Monday, June 30, 2008

EURO2008:Terkenang-kenang


Ok, Euro 2008 dah selesai. Pasukan Sepanyol menjadi juara, menewaskan Jerman 1-0. Pemain terbaik perlawanan akhir ialah Fernando Torres yang juga penjaring gol tunggal perlawanan. Bagi aku takdelah banyak pun kenangan tentang Euro 2008 ni. Untuk pengetahun korang, takde satu pun game penuh yang aku tengok live termasuklah game final. Aku dok tengok sekerat-sekerat, takpun aku bangun tidur, check out results ataupun aku tengok rematch the following night, itu pun bukan satu game penuh. Dah laa team favorite aku tersingkir awal, match results prediction aku pulak semuanya dok tersasar je. huhuhu...

Anyway, see you in Poland-Ukraine 2012!

--------------------

Semalam aku ke Amcorp Mall, mencari-cari pinggan mangkuk. Almaklumlah nak masuk rumah baru ni. Dulu, kawan aku ada beli pinggan mangkuk Ikea at 40% diskaun di Amcorp Mall. Aku rasa dah takde lagi kedai tu. Cuma ada kedai yang jual pinggan mangkuk ala-ala English style yang berbunga-bunga tu. Emmm... bukan taste aku agaknya, tapi murah!

Dalam dok berjalan-jalan kat Amcorp Mall tu, tiba-tiba aku teringatlah dengan si delinn. Apalah khabarnya dia first day di Sintok tu kan? Haa... jangan nak speku bukan-bukan. Takdelah aku tetiba teringat kat dia, kan? Aku teringat pun sebab aku nampak kedai ni...



So, aku pun called delinn. Happy sungguh bunyi suara dia. Benda pertama yang dia kata kat aku, "aku dah nampak dua cyber cafe!" Laaa... itulah benda yang disurvey dulu, rupanya?!

Rupanya family dia masih ada di Sintok. Dah berasap-asap dapur rupanya ada acara masak-masak dan makan-makan. Aku tak payah tanyalah delinn dia masak ke dia makan kan, aku dah boleh agak jawapannya. Aku tanya laaa dah bertukar-tukar makanan dengan jiran-jiran ke macam aku punya prediction? Belum katanya, tapi dah mula sembang-sembang dengan jiran, kekdahnya! Tepat sangkaan aku... *aku bayangkan delinn pok pek menyembang dengan jiran sambil sidai kain batik kat belakang rumah*

Aku pun tanya lagi, Sintok tu ada shopping mall apa yang besar? Tujuan aku bertanya tu sebab nak cakap apartment sewa aku nanti hanya 3 minit memandu dari Jusco! Menjerit minah tu mendengarnya. Petang tu jugak, sedang aku sedap tidur delinn sms aku, "aku dah merayap ke bukit kayu hitam dah hahaha"

Amboi! First day dah tawaf habis. Next weekend ke manalah tujuan si DQ Merpati tu? Wakakakaka....


4 comments:

DeLinn said...

hahahahhaha

aku dah mengotakan janji aku dulu yg kata nak masak bila kat sini, aku masak tau! :p

rozzh said...

Amboiii...baru je Delinn kat Sintok..dah terkenang-kenang ekk :-)

Anonymous said...

Ehem...itula kan Krozz, baru 2 3 hari delinn kat sintok, dah terkenang-kenang...iskh iskh iskh...

zure

Op said...

aku ada kat amcorp 2 hari lepas makan kat seri melaka. tak jumpa pun kau hehe. bila nak amik anugerah kau nih? sabtu ni ada maskara di rumah pena. jom. http://sol-jah.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails