Thursday, April 30, 2009

Fooling around the teambuilding session


Last Friday, still belum fully recovered dari kecapekan trip aku ke Abu Dhabi, aku joined my company's team building in Puteri Resort Melaka. Nasib baik ada transport provided so, lepas berenti makan dan solat Jumaat aku tidur je sepanjang perjalanan sampailah ke resort tu. Dan bermulalah episod yang macam &#%^*@.

Firstly, dah le cuaca kat Shah Alam or Johor or maybe all around Malaysia was so hot last week. Aku rasa kat Abu Dhabi pun wasn't that hot, seriously. Upon registration, aku kena tunggu like for 45 minutes sebab bilik aku tak siap lagi. &#%^*@. Dah le tinggal dalam around sejam je lagi sebelum the first session starts. Bila dah masuk bilik, ingatkan nak mandi. Tuala pulak takde. Called the room service, diorang kata tuala belum kering. Dalam sejam lagi baru boleh hantar. &#%^*@.

Dah le condition hotel macam tak menyelerakan dengan carpetnya yang berkerak, bilik air pun macam tak berapa sedap punggung aku nak berlabuh. Tapi, malaslah aku nak komplen lebih-lebih pasal bilik sebab manakan sama bilik di Puteri Reosrt Melaka dengan Hilton Abu Dhabi, kan? So, dalam kepanasan dan berpeluhan celah-celah kelengkang aku attended the first session.

Punyalah agak mengantuk first session tu. Lepas tu facilitator siap sound, "Saya nampak ada sesetengah yang dah pakai t-shirt yang diberi. Sebenarnya t-shirt warna biru untuk esok, t-shirt putih untuk hari Ahad." &#%^*@. Sesetengah tu termasuk laa aku sebab dalam agenda, session tu ditulis sebagai session 1 so aku pakai laa t-shirt yang diberi tu. Like ada sesiapa yang ada cakap kat kitorang or written anywhere yang sessions on Friday tu boleh pakai t-shirt apa-apa?

Kitorang dah duduk dalam team dah waktu ni. Dan as aku mentioned in one of my entries previously, ada ke satu team untuk teambuilding sampai 27 orang?! Weh, main bola World Cup pun boleh register tak silap aku 23 or 25 players je maximum. Ni bukan lagi nak main bola, aku rasa nak buat perarakan hari kebangsaan kalau dah ramai macam ni. &#%^*@. Jenuh laaa aku nak ingat nama sorang-sorang team members sebab ada yang dari subsidiaries dan ada yang baru sangat masuk kerja. Kalau nak ingat nama semua sekali, itu jangan harap laa.. korang darabkan je laa 27 dengan 9 kumpulan.

Dan malam tu waktu indoor session, aku dah start bosan dengan main facilitator kitorang. Dia ni mamak, dah le cakap ada pelat lidah berputar kan? Pastu cakap laju pulak tu. Dah le dewan besar, microfon tu pulak echo nya tinggi. Pastu instructor tu dengan rambut macam tak bersikat, baju t-shirtnya pun tak berbutang. So, macam tak bersemangat aku jadinya, macam tak terbuilt-up semangat keteambuildingan aku jadinya. &#%^*@. Pastu aku dapat assignment pergi tangkap tiga ekor nyamuk pulak. &#%^*@ kan? Dan malam tu walaupun aku duduk sebelah loji pam najis dalam gelap, sekor nyamuk pun tak nak gigit aku. &#%^*@ kan?

Lepas habis sessions hari tu semua, team aku rehearsal persembahan kitorang - tarian zapin for the first time in full force. Ada laaa empat couple yang dah practice menari so aku dapat bahagian menyanyi je part korus Ya Salam Ya Salam, Senandung Ya Salaaaammmmmm..... lagu Ya Salam Noraniza Idris tu. Lepas tu, ada satu part bridge panjang gak laa kalau nak pergi toilet kencing pun sempat. Aku propose laa yang penari-penari zapin tu berenti kejap macam kejung, pastu aku masuk buat shuffle kat stage tu. Baru ada macam 2Phat kan campur asli dengan hip hop. Tapi diorang semua reject idea aku. Wakakakakak....

On Saturday, pagi tu senaman taichi. Dah le ada dalam 200 orang peserta kan? Pastu instructor taichi tu pulak ada laa dua orang je yang tukang demo, sorang tukang sebut, "up, down, to the right, to the left, pull your knee, push your chest.." macam tu laaa... dah le dua orang pendemonstrasi tu bukannya duduk kat atas stage. Mana laaa nak nampak. So, kaedahnya, memang aku taichi kan gerakan-gerakan senaman taichi tu ke orang lain. Ekekekekek... part yang ni tak berapa &#%^*@ sangat sebab free and easy.

Tapi lepas tu bila gi breakfast, part orange juice habis dan diorang tak refill tu memang double &#%^*@. Pastu pulak ada ke dia serve bubur nasi tapi condiments dia diletakkan kat depan buffet area tu. So, kaedahnya kau amik condiments dulu, baru letak bubur nasi. &#%^*@ kan?

Lepas tu acara Explorace pulak. Yang ni lagi laa huru hara. Ada lima checkpoints. Bila dapat clue yang first tu pening gak laa nak cari checkpoint. Tapi untuk cari checkpoint ke-2 hingga ke-5 senang le sebab dah nampak kumpulan-kumpulan lain kat tempat-tempat tu sebelumnya. Yang menjadi masalah dan &#%^*@ nya tu, instructions (or rules) berlainan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Contohnya, kumpulan aku kena cross swimming pool sambil bawak belon tak payah pegang tali, kumpulan lagi satu boleh pulak pegang tali. Ngok kan! &#%^*@ je. Dah le dalam panas terik tengahari rembang tu. Topi pun tak bagi. Takkanlah aku nak pakai topi Ferrari RM150 yang aku baru beli kat Bahrain tu kan sampai berpeluh-peluh? Hehehehe...

Then lepas lunch, classroom session. Korang tau kena buat apa? Buat jigsaw puzzle. Aku rasa yang 1000 pieces punya. Macam &#%^*@ sebab HR Director aku kata, "bayar mahal-mahal dia bagi kita buat jigsaw puzzle je?" Lepas tu instructor kata, siapa tak siap tak boleh pergi tea break. Kumpulan aku pun setia lah buat sampai siap. Yang kumpulan sebelah pulak dok sedapppp je bawak sepinggan karipap sambil buat jigsaw puzzle tu. Lepas kumpulan aku siap, pergi tea break, karipap dah tinggal serdak. &#%^*@ sekali lagi. Bongok!

Nasib laa malam tu happening sikit time persembahan. Semua sporting belaka, semua enjoys! Semua lawak! Dan team aku pun menang persembahan terbaik sebab menari zapin. Tak sangka wo!! Itu belum aku buat shuffle waktu bridge tu lagi tu... mau hadiah tahun depan pun dia bagi terus kat kumpulan aku.

Hari Ahad, dari pagi sampai ke tengahari kitorang kena buat domino. Alaaa benda yang jatuh berturut-turut membentuk satu pattern tu. Masa diberi selama 2 jam. Mula-mula diorang tunjuk video teambuilding companies lain yang buat domino. Elok laa aku tengok diorang buat dalam bilik (indoor) pastu patternnya ada laa sebesar dua tiga meja makan disambung-sambung. Yang kitorang punya, kena buat sepanjang-panjang koridor hotel tu. Buat pulak kat outdoor, kat koridor hotel. Pastu dengan lantai hotel yang tak rata. Dengan bahagian sambungan jubin tu yang macam ada longkang tu kan?

Kitorang pecah 6 kumpulan. Sekejap-kejap, kumpulan belah sana menjerit sebab domino diorang dah bergerak, kena buat balik. Sekejap-sekejap yang belah lagi satu menjerit-jerit pulak. Aku pun sampai naik parkinson tangan aku nak letak kepingan domino tu takut terlanggar dan bergerak domino kumpulan aku. Ada laa sekali dua jugak aku jadi mangsa. Huhuhuhu... last-last dah dekat 2 jam, macam tak menampakkan hasil je, instructors kata takpelah tak siap janji dapat dicantumkan keenam-enam kumpulan supaya domino tu boleh bergerak dari hujung sana ke hujung sinun. Jadi lah... tak payah laaa nak divideotape kan kalau dah tak nampak rupa bentuk domino tu. Kalau nak tunggu siap, aku rasa mau sampai cuti Hari Pekerja pun tak siap lagi tu.

Korang tengok le gambar ni. Aku yang pegang bekas warna biru tu. Time ni aku rasa awal lagi kot sebab cantik je berdirinya kepingan-kepingan tu, belum berderai lagi. Dan elok je tegap lutut aku mencangkung waktu tu. Ni baru satu bahagian yang kumpulan aku buat, belum 5 bahagian lain lagi.



Dan yang paling &#%^*@ sekali ialah Training Department aku tak nak keluarkan training/course evaluation form. Takut laaa tu kot-kot orang tulis komplen banyak-banyak atau letak rating rendah-rendah. &#%^*@!


Tuesday, April 28, 2009

Dome yang beround-round


Ok ini kali aku nak kasi tengok gambar-gambar Sheikh Zayed Grand Mosque, mengambil nama sempena His Highness Sheikh Zayed Bin Sultan Al-Nahyan, the late founder and first President of the UAE. Masjidnya memang cantik! Kagum aku menengoknya. Kiranya kalau melawat Abu Dhabi, tak sah kalau tak melawat masjid ni dan kalau melawat Abu Dhabi, dapat melawat masjid ni je pun kira dah complete le lawatan ke Abu Dhabi. Heheheh... itu kata aku laa yang tak sempat nak jalan-jalan ke tempat lain.

Masjid ni dibuka pada bulan Ramadhan tahun 2007. Boleh memuatkan 40,000 jemaah. Kos pembinaan ialah 2 billion dirham (lebih kurang RM2 billion jugak lah).

Ini gambar masjid tu dari luar. Masih ada construction in progress. Aku rasa diorang nak buat bahagian laman/taman (luar masjid) tu. Sebab aku tengok kat dalam masjid macam dah siap je eloknya. Cuma dekat bahagian halaman tengah masjid tu agak berdebu sikit, debu yang datang dari construction tu. So, bila nak gi ambil wudhu' tu macam tak berapa selesa sebab berabuk.



Ini gambar dari dalam. Yang luas tu halaman belah dalam masjid. The courtyard is paved with floral marble designs and measures about 17,000m2 (180,000 sq ft).
Aku ambik gambar ni dari sudut menuju ke tempat berwudhu'. Jauh seh tempat amik air sembahyang dengan praying hall. Kalau menapak tu, mau tertinggal dua rakaat aku rasa. Heh..



Minaret dalam gambar tu adalah salah satu daripada empat minaret yang ada pada setiap penjuru masjid ni. Setiap satu minaret tu setinggi 115m (380ft).

Ada orang bercerita kat aku yang aku tak sure benar ke tidak dan aku tak dapat nak validate through google. Kerajaan UAE nak buat masjid ni jadi masjid terbesar di dunia tapi kerajaan Arab Saudi menentang keras. Ye lah kan, takkanlah ada lagi yang lebih besar dari Masjidilharam kan? So, kerajaan UAE agreed and settled for the third largest mosque in th world.

Walaupun begitu, masjid ni masih pegang tiga rekod dunia. Yang ke-satu, the main dome is the biggest mosque dome in the world, 75 metres (246 feet) high with a 32.2-metre (105.6 feet) diametre. (There are 57 domes covering the outside yard and the main building as well. The domes are decorated with white marble and the interior decoration is made of marble)

Yang ke-dua...



A 6,000 square metre (64,583 square feet) hand-made Persian carpet, said to be the biggest in the world. 1200 Iranian women spent 2 years weaving the carpet, weighing in at a huge 45 tonnes. The carpet covers the floor of the main prayer hall. Main prayer hall boleh accommodate 10,000 jemaah.

Dan yang ke-tiga...



This mosque also holds the largest chandelier. There are seven imported chandeliers from Germany and are copper and gold-plated. The largest chandelier has a 10m (33ft) diameter and a 15m (49ft) height.

Tapi, dalam banyak-banyak rekod yang masjid ni pegang, satu je yang aku pelik sikit. Cuba korang tengok mimbar kat tengah dalam gambar ni...



Cenonet je kan? Macam tak grand. Macam tak segrand grand masjid ni. Sedangkan mimbar kat Masjid Shah Alam pun sebesar-besar gabak yang aku rasa buat rugi ruang untuk sembahyang je. Mungkin diorang pun fikir kalau buat mimbar besar-besar yang pakai dalam seminggu sekali je tu agak merugikan ruang solat. Member aku kata pulak, mimbar tu boleh bergerak/mobile tapi aku tak perasan pulak ada roda ke apa.

Ni pulak salah satu antara tiang-tiang seri kat masjid tu. Cantik sungguh...



Dan yang ini features yang paling aku suka tentang masjid ni. Hiasan dinding bahagian depan masjid ni adalah 99 nama Allah. Cantik!



Ini gambar bahagian sayap masjid dari luar. Sesuai buat kad raya gambar ni. Heheheh...



Dan ini aku tak sure apa ni, macam ada masjid mini kat luar masjid besar tu. Aku rasa laaa... aku rasa je ni, mungkin makam H.H. Sheikh Zayed kot.



Kalau korang nak tengok gambar-gambar yang aku amik kat Abu Dhabi, boleh tengok kat facebook ataupun photobucket aku.


Sunday, April 26, 2009

Cerita round round sikit lagi


Ok, ini aku update sikit lagi pasal trip aku ke Abu Dhabi yang tak seberapa aku berjalan tu. At least ada jugak lah tempat-tempat yang aku sempat pergi dan ambik gambar untuk tatapan kalian. Ahai...

Macam aku cerita kat korang sebelum ni, banyak masa aku kat Abu Dhabi tu habis kat dalam Abu Dhabi National Exhibition Center (ADNEC) since company aku participate dalam Cityscape, a property and real estate exhibition. So, ni gambar aku dengan model projek kondo yang pertama untuk company aku, 1 Me*di*ni (One Me*di*ni).



Promote sikit: Kalau korang rasa nak beli kondo kat area Medini, JB (Iskandar Malaysia) untuk korang tinggal atau untuk korang sewakan especially to those who work in Singapore but live in JB, boleh laa korang beli 1 Medini ni.

Ni pulak gambar aku dengan Ferrari F1 car kat booth Aldar. Aldar ni one of Ferrari F1's sponsors, dan jugak one of the Arab partners company aku. Kat belakang tu ada model Yas Island. Kat Yas Island tu nantilah akan diadakan Abu Dhabi F1 race for the first time bulan 10 ni. F1 race tu nanti ala-ala Monaco, boleh tengok dari atas yacht macam tu lah. Dan dekat Yas Island tu jugak nanti ada Ferrari World Theme Park yang dijangka akan dibuka tahun depan dan Warner Bros. Studio



Ini first time aku attend property and real estate exhibition. Dulu kat Proton, aku biasa attend car/auto show. Dan satu perbezaan yang ketaraaaaa sekali antara dua exhibitions ni, property and real estate takde awek-awek pakai seksi-seksi macam auto shows. Exhibitors semuanya pakai smart-smart je.

Ni pulak gambar kat luar ADNEC tu tengah tunggu transport balik ke hotel. Penat sehhh hari-hari dekat jam 8 malam baru sampai ke hotel. Makan malam pun tak berapa nak lalu.



Petang hari sebelum aku balik Malaysia, dapatlah aku jalan-jalan sikit. Itu pun dah nak masuk time Maghrib. Aku berjalan dari hotel aku sepanjang Corniche Road dan terus ke downtown. Kat downtown tu aku pergi laa area Hamdan Center tu (ala-ala Little India pun ada). Belilah sesikit barang, cokelat-cokelat untuk peminat-peminat aku. Kat Hamdan Center ni laa baru dapat tengok barang-barang murah.

So, ni gambar aku waktu berjalan sepanjang Corniche Road tu. Kat background tu is the second tallest (unsupported) flagpole in the world at 123 meter. Flagpole tu didirikan pada tahun 2001 tapi lepas tu Jordan pula dirikan now the tallest flagpole in the world, lebih 3 meter je. Aku tak sempat nak pergi dekat-dekat kat flagpole tu so, ambik dari seberang je laa..



Yang bergambar dengan aku tu adehhhh.... dia tu pengawal yang jaga entrance pantai kat Corniche tu. Aku sebenarnya suruh dia ambik gambar aku, alih-alih dia nak masuk sekali dalam gambar. Cheh.. Haa cerita pasal pantai kat Corniche. Along the Corniche road, ada public beach. Tapi nak masuk kena bayar. Aku tak sure berapa bayarannya. Kesian kan diorang kena bayar nak pergi melenggeng kat pantai. Heheheh... dan kesian jugak kat aku tak boleh masuk beach tu nak tengok orang berlenggeng sebab beach tu boleh dimasuki oleh "families and ladies only".



Ni pulak hari aku balik Malaysia tu, sempat jalan sikit-sikit lagi. Pagi tu sementara aku tunggu member aku kat sekolah dulu datang amik aku, aku amik gambar sekitar hotel tu je laa. (Sedihnya... ambik gambar kat hotel je).



Ni pulak gambar Marina Mall. Tempat ni aku nampak dari bilik hotel aku je, cuma tak berkesempatan nak pergi. Cuma pagi sebelum aku balik tu, kawan sekolah aku bawak aku minum-minum dengan lunch kat sana. Kat Marina Mall ni ada juga Ikea (tapi tak sure besar mana sebab aku tak masuk) dan Carrefour yang setingkat je, tak sebesar macam kat Subang Jaya tu.



Ni pulak gambar aku dengan member sekolah (senior) aku yang tengah tu dan husband colleague aku kat dalam Marina Mall tu. Senior aku tu sekrang kerja dengan Etihad Airways as aircraft ke ataupun aviation engineer macam tu laa. Aku pun lupa nak tanya.



Ni pulak gambar berlatarbelakangkan bangunan-bangunan sepanjang Corniche Road tu.



Yang kat background gambar ni pulak ialah Emirates Palace Hotel. Kelassss dek non hotel ni sampai aku tak berani masuk pintu pagarnya pun. Tengok dari kejauhan je. Hotel ni one of the luxurious kat Middle East dan orang kata, dalamnya cantikkkkkk. Harganya pun cantikkkkk.... from 1,700 Dirham to 42,000 Dirham semalam (1 Dirham lebih kurang RM1). Cantikkkk kan baekkk punya harga!!!



Ni pulak gambar member aku ambik sebab ada pak arab tengah main jet ski tengah-tengah rembang tu. Pak arab yang kaya-kaya, ini lah kerja diorang. Bersantaaaaaiiii je, bukannya bekerja. Yang bekerja tu dibagi kat orang-orang luar. Member aku kata, locals biasanya kerja kat jabatan-jabatan kerajaan. Sebab tu jabatan kerajaan dia servisnya lembab gila. Tapi aku tak tanya pulak, selembab jabatan kerajaan Malaysia ke? Ahai...



Ada sekali tu aku naik cab, aku tengok nama driver tu something like Shahid, an Arab Aku tanyalah dia, "are you local?" Dia jawab balik, "If I'm local I don't work..." and he is an Egyptian. So, korang boleh tau laa kan locals buat apa kat negara sendiri.

Ni gambar flagpole yang tadi aku cerita tu tapi dari angle lain. Panas sehhh time ni tu yang mata aku merenyih-renyih tu.



Tu je lah, gambar-gambar yang sempat aku rakamkan untuk tatapan peminat-peminat aku. Insyaallah nanti aku tunjuk kat korang gambar masjid yang cantik tu, ye.


Saturday, April 25, 2009

Different round of sleep


Sekarang jam 12.30am. Aku kat Puteri Resort, Melaka ni ada team building. Aku sorang-sorang kat bilik ni. Patutnya aku share dengan house mate aku tapi dia kena balik KL sebab wife dia, si Ed kena fly to USA esok malam for a month. Kesian house mate aku, so bagi chance laaa segala aktiviti-aktiviti yang sepatutnya sebelum wife dia pergi US kan? Dan kesian jugak dengan anak kecik diorang tu, baru 4 bulan macam tu. Kesian jugak anak yang second kecik, kena tinggal jugak. Dah le house mate aku balik KL on weekends je. *menitis air mata sambil aku type perenggan ni tau, Ed! heheheh...

Anyway, aku tak boleh tidur lagi ni. Aku rasa aku jet lag laaa. Sebab kalau kat Abu Dhabi, sekarang baru jam 8.30pm. Tapi, malam semalam ok je aku tidur jam 12.30am. Mungkin itu sebab aku penat drive KL-JB then sampai JB, aku kemas-kemas (unpack) barang-barang aku. Tak pun mungkin sebab dalam bas JB-Melaka tadi, aku dah tidur dalam sejam. Punyalah sakit tengkuk aku tidur dalam bas tadi. Almaklum, dah biasa tidur flat bed dalam flight. Ecececece... sure nak termuntah korang baca ni. Lantak situ, entry ni aku nak buat korang lagi termuntah. Hahahaha...

Actually, gambar-gambar ni aku nak publish waktu entry aku yang baru sampai hari tu. Tapi, hotel tak provide free broadband connection pulak. Kalau nak pakai broadband, kena bayar 80 dirham (around RM80) sehari. Aduuuuhhh... hotel high-class, rate mahal-mahal pun tak mampu nak bagi free broadband. On the other hand, sure orang hotel pulak kata yang aku ni duduk hotel rate mahal-mahal pun tak mampu nak bayar pakai broadband yang RM80 sehari tu kan?

Sebenarnya, bos aku suruh get connected dan bayar je berapa pun tapi setakat nak check email, bukak attachment, pastu check sape yang dok bergebaaaannnggggg je kat tag box, aku rasa tak berbaloi laa bayar RM80 sehari tu. Daripada aku bayar RM400 untuk broadband connection for 5 days, baiklah aku beli souvenir apa-apa yang patut seperti mug ke apa ke bawak balik dirham tu dan convert balik ke RM, kan?

Anyway, ni gambar-gambar kenangan untuk aku laaa yang pertama kali travel under the expenses of the current company I'm working for, pertama kali jugak aku travel in business class, pertama kali jugak aku travel to middle east sampaikan waktu nak landing kat Abu Dhabi tu, aku siap cakap dalam hati, "I've never seen so much sand!!!" Mana taknya, pasiiiiiiiiirrrrrrrr je keliling. Selalunya, waktu nak landing tu, nampaklah laut ke hutan ke kan? Amazing!

Walaupun aku naik Gulf Air je, bukannya MH atau Singapore Airlines ataupun Emirates ataupun even Etihad, it's still satisfying...



and traveling in style loh... ekekekek membaca bahan-bahan ilmiah wo! Ini gambar waktu dalam position skema, sebelum aksi-aksi tertonggeng dan tergolek dog atas flat bed tu. Heh!



haa... dan budak ni pulak travel macam dia duk kat bilik dia kat rumah je. Dengan macam-macam barang permainan dia, dengan beg warna pink dia, doll dia, alat-alat mewarna dia, sambil main sambil tengok kartun.



Dasat betul laaa kecik-kecik dah naik business class. Aku ni umur 32 tahun barulah nak merasa. Ini baru business class, agaknya umur berapa laa aku dapat naik first class ek? Mau waktu umur aku 50 kot? Heheheh.... aku terbayang je nanti waktu tu, aku tengok ada sorang budak in early 20s dah naik first class. Pastu aku tanya laa kat dia kerja apa semua, dia kata dia buat business sendiri. Pastu, bila aku tanya nama dia, dia jawab "Jibr*iel Al*i". Mau je aku kirim salam penuh maut kat bapak dia kan? Ekekekeke...

Ni gambar satu scene dari cerita Slumdog Millionaire yang aku tak pernah nonton lagi sebelum trip aku ni. Cuba korang teka ni scene yang mana?



Ekekekke... Ni scene budak tu tengah ber@k kat dalam jamban kayu. Lepas tu dia dengar orang ramai jerit "Amitabh Bachan, Amitabh Bachan!!" Dia nak keluar dari jamban tu tapi pintu jamban tu terkunci dari luar. So, dia picit hidung dia dan terjun ke bawah, ke dalam sekawah t@!k sambil satu tangan memegang gambar Amitabh Bachan untuk diotograf. Lepas dia terbolos ke dalam sekawah t@!k tu, dia bangun dan keluar, pastu berlari-lari di celah orang ramai menuju ke arah Amitabh Bachan sambil seluruh badan dia diselaputi t@ik.

Dan ni pulak gambar butang-butang seat aku. Ni waktu malam (return flight).



Butang DND tu, maknanya "Do Not Disturb", bukannya "Disco n' Dangdut" ok. Butang "Please Disturb" pulak ada kat remote control. Aku tekan je butang tu, berlari stewardess datang kat aku. Ekekekeke... Yang butang ada bentuk macam wave/angin tu pulak, butang untuk massage kat belakang badan, bahagian pinggang macam tu. Tapi tak kuat sangat laa massagenya, tak macam kerusi Osim tu. Aku rasa kalau kat first class baru massage macam kerusi Osim kot?

Nanti aku cerita lagi lah last part aku kat Abu Dhabi.

Ok lah, aku nak rehearse lagu Noraniza Idris - Ya Salam ni seround, sebab esok group aku kena buat performance tarian zapin. Aku tak reti menari zapin ni. Kalau belly dancing, aku rasa aku reti laa sebab baru je aku tengok kat Abu Dhabi hari tu. Oppsss... Untuk performance esok, aku nyanyi je. Part yang "Ya salaaaammmm, ya salaaaammmm, senandung ya salaaaaaammmmm..." ramai-ramai tu.

Adios!


Thursday, April 23, 2009

Habis dah round round


Aku dah sampai ke JB pun ni. Flight aku touchdown kat KLIA around 9.30am dan aku sampai ke apartment aku kat SA around 11am. Terus aku load barang-barang aku ke dalam kereta dan naik ke apartment aku. Ni, kira transit gak ni sebelum balik JB. Hehehehe... Then, aku tidur je for about 3 hours. Tak puas tidur dalam flight malam semalam, rasa macam kejap je 5 jam tu tidur. Walaupun tidur aku lena, berselimut, berkerengkot, siap mintak extra pillow lagi.

Tak banyak sangat cerita aku kat Abu Dhabi. Most of my time habis kat exhibition hall. Cuma sehari tu aku dapat lari kejap time lunch, pergi ke satu Souq (market), namanya The Souq at Qaryat Al Beri. Souq ni caters mostly Shangri-La guests. Takde kedai apa sangat pun kat souq ni, adalah dalam 15 bijik kedai, yang mahal-mahal harga barang yang dijualnya. Aku pergi Souq ni pun bukan sebab best tapi sebab dekat dengan exhibiton center tu berbanding dengan souq-souq yang lain.



Then, aku ada lah amik gambar sesikit kat area Shangri-La Hotel tu yang cantik. Pantainya mengadap the Grand Mosque. Eloklah tu kan, sambil berlenggeng berjemur sambil tali bra diuraikan, sambil pandang masjid kan? Ahai... Dalam takde apa takde apa tu terjumpa gak sorang orang Malaysia kerja kat hotel tu. Amoy (more like Ah-soh to me) Sabah, dia kerja kat fitness center hotel tu. Borak le kejap.





Lepas dah pusing pusing yang tak keruan kat souq dan hotel tu, aku gerak ke Grand Mosque tu laaa. Yang ni, memang breath taking rasa macam nak berhenti degup jantung pun ada ni. Memang grande masjid tu. Namanya Sheikh Zayed Grand Mosque. Putiiiiiiihhhhhh je domes nya. Pakai Breeze kot kalau diorang cuci dome tu. Masuk dalam masjid tu memang rasa macam insaf, kecil je diri kita ni (ecececece...). Dengan carpetnya yang super tebal dan flowery, chandeliersnya yang aku tak reti laa nak describe dan ukiran-ukiran dinding yang pun aku tak reti nak describe. So, kesimpulannya best laaa masjid tu, a must to visit...



Korang tengok gambar-gambar yang ni dulu lah, nanti gambar-gambar yang lain-lain aku upload kat facebook dengan photobucket.

Aku stop sini dulu, nak packing sebab esok aku gerak ke Melaka pulak ada team building. Nanti kat Melaka, aku update lagi cerita Abu Dhabi. Tu pun kalau aku rajin laaa sebab cerita dah basi, kan?


Sunday, April 19, 2009

Sampai dah tapi belum round round


Heh! Aku sampai dah kat hotel jam 6.30pm local time (jam 10.30pm Malaysia). Sekarang ni, ada dinner company aku host. Huh, makan lagi aku ni. Kalau ikut time Malaysia, jam 2am makan lagi nih. So far, tak nampak apa-apa yang menarik lagi kat Abu Dhabi ni. Dan aku pun tak bother nak cari-cari sebab aku just nak tidur je ni. Dalam flight tadi, aku dapat tidur sejam je.

Korang nak cakap aku jakun ke lantak laaa. Tapi memang ye pun jakun jadinya aku bila on board the flight. Baru je aku terfikir macam mana aku nak berhimpit-himpit nak keluar gi toilet sebab aku duduk window seat. Sejak dari lepas boarding gate tadi aku rasa nak terkencing, tapi malas nak kuar balik. Kencing kat dalam airplane laa. Sekali.... seat aku jenis cabin sorang satu, jenis flat bed yang boleh recline kat kaki, kat pinggang, kat kepala, sampai jadi flat bed. Pastu punyalah banyak butang aku tengok. Jenuh ni nak kena jeling orang sebelah picit butang mana satu, boleh aku tiru kan?

Dalam mengantuk-mengantuk aku tu, rasa rugi nak tidur jadinya. Banyak benda yang nak dikhatamkan dalam masa 6 jam perjalanan ni. So, aku tahankan dari tertidur. Alaaa sampai hotel boleh tidur apa? Ekekekekek....

Bila dah take off je, aku pun pasang laaa flight entertainment system kan? Aku tengok list movies, mak aiiiiii.... Korang tengok ni baru list yang latest release.... Curious Case of Benjamin Button, Yes Man, Marley and Me, Seven Pounds, Revolutionary Road, Defiance, Four Holidays, Australia, The Other End Of The Line, Pride and Glory, Changeling, Slumdog Millionaire, Quantum of Solace. Banyaknya movies aku tak tengok lagi ni. Alaaaa sempat ke 6 jam nak tengok semua ni? Hehehehe...

So, aku pun tengok lah Slumdog dengan Benjamin Button dengan Yes Man halfway. Tu je yang sempat. Macam-macam position aku tengok movies tu. Melunjur kaki lah, merengkok badan lah, mengiring lah, nasib tak tengok sambil menonggeng je. Dan juga menonton movie sesambil makan 4-piece meal. Makan je lah kerja aku hari ni. Transit kat Bahrain pun aku makan kat business lounge, dalam flight Bahrain-Abu Dhabi yang sejam tu pun aku makan gak. Ni, makan lagi. Uish kenyangnya mengalahkan seminggu aku kenyang makan kat JB ni. Tapi rasa bersalah laa pulak sebab aku tak bawak kasut jogging aku. Adeh....


Saturday, April 18, 2009

Satu round of thanks


Opppsss ada lagi entry hari ni. Hehehehe kemaruk ni. Bukan apa, dalam entry yang first hari ni tadi aku terlupa nak mention ni.

Thanks laa kepada Jijo yang call aku sesudah Subuh tadi nak make sure aku dah bangun, tak kesiangan, tak tertinggal flight. Terharu aku jadinya sebab aku tau biasanya Jijo memang ada routine sesudah Subuh. Ekekekek... tapi hari ni, dia lari dari routine biasa, dia call aku instead. Cuma, waktu tu aku tengah mandi dan tak jawab call dia. Sure Jijo gabra kan sebab aku tak jawab call tu? Sure Jijo terfikir yang aku akan terlajak tidur dan aku akan terlepas flight. Sure waktu tu Jijo dah siap-siap pakai seluar, dah amik kunci kereta nak datang ketuk pintu rumah aku, kan Jijo? Ekekekeke

Anyway, thanks gak kat lain-lain yang dalam kepala diorang terfikir aku ni dah bangun ke belum, macam tu kan? Tapi, kalau setakat terfikir kat kepala masing-masing je, mancis api hotel je lah yang aku bawak balik untuk diorang nanti. Yang call aku tadi, haaa tu nanti aku surprise kan. Hahahahah....

Ok, time to board the plane.


Nak disula all around nih...


Ada lagi pulak entry hari ni.Tiba-tiba je banyak datang idea bila duduk kat premium lounge ni. Ekekekeke.... Takde nak cerita apa pun sangat, tapi ni ada berita terkini laaa pasal ofis punya hal. Sakit je hati aku, meluap-luap nih.

Ok, korang tau kan dulu aku kerja bawah Si Puaka sampai bulan 12 2008 kan? Si Puaka yang sampai dua orang VPs berhenti kerja dan yang aku jadi macam mayat bernyawa kat ofis sampaikan aku pun nak ikut sekali berhenti tu kan? Tau kan Si Puaka tu? Ok. Dan korang tau aku dah transfer division sejak Januari 2009 kan? Sekarang ni, bos aku nama Sam. Ok, korang ingat dua fakta ni ok. Ex-boss aku ialah Si Puaka dan current boss aku ialah Sam.

Colleague aku kat division lama still kat situ lagi, nama dia Mr. Az**r. Tadi dia baru sms kat aku, dia try nak jumpa aku for the past few days sebab dia nak cerita something. Tapi, aku pulak dok sibuk je sesehari dua yang lepas. So, tadi dia sms aku ceritakan benda ni.

Mr Az**r ni cakap lah kat Si Puaka ni yang aku pergi Abu Dhabi. Korang tau tak apa Si Puaka ni jawab?! P****@k betul memang sial betul laa. Si Puaka cakap, "Betul ke aku ni perform under Sam, or Sam is pretending and rubbing it in front of me just to show that he can work with aku? Can aku gave all that Sam wants?" Sial kan? P****@k kan?

Memang cari nahas Si Puaka ni dengan aku. Siap dia team building nanti, aku patahkan kaki dia, tak pun aku taji keting dia biar koma ke putus urat konek ke.

Tu je laa. Ekekekeke...


Kepala pusing pusing around


Macam-macam bunyi lepas Najib umumkan jemaah kabinet dia. Salah satu yang aku dengar pasal reshuffle satu kementerian baru ni iaitu Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. Geng-geng pro high speed broadband, geng-geng telekomunikasi dah pening macam mana benda/isu-isu hi-tech nak dibincangkan dan dihandlekan bersama isu kesenian dan kebudayaan.

Lagi satu yang pening kepala bila time rombakan kabinet ni ialah bila nak kena brief menteri baru on whatever the menteri patut tau. Pening wo! Ye lah menteri kita ni bukannya bijak sangat pun. Tapi mungkin syarat baru Najib yang setiap menteri kena ada ijazah tu membijakkan sikitlah menteri-menteri kita. Apa? Ijazah boleh dibeli? Ekekekek...

Anyway, aku pity lah to kawan-kawan kat TM bila komunikasi dah digabungkan dengan kesenian dan kebudayaan ni. Dengan macam-macam terms hi-tech yang aku kerja 2 tahun dalam komunikasi pun tak faham-faham (err... ijazah aku bukan beli punya ek!), pastu nak brief kat Rais Yatim si otai tu pulak dah. Silap gaya, broadband kat Malaysia ni bukan makin laju dan makin canggih tapi makin terkebelakang, makin mandom semandom tarian inang ekekekek...

Pause...

Aku kat KLIA ni usai (chewah!) check-in semua, tengah lepak kat Premium Lounge (naik business class tu jangan main-main ekekekekek).. Flight aku jam 11 pagi, insyaallah tiba di Abu Dhabi jam 5.20 petang waktu Abu Dhabi. Flight 6 jam then transit kat Bahrain before sambung 1 hour flight ke Abu Dhabi. Ini antara a very few occasion aku naik flight tengahari. Biasanya awaaaaallllll pagi flight aku.

Dan aku pernah cerita yang kalau flight aku awal pagi, aku tidur dengan lampu terpasang terang benderang satu rumah, tv, radio dan benda-benda yang berbunyi aku bunyikan. Kadang-kadang aku mandi siap-siap, pakai baju, seluar stokin semua siap-siap baru tidur-tidur ayam. Bila bangun, aku gosok gigi, cuci muka je sebelum gi airport ekekekekeek.....

So, bila flight aku jam 11 pagi ni, aku ingat dapatlah tidur macam biasa kan? Jam 7.30am baru gerak ke KLIA. Meleset sangkaan aku, dek non! Tak cukup jugak tidur aku. Aku dapat tidur selama sejam setengah je malam tadi dalam terang benderang jampu rumah aku. Beralaskan tikar getah dan berbantalkan lengan je tidur aku.

Al-kisahnya jam 4.45 petang semalam, masuk satu assignment urgent nak kena siapkan sebelum weekend nak kasi kat MD. Macamlah weekend tu lagi tiga empat hari, kan? Dah le waktu tu aku dah genggam kunci kereta nak balik Shah Alam dah. At last, buat assignment tu punya pasal, jam 12.30am baru aku bertolak dari JB. Dalam agak mengantuk tu aku gagah jugaklah drive balik SA.

Nak singgah tidur kat R&R, takut kesiangan pulak. Lagipun time frame aku ngam-ngam je untuk sampai SA, kemas barang sikit, take a short nap, dan gerak ke KLIA. So, bertin-tin lah power root dan nescafe aku minum, berplastik-plastik laa makanan ringan aku makan waktu drive tu. Aku tiba kat SA jam 4am, so dapatlah tidur dalam sesejam setengah. Ni kepala masih tiow ni pening-pening.

Nak tau aku buat assigmnent apa? Tu haa yang aku cerita kat atas tadi, setiap kali tukar menteri, nak kena brief lah kan? So, MD aku kena brief menteri EPU baru, si TS NMY tu. Adehhh.... Sepatutnya Ketua Setiausaha kementerian laa yang brief menteri kan sebab ketua setiausaha tak bertukar kan? Goyang telor ketua setiausaha ni tau, nak kena tarik-tarik bulu telor tu! Pundek laaa all this.

So, jap lagi kalau aku tidur dalam flight even before airplane tu take off, or even sebelum dia reverse nak gerak, den tak dapat nak tolong laaa. Gone lah cita-cita aku nak travel in style sebab naik business class ni. Ye laaa takkan lah naik business class nak tido kan? Kena laa baca bahan-bahan ilmiah sambil silang kaki kan, atau switch on laptop ke kan? Ekekekeke...

Tapi dalam keadaan aku dah weng ni, tidur pun sedap jugak kan dalam business class? Tapi, rugi lah pulak kalau tidur, tak boleh lah bermanja-manja dengan stewardess. Takpelah, nanti aku suruh stewardess selimutkan aku, pastu jaga tidur aku kot-kot ada nyamuk ke kan? Ahai!

Haa lagi satu... yang dok kirim aku macam-macam tu kan? Bukan main manis je air liur korang kan? Nak souvenir Abu Dhabi laa apa laa kan? Korang ingat aku nak gi ni, goyang telor je takpun ada orang tukang cabut bulu telor aku ke? Aku nak gi ni sibuknya sampai tak tertrim bulu aku tau dak? Ekekekek... Tengoklah kalau korang nak sangat souvenir Abu Dhabi, nanti aku collect lah shampoo, shower gel, mancis api hotel nanti. Hari-hari aku collect, cukuplah sorang satu souvenir, macam-macam warna shower gel dengan shampoo tu korang boleh pilih. Ada cop Abu Dhabi gak kan? Tu yang penting kan?

Wakakakaka....


Thursday, April 16, 2009

One year, still around


Hari ni 1st anniversary aku. Yes, dengan si dia. Ahai… 1st anniversary aku kat tempat kerja sekarang ni la. Heh! Survive jugak aku one year. Waktu halftime bulan 10 lepas, macam tak kesampaian je aku nak kerja sampai cukup setahun. Banyak betul dugaan. Dugaan paling hebat datang dari Si Puaka tu lah. P**$#@k betul Si Puaka tu. Rasakan sekarang ni dia pulak yang dipinggirkan semua orang.

Alhamdulillah, aku cekal jugak walaupun dah hampir-hampir aku nak tender notis letak jawatan walaupun takde kerja lain yang panggil waktu tu. Memang nekad nak gamble je waktu tu. Nasiblah ada parties yang organize party yang prihatin dan macam Sylvester Stallone hulurkan tangan dia untuk aku berpaut macam dalam cerita Cliffhanger laa. Hehehehe… tapi tak tau laa boleh ke aku sampai ke 2nd anniversary, ke 3rd anniversary. Paling lama pun setakat ni 6th anniversary je. Huhuhu...

So, sempena 1st anniversary kerja ni, aku akan organize party bagi meraikan hari yang prosperous ini. Tarikhnya, hari Sabtu ni 18 April 2009. So, sesiapa nak join celebrate dengan aku, boleh bagi nama. Dengan syarat, korang dah book tiket ke Abu Dhabi sebab aku akan celebrate 1st anniversary aku kat Abu Dhabi! Yahooo!!!


Wednesday, April 15, 2009

Calling calling around around


Kadang-kadang kan, kadang-kadang laa.. tiba-tiba je datang mood aku nak calling calling around, calling calling kawan-kawan aku. Takde benda sangat pun nak cerita. Yang pasti, dalam sesemalam tu sampai 7-8 orang yang terlintas kat kepala aku nak aku call.

Tapi banyaklah consideration bila nak call tu kan? Kawan ni mungkin pergi masjidlah, yang ni baru balik training bola nak mandi-mandi lah, yang kawan tu baru balik networking/mesyuarat umno lah, yang sorang lagi baru balik kerja dan tengah layan kucing-kucing kat rumah sementara tunggu bini balik kerja lah.

Dan dalam banyak-banyak 7-8 orang yang aku nak call tu, adalah yang sorang dua ni jadi top priority aku. Kiranya, aku akan call sorang dua ni dulu laa sebelum aku call yang lain-lain. Kenapa sorang dua ni? Sebab yang sorang dua ni tak banyak considerationnya. Sempoiii je, aku call je at my will. Macam tu.

Cuma yang tak bestnya bila call yang sorang dua ni, bila call aku masuk voice mail. Mulalah tak puas hati, nak sentap pun ada kan? Mulalah fikir yang bukan-bukan. Mulalah nak try je call 5-6 kali. Mulalah hilang mood nak call yang ketiga hingga kelapan dalam list to call tu kan? Mulalah tak boleh tidur kenangkan call yang tak kesampaian tu, kan? Mulalah set kat kepala, esok pagi-pagi first thing lepas berak, nak call kawan-kawan yang sorang dua tadi tu. Mulalah set task reminder supaya tak lupa nak call diorang ni kan?

Esok paginya, try call balik yang sorang dua ni tadi, bila dengar je nada dering... mulalah hati pun berbunga, happy jadinya. Bila dengar pulak sorang dua tu jawab, "helloooooo..." (especially bila panjaaaanggg je oooo tu) mulalah kembang je hati ni kan? Tapi, bukan ada apa aku nak cakap pun. Cuma yang aku cakap, "Semalam gi mana call tak dapat?" Pastu, "Ok lah takde apa, saje je call..." Tu je.

Rasa macam tak berbaloi je yang part "mulalah... mulalah..." waktu tak dapat call tu dan part penantian nak call back the next morning tu. Adehhh... anyway, thanks lah kawan-kawan yang jawab call aku di saat-saat tiba-tiba je datang mood aku nak calling calling around, calling calling kawan-kawan aku.


dan mulalah teringat lagu kumpulan Freedom, "mulanya di sini ku kenali dirimu, sehingga kini sehingga ke akhir waktu... sama-sama menjejak mimpi, sama-sama mencari dan menanti..."


Monday, April 13, 2009

Blues all around


Entah berapa puluh das aku bersin malam tadi. Sampai kecut, sampai habis stamina hidung aku ni bekerja. Nasib baiklah tidur aku lena, dapatlah juga hidung aku berehat. Tapi, bangun-bangun tidur je terus bekerja balik hidung aku ni. Rasa macam tak berapa sihat aku ni, macam kena flu bug. Mulanya nak amik MC tapi kenangkan aku dah seminggu tak jumpa boss aku (rindu woo... wakakakak you're right!), sure ada je kerja yang dia nak kasi.

True enough, memang ada kerja pun yang dia suruh aku buat. Dia kata, "I'm getting lots of other people's shit!" dan aku tau siapa other people tu. Ekekekkek... dan bila dapat kerja or actually taik orang ni, mulalah awan mendung berarak kelabu je suasana kat ofis. Dah le Monday blues, dapat taik orang pulak. A bluer monday blues kiranya nih.

Tengahari tadi aku pekena sup laaa. Sebab kan selalunya orang sakit dimakankan sup. So, aku pun makan sup tulang lembu. Tapi member aku kata, orang demam makan sup ayam, bukannya sup tulang. Heheheh... gasak laa dah cuma yang ada tadi sup tulang lembu dengan sup tulang kambing je. Nasib baik aku tak makan sup tulang kambing kan? Mau padam terus aku jadinya.

And just now, to make my Monday blue bluest, aku dapat call daripada HH. Aiseh, kesimpulannya it's not time yet untuk aku laa. Nak menyesal atau frust sangat pun tak fair lah jugak sebab waktu HH first called aku pun, aku tak expext sangat. Dan waktu mula-mula dia cakap dulu pasal benda ni, aku macam tak berapa nak minat. Dan tak cukup berdoa agaknya aku kali ni. Anyway, thanks HH for the opportunity. Kena postpone laa perjalanan aku nak ganti Sepp Blatter nampak gayanya nih. Hehehehe...

Arghhh... mana letaknya cd blues aku ni? Meh nak layan lagu-lagu blues je laaa...

They call it stormy monday
But tuesdays just as bad.
Lord, and wednesdays worse
And thursdays all so sad.


(BB King - Stormy Monday)


Sunday, April 12, 2009

MUH & Samsons in JB


Mula-mula, aku pelik waktu nak beli tiket. Tiket yang paling murah ialah tiket yang paling dekat dengan stage. Tapi, free standing lah kat arena. Tiket yang paling mahal ialah free seating yang bertentangan dengan stage. But, still jauh laa... kalau kamera digital aku nak zoom pun tak nampak besar. So, selamat laa duit aku boleh beli tiket paling murah dan apa barang tengok konsert nak duduk-duduk kan? Bergesel pun bergesel laa. Ekekekek...

Cuma yang tak bestnya, member sekonsertan aku tak dapat datang malam tadi. Ada emergency case, dia kena jaga atuk dia warded kat Hospital Kulai. So, aku buat konsert solo je malam tadi. Mulanya aku nak je hulur tiket aku kat mana-mana orang Indo yang hang out kat luar stadium tu. Tapi, aku tengok Celcom pun macam senang hati je bagi tiket free - cuma perlu top-up RM10 dalam prepaid Celcom Sukses. So, aku kepal-kepal je tiket extra tu dalam poket aku.

Atas tiket, sepatutnya konsert mula jam 9pm. So jam 8.30pm aku masuk dah. Queuenya adalah macam orang nak beli setem kat pejabat pos. Tak macam waktu aku tengok konsert Radja kat SA dulu, queue nak masuknya macam pendatang tanpa izin beratur nak naik lori imigresen. Aku masuk kat arena tu, lampu terang benderang lagi so aku lepak kat belakang sekali, malas nak gi depan stage awal-awal. Borak laa dengan mamat Indo sebelah aku tu. Dia pun buat konsert solo gak. Ekekeke...

Ni gambar waktu jam 9.30pm kat arena. Stage nya yang gelap bawah tiga ketul spotlights tu. Ramai dak penonton? Mana taknya aku lepak je duduk atas lantai arena tu kat belakang sekali sebelum mula konsert? Kalau kat Std Malawati SA dulu, lagi sejam konsert nak mula dah bergesel-gesel dah. Dah berpeluh segenap celah badan aku. Ekekekeke...



Dalam jam 9.40pm konsert pun mula. MUH perform dulu. Seperti biasalah Lan and the gang memang energetic laa dan suara pun sedap. Cuma mungkin diorang pun tak berapa feel sangat nak perform. Mana taknya, bila ditanya "apa khabar orang Johorrrr???", adalah sesepuluh dua puluh orang je jawab, "baik..." ekekekek. Bukan ke energy performer tu banyak yang datang dari energy penonton kan? Entahlah aku pun tak sure sebab ini Adlin Aman Ramli yang cakap.





MUH performed dalam 7-8 lagu. Tapi aku boleh nyanyi 2 1/2 lagu je. Ekekekekek... time lagu-lagu yang aku tak tau tu, aku amik gambar je laaa. Last sekali, diorang perform lagu top diorang Lagu Untukmu. Cuma aku rasa it wasn't the best rendition laa. Aku rasa yang diorang perform lagu ni waktu AJL hari tu lagi best. Lepas almost sejam, Samsons pulak keluar.

Ni first time aku tengok Samsons perform live ni. Sempoi gak Samsons ni, lagu pun best-best. Ada lagu-lagu diorang tu aku tahu tapi aku tak tahu pulak sebelum ni yang dioranglah penyanyinya. Heheheh... Bertenaga sungguh Samsons, lagu-lagu slow pun penyanyi dia terkinja-kinja. Sebab lagu diorang ni walaupun cintan-cintun tapi beat dia macam laju sikit.

So, tak betul laa apa yang diorang cakap kat dalam Akademi Fantasia tu yang kalau lagu tu sedih sebab ditinggalkan kekasih, kena buat muka sedih. Tipu tu semua sebab Samsons nyanyi lagu Kisah Tak Sempurna pun dia terkinja-kinja gak.





Anyway, ok lah daripada takde apa kat JB ni. Tapi kalau konsert tak penuh ni, best gak kan? Datang lepak-lepak je pun boleh dapat berdiri kat third row.


Saturday, April 11, 2009

Looking forward and around around


Ish.. tah penyakit malas apa yang melanda diri aku ni? Nak update blog malas, nak ke gym pun malas, nak makan pun malas, nak keluar dari rumah malas, nak buat kerja pun malas, nak tukar-tukar channel tv pun malas, even nak switch on suis tv pun malas, nak lipat baju malas, kalau pasang laptop kat rumah pastu battery dah low, nak plug in charger laptop pun malas sampai aku biar je laptop tu kehabisan tenaga. Nak isi/submit tax form lagi laaaa malasss kan? Nak buat kuih, bakar kek, jahit langsir, semua tu dah tentulah aku lagi malaasssssss kan (tak pernah buat pun ekekekek)

Bila dah segala-gala benda aku malas ni, mulalah nak tidur je rasanya. Nak bangun lewat je. Badan pun rasa suam-suam kuku badak je. Mulalah nak pasang aircond je sampai maximum. Mulalah nak berlingkau je macam ulau dalam belukau. Ni pun aku update ni sebab ada status makcik sorang tu kat YM, "apsal la depa ni malas sangat update..." Sentap ok! So, aku update lah jugak.

Agaknya lah penyakit aku ni berkait dengan ke'looking forward'an yang ada dalam diri aku ni. Adalah beberapa benda yang aku look forward. First, nak gi tengok konsert Samsons & MUH malam ni. Then, next week nak gi Abu Dhabi. Balik dari Abu Dhabi, nak gi team building. Walaupun aku tak berapa excited sangat sebab ada ke team building sampai 200 orang? Bengong tul. Cuba korang bayangkan kalau buat obstacle course tu, dengan badan sorang-sorang sebesar peti ais 2 pintu kat rumah aku ni (peti ais ni je benda besar yang aku nampak sekarang ni), kalau acara tu mula jam 9am, aku rasa mau lah sampai maghrib baru habis.

Pastu cuba korang bayangkan kalau nak buat group presentation. Katakanlah pecah kepada 10 kumpulan. Satu kumpulan 20 orang peserta. Nak buat pertandingan drama peringkat sekolah-sekolah laa pulak gayanya. Active participation and contribution sure lah takde kan kalau dah 20 orang. Pastu kalau satu group buat presentation selama 10 minit, pastu kalau dapat pengacara yang gila microfon cakap tak henti selama 3 minit, satu group dah amik secara total 13 minit. Kalau 10 group, tak ke 130 minit? Argghhh bengong bengong! Ni semua sebab (syyyy... meh aku bisik...) ada satu subsidiary company aku yang sejak hari tu protes kitorang anak tirikan diorang.

Sekarang ni ada 2 subsidiaries yang kitorang pegang 100%. Selalunya bila ada function, kitorang jemput semua staf 1 subsidiary ni tapi yang 1 lagi ni kitorang jemput senior management diorang je. So, diorang tak puas hati laa. Weh... logiklah yang subsidiary satu ni ada kurang 10 orang je staf, yang kena 'anak tirikan' ni ada 70+ staf. Tu pun tak boleh fikir ke? Kalau dah 70+ orang tu, buat laa team building sendiri, buatlah family day sendiri, buat lah annual dinner sendiri.

Ini tak. Nak menempekkkkkkk je kat kitorang. Pastu dah le menempek, diorang conquer pulak tu aktiviti-aktiviti. Kalau ada karaoke, lepas sorang orang dia, sorang orang dia nyanyi, sorang lagi orang dia nyanyi. Kalau menang lucky draw tu, hadiah yang best best asyik orang diaaaaaaa je. Tengok lah nanti time team building tu, kalau aku jet lag lagi, sure aku tidur je kat bilik. Bukan ada orang perasan pun kan? Takkan le diorang nak kira sorang-sorang sampai 200 orang kan?

Lagi benda yang aku look forward. Hmmm... konsert Search (tak tau lagi nak gi ke tak?), pastu ada trip nak gi Endau Rompin, pastu nak trip gi Perhentian. Pastu ada reunion geng-geng Ottai kawan-kawan serempitan kat Proton, pastu dengarnya company aku nak buat Family Day kat Pulau Bintan <-- dasat-dasat!, pastu haaa aku dah nak masuk setahun kerja ni tengah tunggu increment laa dan juga... errr panggilan atau berita gembira daripada HH? Huhuhuhuh.... cukuplah tu je benda-benda yang aku look forward. Kalau banyak sangat kang, tak berupdate pulak blog aku ni.


Thursday, April 09, 2009

Lagu melekat


Yupp... I'm back from bercuti. Aku tak ke mana-mana pun yang menyebabkan aku tak boleh update blog. Cuma bila aku cuti, bahagian otak aku yang dikhaskan untuk blogging pun ikut bercuti jugak. Heh...

Korang pernah berpengalaman bila ada sesebijik lagu tu melekat kat kepala korang kan? Especially lagu yang korang menyampah sangat, lagu yang getik, lagu yang tah macam cibai slow-mlow macam penyanyi dia tak makan nasi selama 83 hari tapi still top Malaysian charts. Pernah kan?

Anyway, semalam sepanjang aku drive dari KL ke JB, entah lagu ni je yang melekat kat kepala aku. Berulang-ulang kali aku repeat lagu ni kat iPod aku (kalau repeat berzikir ada gak faedahnya kan? alahai...). Tapi aku tak boleh sangat nyanyi lagu ni sebab aku tak ingat lirik dia. Yang aku ingat, part "aurora oh aurora..", pastu part "walaupun jauh, kamu dekat di hati..." tu je. 22 kali lagu tu main dalam kereta aku semalam, bermakna 88 kali lah aku sebut "aurora oh aurora".

Yang bestnya, lagu yang melekat tu bukan lagu yang aku menyampah, bukan lagu yang aku getik. Lagu ni aku rasa sedap laa. Kalau bertanding Juara Lagu, aku rasa final gerenti boleh masuk. Dan nak menang pun ada harapan yang cerah laa. Lirik dia pun sedap gak. Contohnya, part "ku tatap, berseri, berwarna hijau yang menawan sanubari", "sanggup aku tetap menunggu terdiam kerana berwarna ungu ku putuskan biar bisu" dan "kamu disana ku lihat, tersenyum, berwarna merah ku tau kau selamat".

Klik sini kalau korang nak dengar lagu aurora oh aurora.

Pagi tadi, on the way gi kerja pun ada sikit lagi laa aku menyanyi aurora oh aurora. Tapi! Sampai je kat Petronas aku nak isi minyak, aku masuk le ke dalam petrol stesen tu nak beli something. Yang jaga kaunter tu ada sorang brother yang big size, aku rasa kurang 3 inci je pinggang dia dari Bob Ku2 tu. Petrol stesen tu pulak tengah pasang satu stesen radio melayu dan tengah main satu lagu ni.

Dan brother ni yang aku rasa kalau dia nak kerja part time dia boleh/layak jadi bouncer dengan saiz badan dan muka dia yang agak brutal secara selamba turut menyanyikan lagu ni, "...kau telah jauh, jauh dariku; tiada ruang di hati buatmu, namun harusku akui, ada ketika di minda kau menjelma kembali..." Eloookkkk je dia menyanyi even masa aku tengah bayar pun dia menyanyi lagu.

Dah le sekarang lagu tu melekat kat kepala aku. WTF?! Tapi, yang melekat kat kepala aku cuma part, "...yang patah tumbuh, yang hilang berganti..." Tak sesuai ok dalam dunia yang serba moden ni, lirik lagu masih guna pepatah melayu. Adehhh common lah Habsah Hassan. Ekekekeke

Klik sini kalau korang nak dengar lagu berpepatah melayu ni.

Dan aku buat research sikit tadi. True enough! Lagu yang aku menyampah sangat, lagu yang getik, lagu yang tah macam cibai slow-mlow macam penyanyi dia tak makan nasi selama 83 hari macam lagu pepatah tu, tops Carta Era last week (click sini).


Thumbs up: Estrange - Aurora
Thumbs down: Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang


Saturday, April 04, 2009

Don't mess around


Aku cuti panjang ni sampai hari Rabu sebab hari Rabu tu birthday Sultan Johor. So, aku apply Isnin dan Selasa terus sebab aku plan nak balik kampung. Cadangnya, aku nak buat overhaul kereta aku tu dan balik kampung naik keretapi. So, dah beli tiket ke Ipoh hari Sabtu dan return to KL hari Selasa. Tapi, bos aku panggil meeting kat ofis KL pulak tengahari Isnin tu. Nampak gayanya, kena lah aku balik KL pagi Isnin jugak, dapat lah sekejappp je tidur bawah ketiak mak.

Sekarang ni aku kat KL Sentral tengah tunggu tren aku jam 1 petang ni. Pagi tadi, lepas dah siap-siap hantar kereta aku kat mekanik harapan aku dan meninggalkan amanat-amanat apa yang nak diperbetulkan dengan kereta aku, sempatlah breakfast with Des and family. Ok gak breakfast kat satu area kampung kat Puchong ni. Murahhh yang amat! 5 bungkus nasi lemak (sambal ikan bilik, ada telur dadar), satu mangkuk lontong, kuih tiga ketul, telur goreng 2 ketul, aku makan nasi lauk ikan, sayur dan sambal sotong, air ada 6 ketul. Semua sekali RM22.90. Nak pengsan aku jadinya. Hehehehe...

Ni cerita malam tadi pulak. Aku gerak dari JB around 6.30pm. Betul laa budget aku, sampai je kat parking apartment aku kat SA dah dekat jam 10pm. Memang time sedap untuk tidur terus lah ni. Tapi! Aku masuk je basement 2 nak gi tempat parking aku, ada kereta MyVi warna silver park kat tempat aku. WTF! Aku tengok kat cermin dia, ada sticker parking tapi dah hilang nombor unit rumah dia. Kalau ada sticker parking, maksudnya dia ada kotak parking. Apsal dia park kat kotak aku pulak?!

Dalam banyak-banyak kotak parking kosong, dia park kat kotak aku jugak? Aku tau laa kotak aku selalu kosong bila aku kat JB. Tapi memang cari nahas je lah, kan? Kepala aku memang dah tune. Sampai je parking, aku nak kemas kereta bawak naik barang-barang sebab nak hantar kereta ke mekanik esok, then sampai kat ataas, nak packing barang-barang nak balik Ipoh, then tidur.

Dah jadi macam ni, kepala aku jadi weng laaa. Dah lari laa tune kan? Ekekeke... kenalah bawak keluar kereta dari basement. Kena gi parking kat kotak visitors, pastu kena register kereta aku sebab parking kat kotak visitors. Bila dah lari tune, aku hangat laa kan. Aku park kereta aku depan kereta MyVi tu, aku terus jumpa security. Aku cakap, "Saya nak awak clamp kereta tu." Security tu check dalam rekod samada betul ke kotak tu aku punya. Then dia kata, "lepas ni kita clamp, tunggu security sorang lagi balik dari patrolling."

For the meantime, aku terpaksa laa remove kereta aku dari basement dan park kat kotak visitors. Pundek sangat kan? Aku kemas barang-barang aku nak naik atas, aku pesan kat security tu, "Saya nak hantar barang. Kejap lagi awak nak clamp, awal intercomm saya. Saya nak tengok awak clamp depan saya." So, tak lama lepas tu aku turun balik tengok security tu clamp kereta MyVi silver yang tuannya bodoh, tak berakal, berak tak cebok tu.

Ekekekek... emo beb! Ye laa even kalau orang parking kat kotak kau pun, kau janganlah park kat kotak orang lain. Gi laa report kat security tu. Dan kalau kau tengok kotak aku tu asyik kosong je sekalipun, it doesn't mean kau suka hati kepala bapak kau boleh parking situ, ok? Bukannya kau bayarkan duit maintenance untuk aku, kan? Ni pun kira ok lah kejahatan kau tu dibayar on the spot. Kalau aku tak halalkan kau park kat kotak aku selama-lamanya, macam mana? Heh...


Wednesday, April 01, 2009

Around, around, around, around...


Title entry ni macam lagu yang paling aku menyampah sekarang, semenyampah aku dengan cerita Twilight. Lagu tu chorus dia macam ni, "away, away, away, away, oh way; I wanna know; away, away, away, away, oh why; I wanna know..." Macam siot kan lirik lagu tu. Dah le lagunya lembik (korang boleh dengar kat sini).

1st April, a year ago...
Aku tengah bengang gila sebab company lama aku tahan bonus aku sebab aku dah hantar surat resign walaupun aku masih lagi on their payroll. 15 days to go, aku akan report ke tempat kerja baru tapi dalam bangunan yang sama. Bila dah bengang pasal bonus tu, aku mintak ex-boss aku untuk releasekan aku awal, meaning on the 1st tu aku dah boleh join the new company tapi ex-boss aku tak kasi but he assured me that he'd help with the bonus. Akhirnya, aku report duty at the new place on 16th April dan around a month after that baru aku dapat the bonuse due to me. Thanks to my ex boss.

Dah almost a year aku tukar kerja. Kalau korang ikut kisah aku, korang sure tau yang it was like a roller coaster ride. The first and a half month was great, learning curve aku naik mencanak. I'm seeing brilliant people everyday in office. Cuma time makan tu sedih sikit laa belum mesra lagi dengan geng-geng office. Lepas dah sebulan setengah, masuklah Si Puaka jahanam tu. Dan bermula lah episod bendera motivasi aku dikibarkan separuh tiang je. Kadang-kadang tu, rasa macam tiang bendera yang bengkok. Ekekekeke...

In August, aku pindah ke Johor. Happy sebab pindah ambik angin baru. Sad, leaving my friends back in KL. Menyampah dengan Si Puaka jahanam yang tak ubah-ubah perangai. Dan bermula lah episod aku macam mayat bernyawa kat office. Pantang ada yang cuit aku je, harus aku sembur. Department meeting atau one-on-one meeting dengan Si Puaka jahanam, aku boleh kira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut aku. Lebih banyak mengangguk je atau buat isyarat kening dan mata. Heheheheh...

Time tu jugak laa aku decided to start looking for other jobs including to go back to my old places. Lama wooo aku jadi mayat bernyawa, dalam 4 bulan laa... and it was the time when aku was in the worst condition of life, motivation tahap sub-zero, dan badan aku pun in worst shape. Macam kena pump pump. Tengkuk aku kembang sampai tak selesa nak pakai tie, pastu seluar aku size 32 dah ketat, nak kena upgrade to 33 and I can't wear my Levi's 501, tak bernafas peha aku jadinya.

Until end of December, aku dapat transfer to another division which aku officially move in the middle of January. Waktu tu tiang bendera motivasi aku dah tegak mencanak-canak macam tiang bendera kat dataran merdeka tu. Waktu naik tangga kat ofis pun aku langkau, selang satu anak tangga. Dan with the motivation, aku start to exercise religiously sampai lah sekarang ni waistline aku turun ke 30, hilang 2 inci tu. Hehehehe...

Alamak, terpanjang pulak. Sikit lagi ek.

Last Monday, ada management committee meeting (MCM) chaired by our MD. Aku tak masuk, my boss masuk and my ex-colleague masuk as minute taker. Rupa-rupanya hari tu si Puaka jahanam tu kena bantai/tabuh/belasah dengan almost everyone in the meeting. Kalau kena bantai pasal presentation, aku rasa itu biasa lah when the presentation doesn't meet the committee's expectation ke apa kan?

Ini tidak... si Puaka jahanam tu kena tabuh pasal personaliti, the way he does his works, the way he's not using internal staff but rely on external consultants to do works for him (sekarang ni kat tempat lama aku ada 2 orang staff dan 5 external consultants can you believe it?), his poor engagement with other workstream leaders, his work output yang not meeting what the management wants, segala macam personality attacks laa dia kena.

A few people yang ada dalam meeting tu confirm this story with me. Dasyat kan ketidaksukaan orang-orang kat company aku kepada si Puaka jahanam tu? Sampaikan lepas keluar dari meeting tu, si Puaka jahanam duduk sembang dengan ex-colleague aku dan dia kata, "I'm not having mood to work laaa today, I'm having MCM trauma." Ekekekek macam budak kecik, mengada-ngada si jahanam ni.

Yang lagi nak sakit hatinya, baru last week dia bongkak habis cakap dekat ex-colleague aku, "We should not be pussy footing anymore laa since now we're in the MD Office." Al-kisahnya, ada sikit re-org which now puts department lama aku under MD Office. Dulu under Finance and Corp Services. So, si Puaka jahanam ni macam rasa besarrrr laa dia dah bawah MDO, tak payah nak 'begging' bila nak mintak reports ke atau update ke dari workstream leaders. No more pussy footing laaa konon. Alih-alih kena MCM trauma. Wakakakaka....

Dan aku nak je cakap kat dia, "My first eight months with you was like I was in a trauma and now you're going into your eight month in this company. So, welcome to the traumatic phase! What goes around comes around..."

p/s: Ini cerita benar tau, bukan April Fool!


Related Posts with Thumbnails