So, malam tu aku lepak lah makan durian kat area TTDI Jaya. Aku sempat belasah durian D24 yang ada 4 ulas je dalamnya tapi tebal-tebal isinya macam aku makan 24 ulas pulak. Then, aku lepak sat ambik nafas, before aku belasah sebijik durian kampung pulak.
Sesambil tu bercerita laa dengan brothers penjual durian tu. Diorang cerita lah satu persatu kualiti durian kat Malaysia ni, yang Perak punya, Pahang punya, Johor punya, Gombak punya, Penang punya... aku pun cerita laa aku rasa Johor punya yang paling aku tak ingat rasanya macam mana sebab jarang aku makan durian Johor.
Bagi aku, durian yang paling sedap ialah durian Gombak lah, which brothers tu kata durian Gombak ni baka durian Pahang, which aku tak sure sebab lama dah jugak aku dah tak merasa durian Gombak. note: kitorang bercakap pasal rasa durian asli/kampung, bukan kacukan macam D24 semua tu.
Then, lepas dua bijik durian (je?!) aku pelahap, aku pun basuh lah tangan aku. Ye lah takkan aku nak calat je kan?! (betul tak penggunaan calat ni, Joe?) Dalam masa-masa basuh tangan sempat lagi one of the brothers tanya aku...
"Cukup ke bang durian tu? Beli lah bawak balik kat orang rumah."
Aku pun jawab, "Orang rumah tak boleh bau durian..." Boleh?!
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
4 comments:
Takde salahnya jawapan itu...
Tapi cuba ko try durian hok jual tepi jalan nak ke Puncak Alam tu...
Aku tengok ramai orang singgah.
Entah. Beli ke. Tengok aje...
sape org rumah tu?..dah dekat nampak nya oppsss
Salah penggunaan word CALAT tuh Deo.
CALAT=CAlit/Cuci taik paLAT
Contoh penggunaan yang betul:
1. "Ko tak keluar ker hujung2 minggu nih Deo? Tak kan mencalat aje kerjanya", kata Joe kepada Deo.
2. "Keluarlah memalam buta nih, tak aku calat kan nanti sekor-sekor", kata Wak Parjoe kepada anak-anaknya.
Aiyooo...sudah rindu mau makan durian..auuwww
Durian Ipoh ada lagi tak Ogos ni???
:-)
Post a Comment