Monday, July 07, 2008

To the left, to the left


Sekarang ni, banyak benda aku nampak, aku teringat kat seseorang.

Aku nampak tiang telefon, aku teringat seseorang yang bulan 9 baru nak pacak tiang telefon kat area rumah dia. Aku nampak rumput panjang, aku teringat seseorang yang sibuk mencabut rumput di halaman asmara rumah dia. Aku nampak semut atau serangga, aku teringat seseorang yang sibuk menjejaki sarang semut merah. Aku nampak benda-benda kuning, aku teringat cat warna rumah dia yang merelit-relit warna kuning.

Aku keluar dari lif ofis aku, terpandang sign ni, aku teringat juga kat seseorang tu yang "to the right, to the right".



Dan aku pun dah mula sayu nak "to the left, to the left". Sedih laaa... sedar tak sedar, dah 11 1/2 tahun aku tinggal di Shah Alam ni. Mula dengan aku kat PPP/ITM, mid 1994 hingga hujung 1996, then aku fly ke US. Pastu aku dapat kerja dan tinggal di Shah Alam, dari mid 1999 hinggalah ke sekarang ni.

Walaupun aku happy laa sebab dah jumpa apartment kat JB, tapi happy tu sikit je, sedih yang lebih ni. Sedih woo... Shah Alam ni lah tempat aku jatuh, tempat aku bermain, tempat aku main-main, tempat aku bermain main-main...

Sebelum ni, sms to and from kawan-kawan aku... kalau tak bernada heavy metal carut-mencarut, mesti rock kapak. Minimum pun rock ballad laa macam lagu-lagu Spring, Dinamik semua tu. Tapi sejak dua menjak aku nak pindah JB ni, sms aku semua dah berbaur lagu-lagu Khatijah Ibrahim, Noreen Noor, Gaya Zakry, Liza Abdullah, Norlida Ahmad, Siti Fairuz... aduuuhhhhh... leleh syeh!

Tadi tengok movers hantar kotak untuk office aku start packing, lagi laa bertambah sedihnya. Memang betul laa, memang confirm aku kena pindah ke JB ni... uwaaaaa!!! Tengok kotak pun boleh berlinangan air mata aku. Kau bayangkan seseorang tu, mencabut rumput, tertonggek-tonggek, sambil berlinangan air mata dia...

Aku kuatkanlah jugak semangat aku. Kalau "to the right, to the right" boleh survive, takkan lah "to the left, to the left" tak boleh, kan?


8 comments:

Ayu said...

hahahahahahaha... sabo jek laaa
aku baru on the line dgn to the right to the right hahaha dia gelak beso

Hazelsyd said...

Deo,

All the best kat tempat baru! Create pulak memori yg best2 kat sana eks..

To the right, to the right said...

hahahahaah. Aku pulak tang lipat kain kena karate tu dengan tang iron baju banyak2 tu forsure aku teringat kat ko kekekekeke.

Selamat menempuh apa yg aku sedang tempuh hehehe, cewahhhhhhh tapi ko tak emosional and sentimental macam aku kan?. Sure ok punya.Hiks! And friends memainkan peranan pentinglah tatkala baru-baru pindah tu.

But then again, at least you have your housemates and the whole bunch of ur officemates. Would not be that bad. Best of luck! [Wishing in advance nih, kih kih kih]

JinGGa stuDieS said...

weh nanti house warming party jgn lupa jemput aku!

ps aku pun kena pindah...damn!

suealeen said...

shah alam tempat paling best pernah aku bertapa...
nostalgia...
hei.. wish you all the best!!

Anonymous said...

Rasakan ko...menangis lah ko sambil melipat kain...

Di waktu itu..nyanyian telah bertukar kepada... Seriiiii Mersinggggg.....

Ahkak Limah

amfarra said...

shah alam tuh tmpt kecintaan aku tuh ekekekke tak sangka ada org lain yg sentimentel ngan shah alam

Nek Rock said...

yooooooooo deoOOOOooooo

selamat menjadik owg jb ek ek ek,hahaha ko kena belajar cakap owg sana fulak,kan kan

yehh nanti nek lik jhr nek zass cari deoo,lalalala

Related Posts with Thumbnails