Sunday, July 27, 2008

Parti panas


Birthday aku datang lagi! Alaaa... takkan tak boleh birthday dua kali setahun macam Tun Dr M kan?! Actually, it was Elf's birthday. Celebrate sekali sempena aku nak ke JB (diorang ni macam sukaaaa je buat parti aku nak ke JB, kan?) dan juga sempena kepulangan delinn ke KL after a month in nyahtoksin kekekeke....

Seperti biasa lah majlis dimulakan dengan doa makan, diikuti oleh makan-makan ayam golek, diikuti tiup-tiup lilin, you tiup I punya, I tiup you punya. Diikuti dengan potong-potong kek...



dan sesi bergambar sampai patah-patah tengkuk dan berlaga-laga kepala ...





Dan kemudian aku sangka parti akan menjadi panas, bila tiba-tiba je ada orang bawak keluar durian dari bawah meja! Tapi harapkan panas sampai ke tengah malam, sayangnya suam-suam kuku je jadinya. Dua biji je durian diorang bawak malam tu, dah le aku berebut-rebut dengan Elf, dengan Jijo, dengan Arc, dengan ulat dalam durian tu lagi. Aduuuhhhhhhh...

Dan seperti biasalah, majlis diakhiri dengan sesi bergosip sambil bergolek (diorang, bukan aku), sampai terjojol lah mata sorang-sorang... panas lah jugak jadinya kan dengan gossip-gossip liar diorang.


Seperti yang aku kata tadi, malam tu aku tak join diorang bergosip. Aku sibuk mengulit seekor ayam golek sebab aku tak lunch tengahari tu, bukan sebab aku pregnant macam Poii. Aku tengok punyalah asyik Poii mengadap sekor ayam golek malam tu, sampai aku tersilap sangka yang Elf pregnant, dan terus Elf berazam untuk diet. Hehehehe... Ini bukti aku bukan dalam kalangan yang bergosip, mana ada aku dalam gambar...

Ini gambar yang pregnant dan yang disangka pregnant. Yang duduk sebelah yang pregnant tu pulak, mengidam nak pregnant. Siaplah Ham balik nanti!



Ramai jugaklah yang hadir malam tu, tapi kali ni geng lelaki tak seramai macam yang lepas when the men outnumbered the ladies. Aisehhh... peralihan kuasa tak menjadi nampaknya. Aku rasa perempuan lebih ramai sebab Limah bawak pengundi hantu malam tu. Err... sape nama awek-awek tu Limah? Kekekekeke...

Dalam dekat jam 10pm rasanya, barulah gerak balik. Itupun lepas berbirat peha aku kena cubit dengan Jijo ajak aku balik. Wakakakak...

Anyway, thanks all for the treat, Elf for the alarm clock yang terbalik punat disable/enable alarmnya (tu yang tak bunyi jam 8pm tu... kekekeke ada yang aku tak bangun gi kerja nanti nih), and Yam for breaking my heart! huhuhuhu... sebab bawak bakal tunang for the not-so-pastel color pail and pastel color cebok.


7 comments:

Elf said...

Oiittss..Apsal ko kata aku peknen? *Aku gemukkah?* Gelak guling*

Aku sempat rasa rasa gitu jek durian tuh..

Apapun, tengkiu ya, for the treat u guys!

*Balik aku terus kena diarrhea..

Anonymous said...

Aisey... nanti aku rindulah dgn AZrul...hahhahahhaha

Anonymous said...

lshhh akak lupa letak nama kat atas...tuuu akak yg komen tu...

hhahahahhahahaha :-)

Ahkak Limah

K i a H R o N g G e n G said...

ya ramai yg akan rindu pada azrul ...huhuu

DeLinn said...

Sedih pulak aku, baca blog ko sambil dengar lagu ni. huhuhu

Anonymous said...

tudia hakak limah kemain dah rindu dah, errrr pesal deo skit benar nama aku naik ni
-ojij-

Unknown said...

ello ello... my old blog is listed here (I am without shoes) now blog dah moved to new url at http://ilusidalang.blogspot.com

thankss...

btw happy birthday

Related Posts with Thumbnails