Monday, February 02, 2009

Nasi Kandar Raihan


Aku balik Shah Alam hujung minggu lepas dan ada satu penemuan terbaru. Satu lagi kedai nasi kandar meletoppp!!!



Nasi Kandar Raihan
Alamat: No. 5 Jalan Penggawa U1/75, Batu 3 Light Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-55113519

Lokasinya to be exact, dekat area-area yang banyak workshop kereta, opposite Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kalau korang dari arah Stadium Shah Alam nak menuju ke Glenmarie, it will be on the right hand side. Kalau dari Glenmarie nak ke Stadium Shah Alam, take the junction on your left (to the workshops area), right before the traffic light junction to Stadium Shah Alam/Tesco Extra and Giant/TTDI Jaya.

Bila dah masuk area workshops tu, korang pusing-pusing lah cari. Aku rasa itu satu je kedai makan kat area tu. Aku pun pusing-pusing jugak cari kedai tu. Tapi aku boleh guarantee kalau korang dah masuk kat area tu, korang sure akan jumpa kedai tu. Kalau tak jumpa, korang tanya lah ada kakak jual jambu kat situ. Jarak daripada lokasi kakak jual jambu tu dengan kedai tu dah tak jauh dah. Kalau kakak jual kambu tu pun korang tak jumpa ataupun kakak tu cuti hari tu, korang call je laa aku nombor yang aku letak kat atas tu. Tak reti-reti?!! Ekekekekeke....

Nasi kandarnya....



Meletopppp!!! Masuk carta top 5 nasi kandar meletoppp hidup aku. Dalam carta top 5 nasi kandar meletoppp aku tu, masing-masing ada keistimewaan dan kesedapan tersendiri. Aku tak boleh nak cakap yang Nasi Kandar Raihan ni lebih sedap daripada Nasi Kandar Utara SS15 Subang Jaya ataupun Nasi Kandar Ayam Merah Jalan Yang Kalsom Ipoh ataupun Nasi Kandar Ibramsha Jalan Tuanku Abdul Rahman Ipoh. Tapi yang pasti, Nasi Kandar Raihan jauh lebih meletoppp daripada Nasi Kandar Pelita!!!

Melelehhhh...


5 comments:

K i a H R o N g G e n G said...

deoo...sedapppppp!!!!!

Anonymous said...

Aku pernah makan di situ sekali...
Setuju, memang sedap. Kacang bendi 3 pcs for RM1. Serdak tu unique...
Interior/ambience kureng la...tapi berangin sebab siling tinggi.

AKS

Didie said...

Deo, kali nie komen aku mesti betul [ke sebelum nie ko tak faham komen aku]'

Aku peminat Nasi Kandar Pelita!

He....he.... Tumpang lalu eh!

all jazzed up said...

Deo, kedai dia nampak kodi je eh, but the nasi on your plate sho looks yummy!

deOughtred said...

Hahahah Jazz, memang kodi. Aku baru terperasan ada spender gantung kat atas kedai tu. Tu yang buat sedapppppp meletoppppp tu.... hahahahhahahha

Related Posts with Thumbnails