Monday, July 14, 2008

Mirror mirror on the wall


Best ke filem Sepi? Beria-ia kawan aku suruh aku pergi tonton. Katanya filem tu sesuai dengan aku. Sesuai dengan aku? Bahagian mana yang sesuai dengan aku? Kepalanya kah? Badannya kah? Jiwanya kah? Hatinya kah?

Kawan aku... dia tahu kah tentang aku?

"Bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku. Tanpa dia malam menemaniku, sepi memelukku. Bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam. Biar ia sepi sepertiku."

Kawan aku... dia tanya lagi, "kau dah tengok Sepi?" Aku jawab, "Belum... aku tak perlu tonton filem Sepi. Aku tengok diri aku sendiri saja..."

Kawan aku... dia tahu kah tentang aku?

Mirror, mirror on the wall... who's the sepiest of all?

Semoga malam-malam ku di JB nanti tidak sekelam malam-malam terakhirku di SA...


5 comments:

Anonymous said...

kat jb xkan sepi..
jb rawk laa wei..
len laa kalu menyepikan diri..
huhu..

ah tok said...

Sepi itu membungkam.


Habis.

DeLinn said...

Sepi itu indah tapi mampu mendownkan orang.

Habis jugak

Elf said...

Ko sepi sgt ke sampai pasang lagu elton john nih? hehe..

all jazzed up said...

kalau sepi nanti tolong babysit anak-anak aku kat JB nanti k...

Related Posts with Thumbnails