Thursday, July 03, 2008

1260kg, 20 orang


Aku tak paham lah macam mana orang yang design lif boleh letak - "Max 1260kg, 20 orang". Baru 15 orang dalam lif, dah rasa macam 35 orang.

Keadaan dalam lif, shoulder to shoulder, toe to toe pun tak macam orang Malaysia sembahyang jemaah dalam saf, renggang-renggang belaka. Setan pun boleh berguling-guling antara setiap makmum.

Anyway, kalau korang rasa nafas korang macam kuda, berdengus-dengus berdengus-dengus... sila tahan nafas korang sampai korang sampai tingkat destinasi korang ataupun sampai korang tinggal sorang je dalam lif tu.

Annoying, ok bunyi nafas macam kuda dalam lif berisi 15 orang! Nasib anginnya tak menghembus ke tengkuk aku je!


5 comments:

kemat said...

naik tangga la..sambil2 senam kaki

lilinbiru said...

ish...nafas dia bunyik dekat telinga ko ke??fishy nye??? lelaki ke pompuan ni? kalau pompuan sure ko x turun lagi lif tu kan?? hahaha

all jazzed up said...

nape lif sini lembap gila?

sity29 said...

hehehe
lif mana ko naik daaa
aku tak penah pun jumpa kuda :P

ah tok said...

Maks 1260 Kg = 20 orang

So, 1 orang secara puratanya = 63 Kg. Bagi orang normal. Itu maksimum!

Kalau satu orang gemuk masuk menyamai berat 2 orang normal iaitu 126 Kg. (Kita panggil obes la.. ) So, lif itu boleh muat secara puratanya maksimum 10 obes dengan berat 126 Kg setiap seorang.

Jika yang masuk 15 orang dah rasa macam 35 orang maka kebarangkalian ada 15 obes dan 5 normal.

Boleh faham tak? Ok gini, sama permasalahannya seperti kenyataan ini :

Ahmad ialah seorang nelayan. Dia menangkap ikan menggunakan jala dan menjual ikan tersebut pada harga RM10 sedangkan harga pasaran ialah RM15. Katanya kosnya ialah RM0, kemudian Ahmad menjual kepada anda sambil mengatakan bahawa harga sebenar ialah RM15, dia memberi subsidi RM5 dan akhirnya dia rugi RM5.

Persoalannya, adakah Ahmad mendapat untung sebanyak RM10 atau rugi sebanyak RM5 yang dianggapnya
sebagai subsidi?

Berdiri tak bulu tengkok pabila ada orang meniupkan soalan ini?

Peace!

Related Posts with Thumbnails