Rain or shine - motto budak-budak hoki turun training, dulu-dulu kat asrama. Teringat Koja mengayuh basikal tua hitam ke padang hoki - rain or shine!
--------------------
Dulu-dulu: Nampak bumbung rumah pun jadilah...
Sekarang: Nampak YM/Skype/Gtalk menyala pun jadilah...
Dulu-dulu: Nampak bumbung rumah, rain or shine...
Sekarang: Nampak YM/Skype/Gtalk menyala, shine only... (kalau tak menyala tu, baru lepas ribut petirlah, agaknya)
Saturday, May 31, 2008
Rain or shine
Posted at 1:59 AM 4 comments
Wednesday, May 28, 2008
O itu kOsOng
KAMAR, O - aku tidur di luar
DAPUR, O - aku tak masak
LIF, O - kecuali aku dan perempuan gemuk dan bau masam
PETI SURAT, O - kecuali promosi skim menipu cepat kaya
JALANRAYA, O - tidak pernah walaupun cuti sekolah
KERETA, O - tempat duduk sebelah dan belakang
GELANGGANG BADMINTON, O - di sebelah
STADIUM, O - Nigeria lwn Australia, kecuali sekelompok titik-titik hitam
LOG PANGGILAN KELUAR MASUK, O - setelah aku padam kesemuanya
MESEJ INBOX, O - setelah aku padam kesemuanya
PEJABAT, O - sebelum 8.45am (waktu pejabat: 8.30am - 5.30pm)
BILIK MESYUARAT, O - sesetengah
KALENDAR TEMU JANJI, O - semalam pagi dan hari ini dan esok pagi
PERUT, O - sebelum nasi dagang pagi tadi
ROTI, O - dah lama aku tak makan
TEH, O - En Usop punya favorite (exception rule: O ialah O, O bukan kOsOng)
DOMPET, O - tidak pernah berlaku, mungkin satu hari nanti
AKAUN BANK, O - tak boleh berlaku, nanti bank tutup akaun
TOUCH n GO CREDIT, O - hampir, dah tiba masa untuk di top up
LUBANG HIDUNG, O - kecuali bulu-bulu setelah aku korek
JIWA, O - tak siapa yang tahu
Aaarrrrggggghhhhhh!!!
Entri ini pun O bagaikan JIWAku yang Air O.
Posted at 8:48 AM 8 comments
Tuesday, May 27, 2008
Excuse me, please garu
Isnin. 10.32 pagi. Pejabat.
"Kenapa tak sedap je aku menaip ni?" Jari-jari aku terasa seperti floating dan tak kuat untuk menekan abjad-abjad di papan kunci.
Dah panjang kuku aku ni rupanya. Bila masa pulak kuku aku panjang semula? Baru lepas diketip sebelum solat Jumaat lepas.
Aku terus buka laci di bawah meja aku dan tangan mencapai pengetip kuku.
--------------------
Aku rasa, aku ada 5-6 pengetip kuku yang berfungsi dan tajam serta tidak sumbing, satu di pejabat, satu di setiap bilik tidur, satu di dalam laci di ruang tamu dan satu di dalam 'beg kosmetik' yang aku bawa bila aku keluar bandar.
--------------------
Kuku-kuku aku ni bila sedang sedap beristirehat di rumah, mereka sembunyikan diri agaknya. Bila di pejabat, barulah mereka munculkan diri. "Nampak tak ethical pulak kalau aku mengetip kuku di pejabat!"
Gigit sahajalah. Sambil merenung skrin komputer. Ok apa gigit kuku? Hooligans pun gigit kuku juga sambil menonton perlawanan bolasepak di stadium, terutama di masa-masa kecederaan! Sebab itu ada frasa, "...a nail-biting match..."
Ahh... herot berot jadinya. Boleh calar balar kalau menggaru. Balik nanti kena trim semula. Buat sementara waktu, sesiapa boleh tolong garukan di tempat-tempat yang gatal?! Ataupun, ada sesiapa yang nak tolong gigit-gigitkan kuku-kuku aku?!
Posted at 12:13 AM 3 comments
Monday, May 26, 2008
Angin hantu, hujan panas!
Aku lewat di Central Market Sabtu lepas. Terpandang t-shirt bergambarkan payung dan tertulis HUJAN di bawah gambar payung. Mahu dibeli, ahh nanti sahajalah. Mungkin hingga terbit peribahasa, sediakan t-shirt Hujan sebelum hujan.
Hari Sabtu - mendung tak bererti hujan.
Lewat tengahari, angin terlalu kuat. Terbang segala macam kertas dalam rumah aku di tingkat 12. Terbang juga kepulan-kepulan debu hitam di kipas siling aku. Ahh mudah kerja aku nak bersihkan kipas nanti. "Tutup sahajalah sliding door tu," ku seru kepada En. Usop.
Sliding door ditutup.
Fuuuuuuuuuuuuuu ewuuuuuuuuuu fuuuuuuuuuu ewuuuuuuuuuu
"Dah tutup sliding door, keluar bunyi hantu pulak," En. Usop mengomel. Hahaha... itu bunyi putaran angin. "Nak hujan, biar hujan sekarang. Jangan hujan jam 9 malam nanti," tambah En. Usop.
Aku tertanya dalam hati, kenapa En. Usop minta supaya jangan hujan jam 9 malam nanti?
Tepat jam 9 malam, En. Usop menekan butang 1 0 4 di alat kawalan jauh Astro. Aaaa... patutlah dia minta jangan hujan jam 9 malam. 13 kali upgrade system dan teknologi, tahap perkhidmatan Astro ketika hujan masih di tahap lama.
Malam itu, tiada kawan-kawan baik aku menguji kesetiaan aku. Mungkin mereka juga takut berlaku curang kepada aku.
Hari Ahad. Hujan panas sekejap sahaja dan tiada angin. Tiada angin bererti tiada bunyi hantu.
"Siang-siang pun ada pontianak?" En. Usop mengomel. Itu bukan pontianak, itu banshee! Aku baru pertama kali menonton Pontianak Harum Sundal Malam. Boring!
Posted at 12:10 AM 3 comments
Saturday, May 24, 2008
Kesetiaan - entri untuk lelaki
Kesetiaan merupakan sebuah lagu nyanyian Siti Sarah binti Raisuddin. Beliau dilahirkan pada 15 September 1984 dan memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.
Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.
(Kategori: Uniseks - dulu, mungkin kategori lelaki; itu sebelum Sarah mengisytiharkan beliau akan bernikah dengan mat salleh. Mat Salleh!!)
--------------------
Setiap kali aku terdengar nama Raisuddin Hamzah, aku terbayang muka Nassier Wahab. Entah kenapa?
Dan aku rasa Radio Bernama 93.9fm sepatutnya menghentikan slot laporan berita hiburan kerana apa yang hanya mampu dilaporkan oleh Radio Bernama adalah cerita "Nassier Wahab masih trauma" berikutan kejadian rumahnya yang terbakar di USJ.
C'monlah, tak cukupkah kisah cerai-berai artis-artis Malaysia untuk dilaporkan? Kalau tak cukup sekalipun, ada-adakan sajalah kisah cerai-berai.
(Kategori: Lelaki - sebab aku yakin awek-awek Malaysia ni tak dengar pun Radio Bernama 93.9fm)
--------------------
Hari ini, masa untuk menguji tahap kesetiaan teman baik anda, yang sama-sama menjulang cawan teh tarik tatkala pemain-pemain Manchester United menjulang piala Champions League dan yang sama-sama tiba lewat ke pejabat keesokan paginya tatkala pemain-pemain Champions League bersuka-ria meraikan kemenangan mereka.
Telefon teman baik anda hari ini, Sabtu 24hb Mei 2008 sekitar jam 8 malam. Lebih berkesan kalau anda pergi hingga ke depan pintu rumah teman baik anda. Beritahu teman baik anda, "Jom lepak mamak!"
Kalau teman baik anda memberi bermacam-macam alasan, anggap saja teman baik anda lebih pentingkan Konsert Akhir Akademi Fantasia daripada anda! Namun, jangan ambil hati. Sedangkan Christiano Ronaldo pun tak setia kepada Manchester United!
Go TOI!
(Kategori: Lelaki jugak - sebab awek-awek kenal Christiano Ronaldo je kan? Walaupun dia missed penalty kick, tapi korang masih anggap dia cute, kan?)
Posted at 9:09 AM 2 comments
Thursday, May 22, 2008
Kawan saya, bukan saya
Kita ni, kau, kau, kau dan aku... biasanya kalau ada kemusykilan dalam bab-bab agama, akan bertanyalah kepada ustaz atau ustazah ataupun kawan-kawan yang berciri-cirikan ustaz atau ustazah.
Kita ni, kau, kau, kau dan aku... biasanya akan bertanyalah macam ni, "Ustaz, kawan saya ni dia hari tu ada buat bla bla bla bla bla bla..." Mesti ganti nama diri saya jadi kawan saya. Itu ok lagi! Ada pulak yang ganti nama diri saya dijadikan, "Kawan saya ni, ada sepupu. Sepupu dia kahwin dengan seorang perempuan ni. Perempuan ni punya kawan... bla bla bla bla bla..."
Jauh beb nak pergi Putrajaya dari Gombak tapi buat u-turn kat bulatan nak gi Genting!
--------------------
Semalam, kawan aku dah nak pack-pack nak balik rumah. Nak balik awal, nak tidur qabliyatan sebelum Champions League final katanya. Lepas tu, kawan kepada kawan aku ni, datang ke meja kawan aku ni.
Kawan kepada kawan aku ni tengok, komputer kawan aku semua dah gelap. Kawan kepada kawan aku ingat komputer kawan aku ni sleeping mode, so dia pun godek-godek mouse tapi tak menyala jugak. Entah kenapa kawan kepada kawan aku tu pun tekan butang power on kat komputer tu.
Kawan aku: "Alahaaaaiiiii... aku dah SHUT DOWN! Kau SHUT UP buat apa?!"
Diam.
Berderai ketawa. Penyokong-penyokong Manchester United.
Bertitisan air mata. Penyokong-penyokong Chelsea.
Aku dah kata... BIRU dah tak relevan!
Posted at 8:38 AM 7 comments
Tuesday, May 20, 2008
Mike, Che Det dan Aku
Ini satu permainan.
1. Sila pilih dua individu yang anda kenali walaupun dia tak kenal anda.
2. Sila pilih tiga kriteria untuk tujuan penjanaan pertalian antara anda dan dua individu di langkah 1.
Cara permainan:
Petakan (map) pertalian antara anda dan dua individu yang telah dikenalpasti dalam langkah 1. Setiap seorang individu hendaklah mempunyai satu persamaan dengan setiap dua individu yang lain dalam permainan ini.
Game over bila:
Setiap seorang mempunyai satu persamaan dengan dua individu lain dalam permainan ini. Dan berteriaklah dengan riak, "WHOAAAAA!!! WA KAMCENG DENGAN SI POLAN - SI POLAN WO!!!"
Sebagai contoh...
Persamaan Mike:
1) dengan aku - kitorang kawan-kawan
2) dengan Che Det - muka diorang keluar dalam Buletin Utama TV3 weekend lepas
Persamaan Che Det:
1) dengan Mike - muka diorang keluar dalam Buletin Utama TV3 weekend lepas
2) dengan aku - keluar dari UMNO
Persamaan Aku:
1) dengan Mike - kitorang kawan-kawan
2) dengan Che Det - keluar dari UMNO
"WHOAAAAA!!! WA KAMCENG DENGAN MIKE DAN CHE DET WO!!!"
Ye! Aku ahli UMNO somewhere in Penang. Walaupun aku tak pernah tahu macam mana rupa bentuk borang keahlian UMNO!
Posted at 9:09 AM 2 comments
Monday, May 19, 2008
Cuties don't drive
Pelekat cermin kereta.
Yang paling aku benci, menyampah dan meluat-luat: "YOU THINK THIS CAR IS CUTE? WAIT TIL YOU SEE THE DRIVER"
Kalau memandu itu satu agama dan perbuatan-perbuatan seperti tidak memakai tali keledar, mencilok-cilok barisan, menukar-nukar lorong tanpa memberi signal adalah dosa-dosa besar, dah lama pemandu-pemandu yang perasan cute ni jatuh murtad.
Harapkan CUTE je buat apa? Etika memandu seperti rosak akhlak.
Aku lebih rela lihat tayar kereta yang menggilis tahi lembu daripada melihat pemandu kereta yang bersticker "YOU THINK THIS CAR IS CUTE? WAIT TIL YOU SEE THE DRIVER" Dan kalau korang rasa korang cute gila, ni aku nak cakap... cuties do not drive but are driven around!
How I wish I am driving in Saudi Arabia!
Posted at 12:09 AM 3 comments
Friday, May 16, 2008
Uniform! Handsome? Aaa... contact lense
Entry ni menjawab sebahagian daripada tag delinn. Yelah kan? Mana boleh cerita semua 25 steps yang aku buat pagi-pagi termasuk, membuat 14 senaman tradisi melayu, minum tiga teguk air suam diselang-seli dengan secubit garam dan madu, dan 33 steps aktiviti di bilik air. Haaa... amik kau!
So, aku nak cerita sebahagian daripada 33 steps di bilik air yang aku buat pagi-pagi.
25. Tutup air shower.
26. Mengelap kepala dengan tuala kecil.
27. Mengelap seluruh badan dengan tuala besar dan memakai/mengenakan tuala.
28. Membilas kain basahan (siapa kata aku mandi telanjang? Wahahahah) dan menyangkut di tempat menyidai.
29. Melihat cermin dan menyikat rambut.
30. Membuka pili air di sinki dan membilas tangan.
32. Menutup pili air di sinki dan melihat cermin muka sekali lagi.
33. Buka tombol pintu bilik air.
Pagi tadi, lepas aku siap berbedak, berkrim dan berbaby oil aku pun pakai baju kerja. Hari ni, baju kerja lain dari biasa! Uniform tempat kerja baru bersulam logo syarikat di dada kiri dan nama timangan pendek aku di dada kanan.
Sekali aku terpandang cermin, hati aku terdetik. "Handsome jugak aku ni. Selalu tu memanglah handsome tapi pagi ni lebih handsome dari biasa." Aku terfikir faktor apa yang buat aku rasa (baca: aku rasa, bukan korang rasa so, please reserve your comment! wakakakaka) aku lebih handsome pagi ni daripada biasa.
Adakah faktor uniform tempat kerja baru bersulam logo syarikat di dada kiri dan nama timangan pendek aku di dada kanan? Adakah faktor rambut aku yang pendek yang kalau kutu berjalan-jalan boleh tahu jantan atau betina? Atau faktor 7 kali semburan minyak wangi Dunhill Fresh?
Ahh... aku tiada banyak masa untuk berfikir apa yang buat aku rasa (baca: aku rasa, bukan korang rasa so, please reserve your comment! wakakakaka) aku lebih handsome pagi ni daripada biasa. Jika aku terus berfikir, mungkin aku akan lewat ke pejabat.
Aku lihat jam di dinding. Kabur!
Aaa... aku terskip step 31 di bilik air: Mengenakan kanta lekap kepada mata.
Posted at 8:49 AM 6 comments
Tuesday, May 13, 2008
Saman syampu, mandi free
Aku rasa macam nak saman je Johnson & Johnson.
Aku nak berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor untuk 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun 2008.
Lagu Apek - Aspalela
--------------------
Dalam banyak-banyak bulu badan aku ni yang tak sebanyak Bulu. Bulu-bulu bahagian yang paling kurang dibelai, dipamper, diusai adalah bulu mata dan bulu kening.
Aku sedar bahawa bulu mata dan bulu kening mungkin tak puas hati kerana sikap tidak adil dan bias aku kepada bulu-bulu di bahagian tertentu sahaja. Mungkin juga sikap pilih kasih kepada bulu-bulu di bahagian sulit tertentu sahaja.
Atau mungkin bulu mata dan bulu kening sering ditertawa dan dikutuk oleh bulu-bulu di bahagian-bahagian badan yang lain kerana tidak dibelai, diurus dan tidak menerima kasih sayang aku seadanya.
Pagi tadi, aku syampu bulu mata dan bulu kening aku. Dengan syampu Baby Johnson with Honey, no more tears. Tak pedihkan mata!
Tapi pedih juga!!! Tipu saja iklan dan propaganda Johnson & Johnson. Dan tak elok menggunakan budak-budak kecil sebagai model iklan untuk menipu! Aku rasa macam nak saman je Johnson & Johnson.
Nasib baik aku hafal lirik lagu Aspalela. Kalau tidak, terputus-putus air yang keluar dari shower aku.
Dan aku bilas mata aku yang pedih menggunakan air yang banyak. Aku nak berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor untuk 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun 2008.
Posted at 9:11 AM 4 comments
Monday, May 12, 2008
Berjumpa dan berpisah
Berjumpa:
Jumaat yang lepas, The Greats from KP2005 berjumpa buat pertama kali sejak Ramadhan 2005. Walaupun tak semua yang hadir (cuma sembilan orang) tapi kemeriahannya masih tak berkurangan. Masih macam dulu-dulu. Cuma bezanya, dulu-dulu meriah dalam meeting bila bertekak tentang bajet dan pengelolaan aktiviti.
Dari kiri atas (ikut arah jam): Henry, Deo, Din Dog, Tuan Haji EAK, Mail Misai, Tuan Haji EAK, Nazir Koboi.
Kalau bukan kerana Bro. Henry dah mula menunjukkan tanda-tanda nak demam (ataupun ni taktik wife dah hantar signal suruh balik?!), mungkin kitorang blah lebih lewat daripada 12.10am macam malam tu. p.s.: Aku rasa Nazir silent mode kan handphone dia sebab aku macam tak percaya wife dia tak call dia malam tu!
Even lepas dah keluar dari tempat makan tu pun, kitorang masih berborak hampir 30 minit lagi di tepi bling bling BMW 5 series Tuan Haji EAK. p.s.: Sebab tu aku letak syarat, tak boleh bawak wives... hahahah...
Berpisah:
Al-fatihah untuk Capt Ahmad Hamidi, colleague di tempat baru aku yang meninggal dunia pada Sabtu, 10 Mei 2008. Jenazah beliau telah dikebumikan di Bukit Baru, Melaka.
Ini kematian yang pertama di tempat kerja baru aku. Dan yang lebih mengharukan, lebih 30 orang rakan sekerja daru KL dan JB datang menziarah jenazah Capt di Melaka. 30 orang tu around 35% daripada jumlah pekerja. That's a big ratio! Aku harap bond among us will continue to be strong like this, and not just when someone passed away.
Posted at 12:08 AM 1 comments
Saturday, May 10, 2008
Sundel bolong
Korang pernah jumpa PEREMPUAN SUNDAL tak? Secara fizikal atau di alam maya?
Aku pernah jumpa.
Tiba-tiba je dia datang dalam kehidupan maya aku. Mula-mula aku layan lah sebab aku tak rasakan yang dia ni sundal. Tapi lama-lama, annoying, disturbing dan segala benda yang bad-ing lah.
So, aku start buat tak layan.
Tapi dia tetap datang dalam kehidupan maya aku. Menyusahkan aku je, nak jadi invisible dan sebagainya.
Posted at 9:09 AM 6 comments
Friday, May 09, 2008
Itu je yang kau mampu?
Aaaa... entry hiburan lagi!
Aku banyak kali jugaklah terdengar lagu Aizat, Hanya Yang Kau Mampu.
Komen: Ok, sedap! Startingnya very catching the attention. Kalau tak tahu yang Aizat penyanyinya, mungkin aku ingat satu lagi lagu hits dari seberang.
Tapi part yang potong, betul-betul potong...
Waktu part yang Aizat terjerit-jerit "Aku cinta ooohhhhhh, Aku cinta oooooooo, Aku cinta ooohhhhhh, Aku cinta oooooooo..."
Aduuuhhh... so disturbing lah. Takde idea dah nak tulis lirik lagi ke? Siapa penulis lirik lagu ni? Aku tak tau. Yang aku tau, pencipta lagu ni namanya Taufik, seorang komposer Indonesia. Emmm, typical Indonesian song lah yang repeating same lyrics over and over again.
Anyway, boleh tak kalau nanti bila ada awek yang cakap "I love you" kat aku, aku tak payah cakap, "I love you, too." Tapi, aku cakap "you dengarlah lagu Aizat Hanya Kau Yang Mampu, part yang dia jerit-jerit repeatedly tu..."
Boleh?! Kalau boleh, aku ON je. Kita dating weekend ni, nak?
Posted at 2:07 AM 1 comments
Thursday, May 08, 2008
SABOTAJ3 - bukan blook bukan-bukan
Bertubi-tubi (kalau dua tubi pun kira bertubi-tubi juga kan?) aku ditanya samada aku dah review SABOTAJ3? Macam mana Pak Lah kata, "Polis kata jangan, Polis kata jangan..." Aku pun kata, "Saya kata belum, saya kata belum..."
Hakikatnya, aku baru habis baca blook SABOTAJ3. Biarlah org nak kata aku lambat atau slow. Hakikatnya aku antara terawal yg membeli blook ini. Hakikatnya, memang aku peram sekejap blook ini, sebab blook Sindiket Sol-Jah ni makin diperam, makin nikmat membacanya.
Lagipun, aku nak cari masa yang sesuai untuk 'bersama' blook ini. Aku mahu mendapat nikmat maksima 'bersama' blook ini. Bukan senang nak lihat 10 Sol-Jahs yang keji dan sering berpakaian baju nampak pusat gagah dan tampan disenggamakan di dalam satu blook!
HENSEM nama sebenar OP? SAMURAI cekap melukis peta Semenanjung Malaysia? Apa yang membezakan PIPIYAPONG dengan Thierry Henry? Anak siapa yang AMIR MUKHRIZ suruh Pok Mat pegang mmmolek tu? Pilihan VOVIN: Perempuan-perempuan cantik atau pizza?
Emak TOK RIMAU chatter fanatik saluran @15? MAT JAN pernah jadi model pakaian gay? Kejinya SINAGANAGA kerana tak pandang perempuan atau kerana teknik CPRnya? Kenapa ringan je tangan JIGO nak pelempang orang? Awek yang berstoking bagaimana yang menterujakan SPYZ?
Korang click kat sini, kau ikut arahan di situ, korang goyang gerudi, tidur tak keruan, check mailbox selang 30 minit, korang baca SABOTAJ3, korang dapat jawapan kepada soalan-soalan di atas, termasuk soalan bonus, "SINAGANAGA gay?!" (ms.74)
Kalau benar bagai dikata SINAGANAGA yang SABOTAJ3 bakal SOLD-OUT dengan cepat, baik korang order dengan cepat, lebih cepat daripada bakal SOLD-OUT dengan cepat. Kalau bakal SOLD-OUT dengan cepat lebih cepat daripada korang order dengan cepat, aku bagi sewa baca je lah kat korang SABOTAJ3 ni. Sehari RM2. Amacam?! Boleh jugak aku sebut, "Kasi saya cempelak lua linggit ya." (ms. 8)
Memandangkan AMIR MUKHRIZ dah tutup blog semenjak dia berkahwin, boleh tak kalau aku ganti dia dalam SABOTAJ4 nanti? Kui kui kui.. Aku rasa permintaan ni seumpama permohonan Naza untuk membeli Proton je satu hari dulu! Tapi, kerajaan tetap pertimbangkan permohonan Naza tu. Jadi, Sindiket Sol-Jah tetap kena pertimbangkan permohonan aku ni!
Posted at 12:04 AM 0 comments
Wednesday, May 07, 2008
Gatalnya ketiakku
Aku sebenarnya takde nafsu nak blog pasal industri hiburan negara. Semuanya menjelekkan, menjengkelkan. Okaylah, with due respect to delinn, everything but Jamal Abdillah laa yang menjelekkan dan menjengkelkan.
Tapi kali ni sebab dah gatal sangat tekak aku, dah gatal sangat ketiak aku... aku kena blog jugak pasal ni.
Ni pasal marketing strategy murahan industri hiburan negara laa. Baru-baru ni, aku ada dengar satu lagu baru di radio. Suara penyanyi ada macam suara Siti Nurhaliza tapi takde macam pun ada. Tapi lagunya, standardlah lagu-lagu cinta tak kreatif yang ketinggalan zaman. Lagu yang umpama cacing taik yang duduk dalam taik yang umpama bilik kedap bunyi, yang cacing taik tu sanggup tak keluar dari taik yang kedap bunyi tu sebab dia tak nak dengar lagu cinta ni.
Lepas tu, DJ radio tu sebut nama penyanyi lagu cinta tu. Sheila Abdul?! What Abdul?! Aku rasa mungkin nama dia Sheila Abdul Rahman ke atau Sheila Tiga Abdul. Dan aku quite confident waktu dia nak keluarkan album dia tu, promoters atau marketing executive dia propose supaya nama dia guna nama Sheila Abdul, one of the reasons sebab nak tumpang populariti Paula Abdul.
Aku tau laa dia takde buat silap dengan aku, tapi aku ada hak nak bersuara dalam industri hiburan tempatan ni. Macam mana korang punya marah bila kedai mamak pasang game MU vs Chelsea, instead of pasang Konsert AF6 yang cacing taik pun tak sanggup nak tengok tu.
Entah le, aku just disturbed dengan nama dia Sheila Abdul. Walhal lagunya tak langsung berkualiti dan berstandard antarabangsa.
Macam Malaysian-born Che'Nelle yang aku mula-mula disturbed sebab nama dia dekat-dekat dengan brand Channel. Tapi lagu dia sedap, berkualiti dan berstandard antarabangsa. So, aku boleh terima laaa...
So, stop laaa all these cheap marketing strategies dalam industri hiburan negara ni, like pairing a girl carrying a claypot on her head with the infamous Mawi singing a song yang macam motor tersemput-semput nak start pagi-pagi tu.
==
Mesti Menteri Penerangan Reban tak setuju dengan entry aku ni. Kalau bukan dia yang nak support industri hiburan negara, siapa lagi kan? Wakakakak
Posted at 12:38 AM 2 comments
Tuesday, May 06, 2008
Anggota body dan bodek anggota
Aku teringat kisah yang kawan aku cerita dengan aku dulu-dulu...
Kisahnya di sebuah tadika di Terengganu, seorang guru sedang mengajar anak-anak muridnya tentang anggota-anggota badan manusia. Cikgu menunjukkan gambar anggota-anggota badan tertentu sambil mengeja dan diikuti oleh murid-muridnya.
"M A Ma... T A ta..." kata cikgu sambil menunjukkan gambar mata, diikuti sahutan murid-muridnya, "Maaataaaa..."
"M U Mu... L U T lut..." kata cikgu sambil menunjukkan gambar mulut, diikuti sahutan murid-muridnya, "Muuuluuutttt..."
"T A Ta... N G A N ngan..." kata cikgu sambil menunjukkan gambar tangan, diikuti sahutan murid-muridnya, "Taaangaaannnnnn..."
"D A Da... D A da..." kata cikgu sambil menunjukkan gambar dada, diikuti sahutan murid-muridnya, "Kopekkkkkkk..."
--------------------
Pagi semalam di tempat kerja lama aku ada sesi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Dan dilancarkan juga tema atau motto yang baru. Khabarnya setiap pekerja dapat sticker/badge untuk dipakai di kopek mereka. Yang macam "Saya Anti Rasuah" yang dipakai oleh Polis (Pantang Orang Lalu, Isu Saman).
Dari jauh, aku ternampak sticker tu di kopek kawan aku. Dari jauh, aku cuba baca... "JOM BERSENGGAMA"
Huh? Terus aku bayangkan permukaan tempat menampal sticker yang lebih berbukit-bukau dan bukannya landai seperti yang aku nampak.
Bila dah dekat kawan aku dengan aku, baru aku nampak, "JOM BERSAMA"
Alahai... Terus aku bayangkan permukaan tempat menampal sticker tu adalah seperti satu gaung yang amat dalam dan gelap.
Kalau iya pun nak anggota-anggota syarikat menyupport pihak pengurusan baru, tak perlulah belanjakan wang untuk buat sticker pakai/lekat buang tu. Ini cheap cheap cheap strategy. Tak serik ke tengok macam mana cheap strategies yang digunapakai UMNO telah dipakaibuang waktu PRU12.
Bagi sticker lekat buang buat apa?! Bagilah BMW 5 series macam yang memenuhi dan menjalar-jalar di parking yang dikhaskan untuk pihak pengurusan tu, kepada setiap anggota syarikat. Baru ada kelasss! Baru ada pakatan!!
Posted at 12:01 AM 2 comments
Monday, May 05, 2008
Legenda Naga dan serangan jealousiology
Tanpa berfikir panjang...
Aku menaiki Komuter, meninggalkan sementara apartment aku di tengahari minggu untuk menyahkepamkan ponggong aku yang bagaikan kembar siam dengan sofa aku. Destinasi: Cental Market.
Takde apa yang nak dicari. Cuma khabarnya ada KL Alternative Bookfest (KLAB), aku saje je nak jenguk-jenguk. Dan kalau-kalau ada bahan-bahan bacaan alternatif, boleh aku sambar. Lagipun Sindiket Sol-Jah ada ambik bahagian.
Tanpa berfikir panjang...
Sampai sahaja di CM, aku terus terpa meja Sindiket Sol-Jah. Ada pipiyapong. Ada op. Aku terus sambar dua koleksi blook terbaru Sindiket Sol-Jah, Gangguan Teksual dan Sabotaj 3. Sewaktu aku berkira-kira jumlah kerugian aku, aku ternampak Vovin.
Sebelah Vovin, aku ternampak tidak lain dan tidak bukan, sumber inspirasi, idiotlah idola, maha karya cinta dan hero hindustan aku dalam dunia blogging ni (walaupun muka dia takde muka hindustan, sebaliknya ada iras-iras muka agong kat duit kertas Arab Saudi dan muka Lukman Sardi dalam cerita Berbagi Suami), sinaganaga.
Zuss zass zipp zapp dush dush...
Tanpa fikir panjang...
Aku lancarkan serangan sms jurusan jealousiology kepada OmbakHijau. Aku kata, "Bro, wah dah jumpa Ge! Dah amik gambar, jgn jeles. Jgn tanya apa2 lagi. Nanti wa cite dlm blog, k."
OmbakHijau pun tanpa fikir panjang (agaknya) jawab sms aku, "Ge? Uji Rashid? Ogy Md Daud? Gee (fauziah) Kumpulan GE? Sapa?..." Cisss!! Serangan aku tak tepat pada sasaran agaknya.
Tanpa fikir panjang aku lancarkan serangan kedua, pendek sahaja... "Naga" Dan aku terima isyarat menyerah kalah daripada OmbakHijau, "Ciss! Wa jealoussss..."
Walaupun serangan kedua aku pendek sahaja, sependek nama makencik, aku yakin parut kesan serangan aku kali ni akan kekal dan berpanjangan selagi OmbakHijau tak jumpa sinaganaga.
Tanpa fikir panjang...
Aku pun berlalu dari Central Market dan berjalan menuju ke Dayabumi, nak balik naik Komuter. Hakikatnya, aku tak pusing-pusing dan tengok habis pun lagi KLAB tu. Walaupun mulanya aku fikir panjang nak jalan-jalan di kawasan Masjid India lepas melawat KLAB.
Itulah, aku pernah dengar kisah legenda sinaganaga. Kalau terjumpa dia, akan terlupa perkara-perkara, perbuatan-perbuatan dan orang-orang yang lain-lain buat sementara.
Nasib baik itu di Central Market yang aku boleh pergi hari-hari. Bayangkan kalau aku gi New York. Berjumpa dan amik gambar dengan Naked Cowboy joeperantau. Pastu terlupa nak buat benda2 lain, instead aku terus balik Malaysia. Dia ni pun tahap legend-legend jugak nih... Boleh?!
Posted at 12:04 AM 6 comments
Friday, May 02, 2008
Licinnya ketiakku
Korang sedar atau tidak, pemakaian deodorant boleh melebamkan ketiak. Tapi ketiak aku tak lebam (boleh check kalau mau) sebab aku pakai whitening deodorant yang dijual oleh Cosway.
Korang tau tak, untuk memudahkan korang mencabut bulu ketiak secara licin dan secara total (selain daripada mencukur yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan ketika bulu-bulu ketiak sedang menumbuh), sapu atau lumur ketiak korang dengan kapur (yang orang buat makan dengan sirih tu) selama beberapa minit. Kemudian, cabut sahaja dengan perasaan yang tidak berbelah bagi dan tak pedihkan mataaa!!! Tak percaya, boleh tanya abang aku <-- dia dah tinggalkan first comment semalam kat blog ni!
Sekian sahaja, tips ketiak minggu ni.
Peringatan: Mencabut bulu ketiak adalah aktiviti berbahaya jika dilakukan ketika memandu. Sila angkat tangan anda dan minta tolong orang sebelah cabutkan bulu ketiak anda.
Selamat berhujung minggu!
And see you on Monday with clean-shaved/plucked armpits!! :p
Posted at 12:30 AM 15 comments