Saturday, July 05, 2008

Pendek mengerikan


Antara saat-saat yang mengerikan dalam hidup aku adalah ketika rambut aku hendak diguntingkan. Kenapa? Sebab aku tak tahu apa hasilnya rambut aku lepas digunting. Macam-macam jadinya rambut aku ni. Kadang-kadang, tak puas rasanya bila rambut aku masih nampak panjang setelah digunting.

Ada juga yang beberapa kali aku merengus suruh gunting bagi pendek lagi. Ada juga bila tengok di cermin kedai, nampak elok. Tapi bila dah balik rumah, dah cuci rambut bagai, dah jadi macam buah pulasan kepala aku ni.

Dan sepanjang hidup aku, aku takde pun tukang gunting rambut favorite. Ada juga yang sekali gunting cantik, kali kedua aku gunting dengan dia, dah tak elok pulak. Ada juga yang dua kali gunting cantik, kali ketiga datang, dah takde orangnya, dah digantikan dengan yang lain.

So, semalam aku pergi gunting rambut. Tukang gunting rambut yang ada waktu tu, dulu sekali dia gunting tak elok rambut aku. Aku jadi amat nervous, tak tau apa akan jadi kepada rambut aku nanti. Bila aku duduk kat kerusi gunting rambut tu, aku terdiam je. Takde apa-apa arahan yang aku beri. Lagipun tukang gunting rambut tu tak berapa boleh cakap Melayu.

Lepas tu dia tanya aku, "Pendek?"
Aku pun menjawab, "Ye laa... dah gunting rambut, takkan panjang pulak?!" Tapi dalam hati je laa... Gila nak cakap kuat-kuat? Mau dia hiris telinga aku dengan pisau belit!


2 comments:

Anonymous said...

Aku kalu gunting rambut paling ngeri bila barber dah keluarkan pisau blade (belit?) nak kikis bulu-bulu roma...kalau lah barber tersilap kikis..mahu cedera parah aku..dan dia jugak (selepas aku belasah)...hehehe

ahkamsa

Deo said...

ahkamsa,
aku baru perasan pisau 'belit' tu asalnya dari perkataan 'blade' hahahah inventive betul orang dulu-dulu... orang utara kata 'kayu rul', orang putih kata 'ruler'.

Related Posts with Thumbnails