangan sms jurusan jealousiology kepada OmbakHijau. Aku kata, "Bro, wah dah jumpa Ge! Dah amik gambar, jgn jeles. Jgn tanya apa2 lagi. Nanti wa cite dlm blog, k."

OmbakHijau pun tanpa fikir panjang (agaknya) jawab sms aku, "Ge? Uji Rashid? Ogy Md Daud? Gee (fauziah) Kumpulan GE? Sapa?..." Cisss!! Serangan aku tak tepat pada sasaran agaknya.

Tanpa fikir panjang aku lancarkan serangan kedua, pendek sahaja... "Naga" Dan aku terima isyarat menyerah kalah daripada OmbakHijau, "Ciss! Wa jealoussss..."

Walaupun serangan kedua aku pendek sahaja, sependek nama makencik, aku yakin parut kesan serangan aku kali ni akan kekal dan berpanjangan selagi OmbakHijau tak jumpa sinaganaga.

Tanpa fikir panjang...
Aku pun berlalu dari Central Market dan berjalan menuju ke Dayabumi, nak balik naik Komuter. Hakikatnya, aku tak pusing-pusing dan tengok habis pun lagi KLAB tu. Walaupun mulanya aku fikir panjang nak jalan-jalan di kawasan Masjid India lepas melawat KLAB.

Itulah, aku pernah dengar kisah legenda sinaganaga. Kalau terjumpa dia, akan terlupa perkara-perkara, perbuatan-perbuatan dan orang-orang yang lain-lain buat sementara.



Nasib baik itu di Central Market yang aku boleh pergi hari-hari. Bayangkan kalau aku gi New York. Berjumpa dan amik gambar dengan Naked Cowboy joeperantau. Pastu terlupa nak buat benda2 lain, instead aku terus balik Malaysia. Dia ni pun tahap legend-legend jugak nih... Boleh?!


6 comments:

Anonymous said...

Cis cis cis...

Ciiiiiisssss...

Tak apa..one fine day nanti, aku juga akan bergambar kaku dengan si naga itu.

Ciiiisssss

JoeBangla said...

I Am Legend wakakakakka

Tok Rimau said...

Lepas ni tulis sikit Review buku-buku soljah.

sinaganaga said...

Tu tu , tengok tu t shirt aku tu, jangan tak tau - Converse dah 'angkat' bloggers jadi DUTA mereka wo, ha ha.

Deo said...

d'arkampo,
kau berhak jeles...

joeperantau,
komen kau tu sepatutnya, "am i legend" ke? hahahahaha

tok rimau,
whoaahh tok rimau tinggal komen kat blog aku! aku bangga! err.. baik tok!

sinaganaga,
whoaahh sinaganaga tinggal komen kat blog aku! aku bangga! err.. kalau dah tahap dewa blogger macam sinaganaga, tiada siapa yang angkat jadi 'DUTA' pun, dia masih terangkat!

cik puan daun said...

Sesiapa yang membeli GT, akan dapat berada dalam senaral cool aku secara automatik!

Terima kasih!!

Related Posts with Thumbnails