Sunday, August 30, 2009

Pharmacist 7


Aku beritahu Emma, "Appointment card tu takde pada saya lah..."

Emma jawab, "Kalau macam tu, takpe. Nanti lagi tiga minggu call Emma buat appointment ye?"

Hmmm... tak sempat tanya pasal pharmacist. Agaknya Emma tak nak jadi agent free of charge, nak kena upah jugak ke Emma ni? Ataupun harus aku tunggu lagi tiga minggu?

Ataupun Emma mahu jadikan aku sasarannya? Emma dah tak panggil aku, "Encik Azrul" lagi. Hmmm....

~ TAMMAT ~


Cukuplah kisah ini berhenti di sini. Bukankah 7 itu nombor yang cantik? Harapnya, kisah ini berhenti buat sementara waktu sahaja.


Saturday, August 29, 2009

Pharmacist 6


Aku dah check, appointment card memang takde dengan aku. Emma tak pulangkan hari tu. Adalah alasan untuk aku call Emma semula, untuk aku follow up.

Emma jawab call aku, "Ye abang Azrul, Emma busy ni."

Amboi, sejak bila Emma berabang dengan aku nih?

Aku cakap pada Emma, "Sekejap, saya nak cakap sikit je..."


Pharmacist 5


"Emma bukan kat Blok C, Emma kat Blok B."

Laaa... aku yang salah fakta rupanya. Aku jawab, "Haa.. betul lah farmasi blok B sebenarnya. Sama floor dengan Emma."

Emma jawab, "Nanti Emma tengok-tengokkan." Dan hatiku mula berbunga-bunga. Emma sambung, "Encik Azrul check balik appointment card tu, bila kena jumpa doktor."

Alaaa Emma ni potong stim laaa...


Friday, August 28, 2009

Pharmacist 4


Emma tanya aku, "Kenapa? You kenal ke?" Aku jawab, "Itu lah... rasanya pernah jumpa tapi tak sure kat mana?" Emma sambung, "You kenal ke nak berkenalan?" Amboi, pandai pulak Emma ni melambat-lambatkan permainan.

"Tapi..."
Tapi apa lagi, Emma nih? "Emma jarang turun ke farmasi Blok C tu?"

Aku jawab, "Laa... kan Emma satu floor je dengan farmasi tu?" Dalam hati aku berbisik, Emma ni banyak helah orangnya.


Pharmacist 3


Emma jawab, "Ramai pharmacist kat Blok C tu." Pudar harapan aku.

Emma sambung, "Melayu ke Filipino? Sebab sekarang ramai pharmacist dari Filipino? Dia cakap Melayu ke Inggeris?" Terbit semula harapan aku.

Aku jawab, "Hmmm... dengan saya dia cakap Inggeris, tapi dengan patient sebelum saya dia cakap Melayu. Tapi tak tau laa kalau dia Filipino boleh cakap Melayu."

Harapan aku mula berputik-putik, Emma menghampiri sasaran.


Thursday, August 27, 2009

Pharmacist 2


Emma called aku semula. Rupanya tadi aku bukan bercakap dengan Emma. Terbit semula harapan. Aku tanya Emma pasal appointment dengan doktor, sebagai pembukaan.

Dan selesai urusan rasmi, aku kata pada Emma, "I nak tanya sikit ni... you kenal tak pharmacist kat Block C putih-putih, actually muka pink-pink? Semalam dia pakai skirt beige."

Emma jawab...


Pharmacist 1


Lokasi: Farmasi Blok C Pantai Medical Center.
Pharmacist: Once a day, every night before you go to bed.
Aku: Lidah kelu tak terkata. Dalam hati, "Can I go to bed with you."

Hari ni aku gelabah. Telefon Emma (nurse Dr. Tan), dia kata "Pharmacist ada ramai" endah tak endah dengan soalan aku. Damn it! Aku lupa tanya nama pharmacist tu... dan hatiku luluh.


Wednesday, August 26, 2009

Tuned in


Hari ni aku first day masuk office di bulan Ramadhan. Penat traveling semalam tak habis lagi ni. Dari jam 8am aku dah ke stesen keretapi Ipoh naik shuttle Ipoh-KL, jam 9am. Sampai KL Sentral jam 12pm, aku naik LRT pulak ke Menara TM, aku park kereta aku kat situ. Then, aku ke Pantai Medical Center amik ubat yang doktor prescribed kat aku.

Daaannnnn.... di situlah hati aku jatuuuuhhhhhh... ekekekekek... ada sesiapa kenal tak pharmacist kat Block C tu? Aduuuuhhhhhh.... ini lah agaknya rahmat Ramadhan, lawaaaaanyaaaaaa lah awek tu, sampai terkedu-kedu aku nak cakap apa-apa. Waktu kat kaunter amik ubat tu, aku nak angkat kepala aku tengok muka dia pun aku segan. Aku hanya mampu angkat kepala aku ke paras dada dia je. Oppssss puasa laaa. Ekekekeke....

Then, aku ke Midvalley jap gi kedai Evelyn & Crabtree tu, nak cari body lotion ni. Waktu aku tinggal kat Hilton Abu Dhabi dulu tu, aku rembat banyak body lotion brand ni. Dan serasi pulak dengan kulit badan/muka aku. Since, lotion yang aku rembat semua tu dah nak habis, aku kena beli lah kan. Bila nak bayar tu, nalaaaa punya harga RM130 sebekas. Bayar juga lah demi kecantikanku ini. Ekekekeke....

Lepas tu baru balik Shah Alam, dalam jam 2pm sampai rumah. Aku berehat jap, berladang sikit. Dan jawab panggilan/email dari office, sampai terganggu tidur aku. Sialan! Jam 6pm siap-siap packing, 6.30pm aku gerak balik JB. Aku tak berhenti pun time berbuka, aku makan kacang putih sepeket yang mak aku bekalkan dengan minum susu cokelat je. Sampai JB around 10.30pm, gi rumah member aku hantar dan pasang sikit-sikit barang yang aku beli kat Ikea hari tu. Then, singgah McD beli bubur ayam untuk bersahur, sampai rumah jam 12.30am. Korang dengar macam mana aku travel pun penat, kan?

Tuned in tu - pasal weekend ni aku nak pindah, duduk dengan member secompany kat Mutiara Rini. Jarak tempat ni dari ofis aku tak lah sejauh tempat aku tinggal sekarang. Tapi time datang dan balik kerja dia mengikut arus. So, perjalanan yang 15 minit boleh jadi 50 minit. Since aku dah beli apa-apa barang yang patut untuk pindah ni, dan aku dah mapped dalam kepala aku, macam mana proses pindah, nak angkat macam mana, apa yang nak angkat dulu, pastu dah angkat, nak letak kat mana semua tu, barulah ada semangat dah tertuned in dah kat kepala untuk pindah.

Tu je lah ceritanya...

Sempena bulan puasa ni, kalau korang tak tau nak beli kuih apa petang ni (beli je lah kan, nak buat jangan harap laa...), lihatlah gambar kuih buah melaka buatan tangan mak aku ni. Aku tukang rebus dan golek-golek kat kelapa je. Heh...



Monday, August 24, 2009

Side dish


Hari ni hari ketiga berbuka puasa. Apa lagi yang best nak diceritakan time puasa ni kalau bukan cerita pasal makanan kan? Bersahur pagi tadi makan apa, berbuka ni nak makan apa? Ekekekek....

Aku nak cerita pasal first day puasa. Aduuuhhh rasa nak pengsan, kepala berdenyut-denyut. Aku ter tak bangun sahur. Bukan tak bangun, jam dah bunyi dah jam 4.30am. Cadangnya aku nak keluar laa gi makan, gi Burger King ke mamak ke, then terus Subuh di masjid Shah Alam. Tapi punya laa mengantuk, aku tak larat bangun. Nak bangun ke dapur minum air pun aku tak larat. Pastu knowing the fact that aku kena bangun awal sebab train aku ke Ipoh at 9am. Aku sambung tidur balik.

Dan bermulalah perut aku berangin je seawal 7.30am. Mana taknya, last aku makan was before solat Jumaat. Malam tu pun lepas terawikh aku minum susu cokelat segelas je. Itu yang dalam train aku tidor je tu, terjaga pun sebab train berhenti dan aku tengok dah sampai mana dah. Then sambung tidor sampai laa ke Ipoh. Tapi ok laa first day puasa tu walaupun jenuh menahan lapar nya, dahaga tak sangat. Hehehehe...

Semalam ok je laa puasa. Dah macam biasa, aku ke Kampar dengan mak dan adik aku menziarah mak dan kaka angkat aku. Pastu ke Tesco Kampar jap, aku nak cari bayam dan cendawan, aku nak goreng tepung untuk berbuka puasa semalam. Bayam goreng ni aku first makan dalam sebulan lepas dekat gerai-gerai yang jual makanan petang-petang kat luar Uniten Bangi. Memang aku tak pernah makan ataupun jumpa bayam goreng sebelum ni. So, petang semalam, projek aku lah tu goreng bayam. Ini rupanya....



Dan bayam goreng aku ni dapat thumbs up dari anak-anak buah aku. Siap diorang cakap, "lagi sedap dari kedai tepi longkang tu (kedai kat Uniten tu laa)" ekekekeke... pandai depa ni, nak duit raya lebih kot?

Banyak side dishes kalau berbuka puasa kat rumah mak-pak aku ni. Kalau aku sendiri berbuka, aku makan nasi je. Kuih pun aku beli agar-agar RM1 tu je. Tak kuasa nak beli benda-benda lain. Dan aku tak paham ada sesetengah orang tu, tiap-tiap hari berbuka nak kena beli murtabak. Hari tak puasa takde pulak makan murtabak. Dan oleh sebab itu, pasar ramadhan ni pada tanggapan aku is a waste of time and money. Ekekekek...

Anyway, selain bayam goreng, semalam ada mushroom goreng, ada karipap (ini projek aku gak, tapi aku goreng je laaa)



dan juga puding laici (kakak ipar aku punya projek) serta tembikai sebagai pencuci mulut...



Ok lah lagi 6 jam setengah nak berbuka ni. Kena fikir nak makan apa ek?


Saturday, August 22, 2009

Done that!


I was targeting a month and a half (just before 1 Syawal) to achieve this but I did it in less than three weeks. Awesome!

Booooo! to those who started earlier, spend days and nights in their farms, talk about it everywhere they go, but still dawdling to make their way up. Booo!!!!




Yes! Dah dapat aku cecah level 34. Dalam geng-geng yang dok pung pang pung pang cerita pasal FT ni waaaaaaayyyy before aku start seriously, aku tak dapat pintas Joe (who is already in the top 50 of all players in the world) dan Limah je. Tabik spring kat diorang dua orang ni. Yang lain-lain tu, BOOOO!!!! lain kali kalau korang nak main game apa-apa, kalau nak pung pang pung pang tu, pergilah pung pang pung pang belakang aku. Jangan sampai aku tau apa benda yang korang pung pang pung pang sangat tu.

Itu baru geng pung pang pung pang. Belum lagi geng-geng yang berkomplot tak nak hire orang tu sebab takut nanti orang tu pintas whatever, pastu geng yang datang ladang aku dengan tak malunya, "nak plow..." padahal yang setengah mampos tengah harvest raspberry pun tak mintak nak plow, pastu geng yang beria-ia nak hire - siap sebut lagi pukul berapa tanaman masak, siap dengan follow up, lepas tu geng yang dok asyik
publish kat facebook setiap kali naik status, pastu geng yang dok war-warkan segala macam benda macam "I just made my first million..." Piiiraaaaahhhhhh....

So, seperti biasa lah bila dah sampai level terakhir ni, dah menurun laa semangat nak main. Apatah lagi semangat nak tanam raspberry yang masak setiap dua jam tu. Begitu juga takde semangat dah nak pergi marketplace terjerit-jerit "hire me hire me..." Dah bosan! Sekarang ni, aku lepak je kat marketplace tengok kelaku budak-budak level bawahan terjerit-jerit, selling themselves. Kadang-kadang tu, aku kutuk kelaku diorang. Ekekekek...

Dan dalam melepak tak mintak kerja macam tu pun, ada jugak yang hire aku. So, as courtesy aku accept jugaklah tawaran kerja diorang tu. Tapi bila dah masuk tu, aku tengok lah apa kerja yang diorang offer. Kalau setakat raspberry ke grapes ke, aku macam nak termuntah je tengok. Aku buat slow-slow je. Pastu kalau ada ramai-ramai kerja, berebut-rebut bertolak-tolak nak tuai tanaman di tanah sebesar sekangkang kera, aku biarkan je lah diorang yang tuai. Tak kisahlah tanaman yang dituai tu nenas ke blueberry ke (harga yang paling mahal).

Duit aku pun dah banyak, kalau aku beli mansion yang 1 juta tu pun masih cukup duit aku sampai aku pencen nanti. Heh!

Dan tidaklah aku bermotivasi nak kejar Joe ataupun place myself in the top 50 list. Cukup laa aku man-man je berladang lepas ni, dah takde apa nak dikejar dah pun. Baiklah aku kejar pahala banyak-banyak di bulan Ramadhan ni. Unless tiba-tiba ada level 35 laa pulak, kan?


Friday, August 21, 2009

Harvest Party - Pesta Menuai`


Ni ada gambar-gambar sikit daripada Harvest Part (Pesta Menuai) kat ladang aku kat FT. Bukanlah party apa sangat pun, cuma tanaman aku semua masak serentak jam 3pm on Friday, itu je. So, ada lah sikit-sikit nenas, cotton, blueberry and cabbage. Dan takdelah ramai yang datang walaupun 14 orang RSVP kata nak datang, mungkin time kerja kot. Yang ada pun, muka-muka basi tu juga. Ekekekek....

Seperti biasa, sesi bergambar sebelum bermula party. Tapi time ni Arc takde, katanya gi balik kejap tukar spender. Ye laa dari pagi berladang, sure berpeluh kan? Nak berparty kena tukar spender dulu lah.



Dan sebelum aku hire diorang, aku suruh diorang nyanyi Negaraku dulu. Ye laa kan sempena bulan Merdeka ni? Kena lah patriotik sikit kan? Lagipun, kalau coins dah berjuta-juta beli mansion tu boleh, takkan lah nyanyi lagu Negaraku pun tak boleh kan? Dan jangan lupa bayar tax, jangan jadi macam Khir Toyo. Oppsss....



Dan ini gambar diorang tengah menuai, senyap masing-masing. Kalau sebelum menuai tu punyalah bising, macam anggota Rela buat serbuan kawasan tempat tinggal PATI je kecohnya. Bila dah dapat kerja, sikit pun tak berbunyi...



So, tengok lah minggu depan ada party lagi ke tak. Al-maklum sempena bulan puasa takkan nak party-party kan? Ataupun aku organize Islamic party. Tapi, minggu depan aku kerja on Friday. Hmmm...


Tulisan belakang t-shirt


Kalau aku Majlis Fatwa Kebangsaan, aku akan introduce dua perkara untuk melarang seseorang (lelaki) bersolat jemaah di masjid. Larangan-larangan ini adalah untuk membantu mengelakkan jemaah lain untuk menjadi tidak khusyuk dalam solat.

Perkara satu, seseorang (lelaki) itu memakai seluar low-cut sehingga menampakkan seluar dalam (jika dia pakai seluar dalam) ketika sedang sujud atau duduk antara dua sujud. Jika didapati seseorang (lelaki) itu memakai seluar low-cut sehinga menampakkan seluar dalam (jika dia pakai seluar dalam) ketika sedang sujud atau duduk antara dua sujud, dia hendaklah diarahkan mengenakan telekung khas dan jika dia enggan, hendaklah diminta meninggalkan saf.

Perkara dua berkaitan dengan kebangkitan trend membuat t-shirt/baju zaman sekarang yang suka sulam tulisan-tulisan atau website di bahagian belakang baju. Seseorang (lelaki) yang memakai t-shirt/baju yang mempunyai apa-apa tulisan ataupun url di belakang baju hendaklah diminta memakai t-shirt/baju secara terbalik ataupun diminta mengenakan telekung khas dan jika dia enggan, hendaklah meminta meninggalkan saf.

Heh! Perkara dua tu kan, macam-macam tulisan yang ada sekarang ni kat belakang t-shirt/baju jemaah. Ye lah masing-masing nak promote website company/projek masing-masing kan? Tadi ada jemaah depan aku, pakai t-shirt belakang dia tulis 'http://www.sisa.my'. Jenuh aku dok fikir, apa benda company nama Sisa tu? Company tu buat apa? Proses sisa pepejal ke? Ataupun company apa yang acronym nya SISA? Jenuh juga aku fikir Syarikat something something...

Dan bila aku sampai rumah, aku try search. Takde pun website http://www.sisa.my tu. Bila aku try http://www.sisa.com.my, website tu under construction pulak. Ataupun kalau nak kasi longgar/ringankan sikit larangan yang aku buat tadi tu, hanya pemakai t-shirt/baju yang ada url website yang valid dan aktif sahaja dibenarkan solat jemaah di masjid. Aduhhh penat pak guard masjid nak check! Ha ha haa...

Anyway, aku baru perasan masjid Shah Alam macam dah renovate tile kubah belah dalam, rasanya. Dan chandelier besar belah tengah dah takde. Hmmm... lamanyaaaa aku tak gi masjid tu.


Monday, August 17, 2009

Mood jauuhhh... jauuuuuhhhhh...


Teringat lagu Zainal Abidin, "Jauhhhhh....jauuuuhhhh.... jaaaaauuuuuhhhhh...."

Mood aku nak mengupdate blog ni menjauh sekarang ni. Mood aku semuanya dah terpalit pada Farm Town. Well, level aku mensaksikan segala-galanya. Going into my second week, aku dah sampai tahap 32 dah, tahap yang diorang kata jerih sangat nak sampai. Aku rasa senang je aku sampai tahap tu. Dan jugak aku dah pintas geng geng yang pung pang pung pang sejak lama dulu. Ni ada gambar aku dan pekerja-pekerja upahan aku sebelum diorang berkerah tenaga kutip raspberry. Kira macam masuk kerja in real life laa, amik gambar nak buat ID. Ekekekeke...



Tapi, sekarang ni nampak sikit dah tone down dah pung pang pung pang diorang. Kalau diorang nak pung pang pung pang pun, diorang buat belakang aku rasanya. Dan semakin beriltizam aku tengok diorang ni bekerja, masing-masing pasang strategi, ada planning, lepas crops ni masak, nak tanam apa; then, cukup time nak tanam apa pulak, then by the time masuk ofis crops dah masak, then tanam tu, then tanam ni. Haa elok lah tu.

Merdeka weekend aku kena pindah rumah JB. I have not prepared a thing. Bencinta nak pindah ni. Almusababnya aku nak balik SA dulu, nak gi Ikea nak tgk storage box atau benda-benda yang boleh buat storing things. Rumah sewa aku nanti takde almari dan aku malas beli almari. Aku nak beli penggantung baju macam kat pasar malam tu, then my undies, pakaian-pakaian tak bergantung aku nak letak dalam boxes je. Tu yang nak cari kat Ikea tu. Susah-susah sangat pun aku nak beli chest drawer je lah.

This Thursday, Friday and next Monday, Tuesday aku cuti. Cuti Awal Ramadhan. Sebab aku rasa sure lembek nya mula-mula puasa. Dan kalau lembek tu at least boleh tidur kan kalau kat rumah. Kalau tak tahan sangat, boleh berbuka je kan kat rumah? Hehehehe... anyway aku rasa ok kot tahun ni sebab banyak hari jugak aku puasa sunat tahun ni sejak bulan Rejab hari tu.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang layak berpuasa. Semoga kita meraih segala keberkatan yang Allah sediakan di bulan puasa ni. Itu je lah. Kalau aku takde update kat sini nanti, korang cari lah aku kat ladang aku ataupun kat marketplace, sure aku ada kat sana tu. Calooo!


Friday, August 14, 2009

Bila itu sudah tiada


Bila something tu takde, mulalah kita terkenang-kenang kan?

Semalam aku teringin sangat nak makan durian. Tapi no where to be seen dah durian sekarang ni. Orang kata kat Jusco ada. Tapi tak best yang tu sebab dah dikopek, dah dikeluarkan isinya dan dipack kan. Tak thrill lah jadinya kalau aku tak nampak kulit durian tu kan? Dan tak thrill lah jadinya kalau aku tak robek kan kulit durian tu kan? Anyway, aku stop kat satu kedai jual buah ni, mulanya nak beli mangga. Tapi tak bersemangat lah pulak tengok mangganya tak macam mangga Perlis ataupun mangga yang dijual di R&R Ayer Keroh.

Dan sambil aku tenung mangga tu dan sementara tunggu tokey tu nak layan aku, aku rasa buah duku langsat dan tersedap lah pulak. So, aku beli duku langsat je lah buat makan sesambil aku berladang semalam. Dan sambil aku makan buah duku langsat sesambil berladang tu, terfikir lah aku kalaulah ada Farm Town versi Malaysia, mesti ada pokok langsat, pokok ciku, benda-benda macam tu lah. Dan crops yang paling mahal sure lah durian kan? And it will take maybe 2 minggu baru durian tu ready to harvest. Heheheh....

Tidur malam semalam, aku mimpi jumpa seseorang. Seseorang yang telah tiada. Aku mimpi aku jumpa arwah abah aku, abah angkat aku. For those who knows me, aku ada satu keluarga angkat yang memang rapat. Yang treat aku macam keluarga diorang sendiri. Walaupun aku tak tinggal dengan diorang, tapi dari kecik lagi aku dah rapat dengan diorang. Dan bukan sahaja limited to mak, abah, abang, kakak angkat. Aku ada anak sedara angkat, pakcik, makcik, atuk sedara, jiran, family friends semua tu lah. Semuanya angkat. Heh...

So, aku mimpi semalam. It was a sad and tearful dream. Dalam mimpi tu, abah aku pakai biasa je pakaian malam-malam berkain pelikat. Aku ingat yang mak angkat aku dan kakak angkat aku ajak abah aku belanja makan. Tapi, abah aku kata tak boleh malam ni sebab dia nak hantar aku balik Ipoh. Dan aku ingat aku peluk abah aku dan cakap kat dia berulang kali yang aku rindu kat dia sangat-sangat. Tapi abah aku senyum je and he mentioned something like nanti kita jumpa, lepas tu dia baca satu ayat dalam bahasa arab which I can't remember.

Dan bila terjaga tu, bercucuran lah air mata aku secara auto cruise. Diselang seli dengan bunyi kambing aku mengembek dalam Farm Town kat ruang tamu. Sedih! Semoga roh abah ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman.

Anyway, ni ada aku baru terdengar satu lagu yang sungguh indah dan sungguh sedap. Mungkin korang dah dengar, aku tertinggal bas sebab aku tak tengok teater ataupun movie PGL. Dan aku tak pernah dengar lagu ni kat radio, which I think it's a big wastage. Aku yakin kalau lagu ni bertanding AJL, sure boleh menang punya.

So, have a good Friday and weekend. Sayangi sepenuhnya mereka yang masih ada di sisi. Enjoy this song.




Wednesday, August 12, 2009

Sewel macam nenek rewel


Meluat-luat aku sejak the past two three weeks dengan perempuan tu. It started with muka dia yang hodoh lepas main some badminton games, siap masuk dalam Buletin Utama tu.

Followed by one twitter feed by the Prime Minister that he's attending an event in UiTM Shah Alam and the event was the conferment of some stupid honorary doctorate to no other than Prime Minister's wife. Hoi! Buat kat rumah je lah kalung-kalung pingat ni, tak payah involve so many people to attend the ceremony, tak payah get the students off their books (or facebook) just to fill up the hall, tak payah get everybody (all the deans apa tah) to dress in convo gears (kalau buat kat rumah, sambil telanjang pun boleh kan?)

All that are expenses weh! Paid by UiTM, I think. Dan UiTM dapat duit from student's tuition fees and government grants (or injection, whatever). And most students paid their tuition fees using loans or scholarships. And if those are from government, tu semua from all kind of taxes! Yang aku pun bayar tax laa bodoh! Dah le LHDN hantar surat nak tolak gaji aku for another RM700 for 6 months, on top of the current deduction for tax around RM800 already. Pastu belanja bersepah-sepah untuk function bodoh macam ni, setakat nak kasi honorary doctorate to the wife. F lah!

Then, came this launch of 'the wife's website'. Aku ingat dia pakai laa private domain like, http://perempuanterbilang.blogspot.com ataupun http://www.perempuanduluadataiklalatbesarkatpipitapisekarangdahbuang.com ke, alih-alih dia pakai website PM Office. Dia ingat Michelle Obama ke siap nak ada extension kat official PM website?!! Damn it! Kalau korang tahan boleh tak muntah, korang check out laa website kat sini http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/

Then, yesterday I saw in the news, she was officiating something. I thought it was Pusat Kitar Semula ke or Pusat Khidmat Masyarakat or some welfare or community or women related stuff. Rupa-rupanya she was officiating the opening of the Institute of Energy Policy and Research in Uniten.



Wtf? Hoi! Dah takde ke orang-orang kementerian berkaitan (Teknologi, Tenaga or Pengajian Tinggi) even the TKSU ke to do all this??? Or orang gomen semua dah jadi ngok?! Dingokkan oleh somebody?! What if press tanya questions pasal teknologi policies all those? Or ada Q&A session with engineering students semua tu? Ngok sangat!


Tuesday, August 11, 2009

Testing... 10,000ft in air


Ada satu hari tu, boss aku tak masuk ofis, meeting di KL. Aku email dia pagi-pagi, hopefully by the time dia reach KL, dia dapat email aku. Sekali, dia balas email aku, "Will get back to you, dalam plane 10,000ft in air". Siot je, siap ber-email dari dalam flane.

So, semalam aku gi KL, aku being naughty gak. Aku tak off phone aku and still sms-ing, facebook-ing, twitter-ing dalam plane tu sebelum take-off, waktu take-off, lepas take-off kejap, sebelum landing, waktu landing dan waktu plane tu park. True enough, memang ada signal tapi kejap laa not all the time. Aku tak sure pada ketinggian berapa baru dapat signal, tapi ada laa dalam 10 minutes after take-off and before landing.

Cerita pasal meeting aku semalam terhabis awal pulak, jam 4.15pm dah habis dah. Aku fikirin, sempat lagi kalau nak kejar flight jam 5.25pm instead of tunggu yang 9.15pm. Tak tau nak buat apa tunggu lama-lama kat KLIA. Ladang pun takde apa nak dikerjakan sangat. Hehehe... aku pun call cab, dalam 4.35pm cab sampai, bergegas pakcik tu drive aku.

Sampai kat kaunter check-in tu around 5.05pm, aku tanya brader kaunter tu, sempat tak aku nak kejar ni, berkali-kali dia kata sempat. Padahaaaaal.... tak hingat punya flight aku ikut gate A3, nun yang dekat hujung-hujung of all the A gates. Terkemput-kemput aku melangkah, dengan kasut high heel aku ni. Hehehe.. waktu tu rasa nak terpelecot je buku lali aku, rasa nak tanggal je kasut dan berjalan kaki ayam.

Ye laaa tu confident je brader tadi dengan rileksnya kata sempat. Memang le sempat, tapi naik melecet kaki aku berjalan laju begitu. He should've said, "sempat kalau encik berjalan dengan kelajuan 13km sejam." Baru lah aku boleh decide whether to take that flight or not. Ada jugak buggy lalu tapi tak sampai hati aku nak tahan sebab buggy tu untuk warga emas atau orang kurang upaya je aku rasa. Hmmm...

Anyway, dalam plane aku tidur le. Itu je yang boleh dibuat kan? Takkan nak ngorat stewardess, apa barang duduk kelas ekonomi nak ngorat stewardess kan? Tapi tak senang tidur aku dibuatnya, tengah mimpi baru nak tanggal butang baju dah stewardess tanya, "snacks for you sir?" Aku rampas 2 paket kacang, aku masuk dalam poket, aku sambung tidur. Tengah sedap mimpi nak bukak tali pinggang seluar, stewardess kejut aku lagi, "juice for you sir?" Aduuuhhhh....

Akhirnya tak jadi tidur dah aku. Suddenly aku nampak ni....



Macam mana lalat ni boleh tersesat dalam plane ni? Dan sure lalat ni bangga dengan kawan-kawan atau sedara mara dia yang dia dapat naik plane. Tapi tak sure laa lalat ni lalat domestik ke atau lalat international? Dan mulalah aku berfikir perjalanan lalat ni kalau dia datang dari Miami ke atau South Africa ke? Jauh perjalanan lalat ni... misi mengelilingi dunia kot. Sure kalau dia balik tempat asal dia, boleh dapat gelaran Datuk nih. Heh...

Tengah sedap berimajinasi tentang kehidupan lalat tu, mata aku ternampak ni pulak....





Dan terus aku teringat dan ter-rindu pada something. Korang tau laa apa yang aku bayangkan dan rindukan waktu tu. Rasa macam tak sabar-sabar je nak landing pastu nak gi cari spot wifi, turn on my computer and log in to Farm Town. Huhuhuh...


Monday, August 10, 2009

Ladang KLIA


Memang betul lah kata Joe Bangla, kalau dah terstart main Farm Town, jangankan nak update blog, nak baca blog orang pun malas. Hehehehe... dan jangankan blog, status facebook aku pun tak berupdate. Status twitter pun tak update jugak especially sejak twitter kena hacked hari tu dan aku tak dapat retrieve new tweets. By the way, aku dah level 26 dalam Farm Town sejak aku mula serius Khamis lepas. Not bad lah kan?

Macam mana tak cepat naik, last weekend tidur aku pun dah jadi dalam interval between 2 to 4 hours sebab aku tanam grapes dan raspberry je yang masak in 2 to 4 hours. Bila dapat harvest dan plow every 2 or 4 hours, banyak lah dapat xp ataupun coins. Dan by malam tadi, aku dah pintas pun geng-geng yang dah lama main pastu memekak-mekak kat tagboard terjerit-jerit pastu asyik dok "brb, nak kutip tanaman" benda-benda macam tu lah.

Anyway, aku kat Senai Airport ni nak ke KL. Ada meeting kat Transportation Ministry Putrajaya. Aku tersilap bajet ingatkan flight jam 8.30am. Aku bajet keluar rumah jam 6.30am tapi terlajak 15minit sebab nak check ladang dulu. Ekekekek... kelam kabut gak laa sebab about 5km to airport jalan jem, pastu waktu nak masuk parking, kereta depan aku tak boleh retrieve parking ticket lah. Then, aku tengok boarding pass aku flight jam 8.50am rupanya. Hmmm unnecessary stress jadinya tadi tu.

Aku gi KL balik hari je ni. Kalau ikutkan boleh balik lepas kerja last Friday dan spend weekend kat SA tapi aku dapat tau pasal meeting ni pun pagi Jumaat tu dan kepala aku dah tune untuk spend weekend berladang kat Johor. Dan aku travel by flight je lah. Malas nak drive, lagipun last Monday kereta aku breakdown kat Machap. Radiator cap rosak, coolant bersembur, temperature naik.

Yang bestnya tu, waktu temperature tu naik adalah dalam 10km from R&R Machap. Aku siap slow talk dengan kereta aku, kalau nak mati enjin ke berasap ke, jangan kat tepi jalan, tapi kat R&R Machap. Betul-betul masuk Petronas Machap tu, enjin kereta aku mati. Aku pun just cruise masuk parking tepi Petronas tu. Dan bila aku turun kereta, baru lah keluar asap. Heheheh dengar kata, kereta aku tu. Dah macam tu kena laa dekat RM1200 repair. Padahal radiator cap tu RM15 je. Ada laa buat benda-benda lain jugak sikit.

Ok, ni flight aku ni tiba KLIA before 10am. Meeting aku 2.30pm to 5.30pm. Return flight pulak at 9.15pm. So, before meeting aku ada 4 hours to spare dan lepas meeting ada 3+ hours. Nak gi ofis KL, macam tak berbaloi pulak dari KLIA nak ke KL then ke Putrajaya. So, berladang je lah aku kat KLIA nanti. Heheheh...


Thursday, August 06, 2009

3 kisah...


First of all, selamat berNisfu Syaaban semua. Nisfu Syaaban inilah bila buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. So, semoga buku kita tahun ni lebih cantik dari yang lepas.

Okay, ni aku nak cerita 3 benda yang berlaku ke atas aku sekitar Nisfu Syaaban.

1. Semalam aku ada department lunch. Mulanya macam bosan jugaklah aku nak pergi sebab balik-balik tengok muka tu, balik-balik dengar suara tu, kan? Tapi aku pergi je lah buat muka stone. Tu pun aku drive sendiri, tak tumpang or naik kereta dengan sesapa pun. Kitorang makan kat Sizzling Stonegrill apa tah, yang jenis makan ada batu panas tu. Sampai merecik-recik kat baju aku. Itu tak jadi hal.

Yang jadi halnya, semalam tu aku pun hilang ingatan buat seketika. Ekekeke... lepas waiter tu amik order aku, aku belek-belek balik menu. Aku tak ingat apa yang aku order. Ekekeke... then ada dua orang lagi office mates aku baru sampai, duduk sebelah aku. Diorang tanya aku order apa, aku cakap aku tak ingat. Seriously! Then aku terfikir yang aku tak order air lagi. Aku nak order teh je sebab tak boleh minum ais, ada batuk sikit.

Aku pun macam tercangak-cangak nak panggil waiter yang amik order tadi tu. Sebelum sempat aku panggil dia, ada se-pot teh lipton sampai depan aku. Aku pun tanyalah waiter tu, ni teh aku ke? Dia kata ye. Ohh dah order rupanya. Tak lama lepas tu sampai lah makanan depan aku. Aku macam confuse samada tu yang aku order atau bukan. Aku tanya orang lain, sape punya ni? Semua macam geleng-geleng kepala, so aku anggap tu makanan yang aku order lah tu. Adehhh....

2. Malam semalam, aku solat maghrib kat Masjid BBU. Ada bacaan Yassin sekali sempena nisfu syaaban ni. Bacaan Yassin 3 rounds - round one untuk mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah, round two untuk mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah dan round three untuk mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.

Aku takdelah masalah apa nak baca tiga rounds tu. Yang menjadi masalahnya, imam yang lead bacaan Yassin tu punyalah laju dia baca. Adehhh tak sempat bernafas aku jadinya. Time aku telan air liur pun boleh tertinggal setengah ayat. Macam shinkansen lajunya.

Dah le aku dah lebih sebulan dua jugak tak baca Yassin ni. So, first round je aku dah tertinggal 3 ayat. Habis second round je aku rasa aku tertinggal one and a half page dan bila habis 3rd round tu, adalah aku tertinggal 4 muka. Terkemput-kemput aku jadinya. Tapi yang aku respek, pakcik-pakcik otai cool je ikut baca takde tertinggal keretapi pun diorang.

3. Pagi tadi aku bangun sahur, makan nasi goreng mamak yang aku tapau malam tadi. Hmmm... lepas sahur sementara tunggu Subuh tu macam tak boleh lelap je dah. Aku pun bukak facebook. Dah tak tau nak tengok apa lagi kat facebook tu, aku pun masuk F.Town. Hmmm... macam tak bersemangat je ladang aku tu. Aku pun baru level 3. So, aku bertekad untuk memajukan ladang aku dan menjadi peladang berjaya!

Mula-mula tu aku tengok ciput je duit aku macam mana nak beli seeds? Terus aku takde mood balik. Then aku gi marketplace, aku amik upah plow dengan harvest ladang orang. Aku amik je kerja apa pun, even plowing yang bayar 5 coins je untuk seplot tanah. Tapi terkemput-kemput aku nak plow dengan harvest sebab connection macam kimput. Akhirnya, penuh laaa ladang aku dengan beberapa bidang tanah yang dah terplow sebagai permulaan. Dan dah sampai level 7 dah aku tadi. Aku stop pun sebab nak gi kerja. Siap ada plan nak amik MC tu. Ekekekek....

Sebenarnya, malam 14 Syaaban hari tu aku termimpi aku main F Town ni. Aku mimpi macam ladang aku cantiiiikkkkk sangat, banyak sangat tanaman yang subur-subur. Pastu aku nak beli something, duit aku tak cukup pulak. Hmmm... aku rasa tu macam petunjuk kat aku laaa untuk start main F Town. Ekekekeke.... So, siaplah sesapa yang dok kecoh-kecoh kat tagboard tu pasal farm ni, nak gi kebun kutip tanaman lah apa lah tu. Kalau aku potong level korang nanti, memang aku calatkan masing-masing. Siap laaa...

So, buku catatan aku ni ada lah tertulis nanti antara top ten benda yang aku buat, ialah main F Town. Heheheheh....


Wednesday, August 05, 2009

Antara delinn dan angah.... tiga sebab


Semalam aku terpandang Mat PO membebel kat tagboard dengan Delinn. Mat PO kata lebih kurang macam ni, "Angah tu tak macam kau, sikit-sikit report kat bini, sikit-sikit report kat bini..."

Tadi, aku berYM dengan Delinn. Sempat jugak lah mengata Limah dengan Arc sepam dua. Ekekekeke.... dan akhirnya aku bersetuju lah dengan PO bahawa Angah lagi best daripada Delinn, atas sebab-sebab berikut.

1. Dalam aku mengata Limah sepam tu, kejap-kejap Delinn kata, "aku cakap kat Limah nanti..." Tu belum masuk puluhan kali aku kena "Haipppppp!!!!" dengan Delinn lagi tu. Sikit-sikit, "haipppp!!" sikit-sikit, "haippp!!!" Sekolah Jepun agaknya Delinn ni...

2. Time tengah sedap-sedap mengata Limah dan Arc tadi, Delinn asyik sebut, "brb student..." Haa macam tu lah Delinn tu. Agaknya dia dah takde mood nak sembang, dia bagi alasan "brb student". Padahal mungkin dia nak korek hidung ke so tak boleh nak taip ataupun dia nak picit jerawat dia ke, dia kasi laa alasan, "brb student..." Angah tak pernah pun macam tu.

dan yang ke
3. Time mengata Limah dan Arc tu, diselang seli laa dengan gelak ketawa kitorang kan? Wakakakakaa ke ekekekeke ke.... pastu boleh pulak Delinn cakap kat aku, "kau ni ketawa pun pakai caps ek, macam sentence case..." Aduuuhhhh... kalau guna BlackBerry memang macam tu laa first alphabet of a sentence memang le auto-caps. Angah sure faham situasi aku ni, sebab Angah dah guna BlackBerry.

Dan sebab bonus kenapa Angah lagi best daripada Delinn...
Angah tak private kan blog dia. Tak macam Delinn. Senang je, click je kat link sebelah, terus dah boleh masuk. Tak payah nak login-login pun. Cuma masalahnya, blog Angah tak berupdate sejak 4 bulan lepas. Huhuhuhu...


Monday, August 03, 2009

Gadis misteri





Bukakanlah jendela asmara, moga terang kamar cintaku. Moga langit menyeri warna, mewarnakan taman hati ku. Berilah daku sayap impian, bawalah daku di awangan. Bukakan jendela asmara, moga ku kenal resah dan rindu... - Konsert Search Di Awan Biru @ Bukit Kiara Equestrian Park, 1st August 2009.

Yang ada suara sumbang sikit tu suara LB. Ekekeke...


Sunday, August 02, 2009

Satu malam rock


Setelah berbulan lepas aku beli tiketnya, dengan trauma lite-lite sebab venue tukar dan kena upgrading tiket sebab bila venue dah bertukar, standing arrangement pun dah bertukar, plus tunggu refund, pastu nyaris tak dapat balik Shah Alam sebab ada company function, akhirnya malam semalam aku gi jugak tengok Search Di Awan Biru di Bukit Kiara. Aku pergi dengan dua bodyguard aku laa Des dan Zam, dan LB. Des dengan Zam tu kenalah jadi bodyguard aku sebab segala perbelanjaan - tiket, makan, minyak aku yang sponsor. Adehhh... tapi diorang cool, dan aku suka sponsor kawan-kawan yang cool ni.

Waktu nak masuk tu bersesak-sesak jugak lah, terasa lah terlanggar-langgar bumper dengan terlanggar-langgar airbag. Ekekekek... parking pun about 1km away dan konsert pun start 45 minit lambat (better laa daripada konsert bollywood, dengar ceritanya). Ramai jugak yang datang. Kalau dilihat daripada sampah yang bertaburan lepas konsert tu, aku rasa ada laa 10,000 orang tak kurang.

Performance wise. Hmmm yang tak acceptable nya sebab ada technical glitches - time sedap tengah lagu kedua (tak ingat lagu apa), boleh pulak terpadam sound kat speaker. Pastu, menurut kata LB amp apa tah macam tak power, pastu menurut kata Des, sound gitar dengan vokal macam tak balance. Aku menurut je apa yang diorang kata. Heheheh... dari segi lagu, hmmm aku rasa quite a number of their songs yang fans tak tau, especially dari album-album baru diorang. So, time tu senyap je jadi bodoh laa rockers semua. Ekekekek...

Dan menurut Des jugak, Search ni memang trademark dia banyak main solo - banyak gitar goreng sorang-sorang. Tak macam Wings, lagu bersambung-sambung tanpa henti. Lepas tu ada satu lagu tribute untuk Loloq tu dah le orang tak tau lagu apa, pastu punyaaaaaa laaa panjang lagu tu. Kalau rockers nak menyelinap dalam crowd tu nak gi kencing pun sempat sementara tunggu lagu tu habis. Dan banyak laa jugak lagu-lagu favorite aku yang diorang tak main macam Cinta Sepi, Derap Komando, Bisa, Kejora, Cinta Buatan Malaysia, Meniti Titian Usang, Mentari Merah di Ufuk Timur, Rozana. Adehhh banyaknya. Tapi fans memang best! Especially waktu lagu Pawana dengan FBM tu... perghhh

So, final verdict aku kasi 2.5/5. Tak jadi laa aku nak turun Batu Pahat pulak untuk repeat. Hehehehe.... Tengok je lah gambar-gambar yang sempat aku ketik semalam, tak payah enlarge le sebab gambar pecah.









Dan kepada aku, Wings masih lagi best daripada Search. Macam yang aku yakin Mawi lagi best daripada Jamal Abdillah (lepas tengok show Malam 1001 Gemilang kat Astro semalam, tak percaya tengok sini... matilah kena kecam dengan peminat Jamal... ekekekek).


Saturday, August 01, 2009

Stesen radio ngok


Korang perasan tak kalau korang driving kat highway ke atau ikut jalan persekutuan. Them at some point, radio yang korang dengar dari mula perjalanan dah serak-serak basah dah macam nak hilang dari reception. Dan korang jari korang pun mulalah petik butang search/scan tu kan? Dan most of the time, radio search korang akan berhenti kat kalau bukan stesen radio tamil, stesen radio cina, kalau tak stesen radio cina, stesen radio tamil.

Dan mula laa korang menyumpah kan, macam takde stesen radio lain kan? Ekekekek jangan nak menyumpah-nyumpah. Mengikut konsep 1Malaysia yang bongok tu, korang kena dengar stesen radio tamil dan cina dengan hati terbuka, ok? Aku takpelah sebab aku memang tak ngam konsep 1Malaysia bodoh tu. Tapi, aku pun pelik jugak, apasal radio tamil dengan radio cina ni kuat betul signal dia?

Anyway, semalam aku drive JB-SA, macam tu jugak lah peristiwa yang berlaku. Sampai aku tutup terus radio kereta aku tu. Dan malas jugak nak pasang iPod aku. Sampai kat area Seremban, aku pasang baliklah radio dan mulalah search mana-mana stesen radio yang dapat. Dan terbehentilah kat satu stesen radio ni. Puas aku fikir stesen radio apa yang aku dengar ada lagu M Daud Kilau, dengan tah sape lagi tah.

Bila dah dekat jam 8 malam, barulah ada suara deejay tu sebut anda bersama Klasik FM dan kejap lagi ada berita radio jam 8. Oooo channel radio klasik fm bongok tu rupanya yang aku dengar. Anyway, it was a ngok decision by the government to change Radio 1 into Klasik FM. Then, RTM has always been ngok for having deejays, pengantara yang suara macam nak tidur, macam dah berbulan-bulan tak dapat seks.

Dan lebih bongok lagi bila berita tu start, pembaca berita tu sebut, "Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..." Ya salaaammm time tu aku rasa nak muntah time tu jugak. Gila apa salam 1Malaysia?! Biol punya RTM, sebiol menteri dia yang dah outdated tu. Dan aku tak tau laa kalau zaman Pak Lah jadi PM dulu diorang ada sebut, "Salam Hadhari..." ekekekekek...

Anyway, malam ni aku nak gi tengok konsert Search kat Bukit Kiara dengan Des, Zam and LB. Kalau laa waktu start konsert tu Amy Search sebut, "Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia semuaaaaaaaaa....", memang akan aku baling kasut converse aku ni nanti.


Related Posts with Thumbnails