"Bersedia atau tidak? Bolos saja dinding ituuuuuuu..."
Korang pernah dengar ayat di atas? Kalau tak pernah dengar pun takpe sebab itu ayat daripada gameshow yang paling bodoh, tak berfaedah dan tak bermotif yang pernah aku tengok kat Malaysia.
--------------------
Petang semalam...
A good friend called me up. Dia tanya how's everything with the moving to JB and when exactly I'll make my move? Aku jawab soalan kedua dia. Aku gerak pagi Sabtu selewat-lewatnya 9am, bergantung jika tiada parti liar atau panas surprise Jumaat malam tu sebab aku dah tetapkan segala parti liar dan panas sempena perpindahan aku kena diadakan sebelum Jumaat. Heheheh...
Then dia tanya lagi "So, are you ready to move? Is everything ok?" Lama jugak aku terdiam. Dengan good friends memang aku tak boleh jadi beautiful liar laa. Aku pun cakap, "physically and materially I'm all up. But..." dan aku diam. As it has always been, dia tanya apa yang tak ready lagi, sensing something is not right. Aku pun cakap, "Mentally and emotionally, I'm down, not ready at all..."
Then, mula lah sesi console-menconsole dia kepada aku. You'll have good times lah, more friends lah, better foods laa, nearer to Singapore lah (read: easier access to hotter chicks). Ini bukan yang pertama orang cakap macam ni kepada aku, banyak kali dah. Tapi dengan orang lain, aku buat dengar tak dengar je. Tapi with a good friend, aku dengar cakap dia dengan kusyuk dan tawadduk laa.
Dan tanpa aku sangka, bertitisanlah (bertitisan, bukan bercucuran ok) air mata aku waktu sesi console-menconsole tu. Sebelum ni takde aku sampai jadi gini bila cerita bab-bab pindah ke JB ni. Sebab tu aku malas naka amik serius pesanan orang dalam bab-bab pindah ni.
Memang sebelum ni, aku ada rasa yang aku ni mentally and emotionally not prepared tapi mungkin itu apa yang aku rasa je. Tapi bila dah sampai bertitisan air mata ni, it confirms apa yang aku rasa. Aku pun tak tau lah kenapa jadi begini. Bukannya aku tak biasa bercelana. Oppsss... bercelana setiap hari kecuali di hari minggu. Bukannya aku tak biasa berkelana. Faktor usia kah? Haa... jangan nak speku, ini bukan entry mendirikan masjid.
So, betul ke tidak keputusan aku ni nak pindah ke JB? Uwaaaaaa....
Cuma one thing yang kawan aku cakap yang melegakan sikit.... "Alaaa kau pun bukannya lama kat sana kan? Paling lama dalam 3 tahun kot?" Hmmm... ye ke?
Thursday, July 31, 2008
Bersedia atau tidak?
Posted at 9:36 AM 6 comments
Wednesday, July 30, 2008
This is the path that I'll take
Korang sure tau lagu Jepun yang berhantu Mirai nyanyian Kiroro. Alaaa yang starting dia "Horaaaaa...." bukan "Doraaaaa... e... monnnn" tau. Alaaa yang ramai orang buat ringtone handphone lagu ni....
Korang tau tak lirik lagu ni dalam Bahasa Inggeris? Cerita pasal Bahasa Inggeris kan.. dulu waktu aku sekolah rendah, aku cukup pantang especially kepada budak-budak yang tunjuk terrer, bila diorang dok sebut-sebut "Bahasa English, Bahasa English". Contohnya, ehh lepas ni subjek "Bahasa English" laaa...
Kalau nak sebut English, sebut je laaa English... tak pun English language. Kalau tak reti, sebut je laa Bahasa Inggeris, tahpahapa... ehh ke, aku yang salah ni? kekekeke...
Ok, berbalik kepada lirik lagu Mirai tadi... ni aku search dari internet. Tak tau laa betul ke tidak?
"Look at your feet and see this is the path you walk. Look in front of you and see there lies your future. Mother has given me a lot of kindness. "Embrace love and walk" she repeated. That time when I was childish and didn’t understand her meaning. She held my hand together, walking we came.
Dreams are always high up in the sky. It is scary that we might not reach them but I will continue to try. For this reason I won’t abandon my story. When I became anxous she held my hand. Together, walking we came."
Sampai part ni je laaa yang related dengan kisah aku....
"Look at you feet and see this is the path you walk. Look in front of you and see there (JB kah?) lies your future. Dreams are always high up in the sky but I will continue to try (reaching them)."
This is my own story, and I will continue to pursue.
Horaaaaaaaaaaaa.... ashimoto wo mite goran emm... Kore ga anata no ayumu michi....
==
...dan kapan aku di JB nanti, aku akan rindukan ringtone handphone lagu ni
Posted at 8:54 AM 1 comments
Tuesday, July 29, 2008
... are like durian
Friends and friendship are like durian. kekekekek...
Ada yang bulat, ada yang lonjong, ada yang tebal isinya (baca: lemak wakakakak), ada yang nipis, ada yang manis (senyumnya), ada yang pahit.
Kulit durian, berduri. Seperti ikatan persahabatan yang saling melindungi satu sama lain. Daripada serangan musuh, caci maki nista orang yang dengki dengan persahabatan yang terbina.
Namun ada kalanya durian menjadi busuk dek ulat yang menerobos mencemari kualiti ulas-ulas durian. Bak persahabatan yang jitu, namun masih tidak mampu menangkis perasan hasad dengki, iri hati yang mampu merobek persahabatan.
Kadangkala, persahabatan mampu terbina semula. Namun, persahabatan yang indahnya seperti ulas-ulas durian, kini hanya indah sebagai tempoyak. Masih sedap juga...
Masa berganti masa, durian mencapai kematangan dan gugur menyembah bumi. Ulas-ulas durian yang bagaikan sehidup semati, berkongsi apa seadanya siang dan malam kini tidak mampu bersama lagi, satu persatu dipisahkan. Masa dan kematangan menjarakkan persahabatan.
Namun, jika aku menjadi biji durian, ingin sekali aku dicampakkan ke mana biji-biji durian yang lain dicampakkan agar persahabatan terus abadi, mekar menjadi pohonan durian yang menggapai tinggi.
Hehehehe... thank you my friends, wherever you are for being by my side through good and bad times.
Posted at 9:08 AM 3 comments
Sunday, July 27, 2008
Parti panas
Birthday aku datang lagi! Alaaa... takkan tak boleh birthday dua kali setahun macam Tun Dr M kan?! Actually, it was Elf's birthday. Celebrate sekali sempena aku nak ke JB (diorang ni macam sukaaaa je buat parti aku nak ke JB, kan?) dan juga sempena kepulangan delinn ke KL after a month in nyahtoksin kekekeke....
Seperti biasa lah majlis dimulakan dengan doa makan, diikuti oleh makan-makan ayam golek, diikuti tiup-tiup lilin, you tiup I punya, I tiup you punya. Diikuti dengan potong-potong kek...
dan sesi bergambar sampai patah-patah tengkuk dan berlaga-laga kepala ...
Dan kemudian aku sangka parti akan menjadi panas, bila tiba-tiba je ada orang bawak keluar durian dari bawah meja! Tapi harapkan panas sampai ke tengah malam, sayangnya suam-suam kuku je jadinya. Dua biji je durian diorang bawak malam tu, dah le aku berebut-rebut dengan Elf, dengan Jijo, dengan Arc, dengan ulat dalam durian tu lagi. Aduuuhhhhhhh...
Dan seperti biasalah, majlis diakhiri dengan sesi bergosip sambil bergolek (diorang, bukan aku), sampai terjojol lah mata sorang-sorang... panas lah jugak jadinya kan dengan gossip-gossip liar diorang.
Seperti yang aku kata tadi, malam tu aku tak join diorang bergosip. Aku sibuk mengulit seekor ayam golek sebab aku tak lunch tengahari tu, bukan sebab aku pregnant macam Poii. Aku tengok punyalah asyik Poii mengadap sekor ayam golek malam tu, sampai aku tersilap sangka yang Elf pregnant, dan terus Elf berazam untuk diet. Hehehehe... Ini bukti aku bukan dalam kalangan yang bergosip, mana ada aku dalam gambar...
Ini gambar yang pregnant dan yang disangka pregnant. Yang duduk sebelah yang pregnant tu pulak, mengidam nak pregnant. Siaplah Ham balik nanti!
Ramai jugaklah yang hadir malam tu, tapi kali ni geng lelaki tak seramai macam yang lepas when the men outnumbered the ladies. Aisehhh... peralihan kuasa tak menjadi nampaknya. Aku rasa perempuan lebih ramai sebab Limah bawak pengundi hantu malam tu. Err... sape nama awek-awek tu Limah? Kekekekeke...
Dalam dekat jam 10pm rasanya, barulah gerak balik. Itupun lepas berbirat peha aku kena cubit dengan Jijo ajak aku balik. Wakakakak...
Anyway, thanks all for the treat, Elf for the alarm clock yang terbalik punat disable/enable alarmnya (tu yang tak bunyi jam 8pm tu... kekekeke ada yang aku tak bangun gi kerja nanti nih), and Yam for breaking my heart! huhuhuhu... sebab bawak bakal tunang for the not-so-pastel color pail and pastel color cebok.
Posted at 8:03 AM 7 comments
Saturday, July 26, 2008
Knighted and Cocked
Hari ni aku nonton dua movies back-to-back, Batman: The Dark Knight dengan Hancock.
And first, I got knighted, then got cocked! Hahahaha....
Walaupun tak seenjoy back-to-back konsert Bon Jovi dengan George Michael kat NYC (aku rasa enjoylah kan konsert tu), tapi aku enjoy lah sebab both movies memang best! What with the fighting scenes, action scenes, CGI, and best of all Will Smith dengan Charlize Theron both in one movie. Memang dua-dua tu aku punya favorite, yang kalau lalu depan mata aku, boleh menangis laa meraung-raung jadinya... heheheh...
Mula-mula aku ingat nak nonton Hancock matinee show, murah sikit beb, tapi earliest show jam 2.45pm je so aku berkira-kira lah apa aku nak buat dalam 4 jam sementara tunggu Hancock. Tak cukup pun kalau nak shopping dalam 4 jam wakakakak. Luckily, The Dark Knight ada matinee show yang habisnya 30 minit sebelum show Hancock. So, aku belasah dua-dua movies lah kan.
Baru aku ter-realize, dua-duanya moviesnya pasal superhero - Batman dengan Hancock.
Batman, best as usual. Cuma this time around, Batman dah macam orang anggap dia macam villain laa pulak. *sigh... biasalah tu macam orang politik, lama-lama duduk pegang jawatan, mula-mula jadi hero, lama-lama jadi korup sampai orang tak suka kan?
Anyway, aku boleh relate laa aku dengan cerita Batman ni especially the last scene tu yang waktu Batman hilangkan diri naik batpod dia. Dialog antara Commissioner Gordon dengan anak dia...
Gordon's Son: Why is he running? He didn't do anything.
Gordon: Because he's the hero that Gotham deserves, but not the one it needs right now... and so we'll hunt him... because he can take it... because he's not a hero... he's a silent guardian, a watchful protector... a Dark Knight.
Saat-saat terakhir aku sebelum pindah JB ni, ramai jugak laa kawan-kawan aku ajak makan-makan, minum-minum kan... ada kalanya aku terpaksa tolak bukan sebab aku tak nak jumpa, tapi nanti aku jadi sedih. Lagipun aku bukan pergi untuk selamanya, kan? Lagipun aku bukan hero, kan? But I can be a good silent guardian.
So, tersedih lah sikit aku jadinya waktu tengok Batman running away tu. Huhuhuh (nonton Batman pun sedih, ke? Aduuuhhhhhh...)
Then, aku nonton Hancock pulak.
This is when I got cocked! Siot! Aku ni jarang-jarang sekali lah kan nonton movies kat cinema. Tapi Will Smith punya pasal, sepuluh kali Hancock pun aku boleh nonton, diorang tayang Bad Boys kat cinema pun aku pergi nonton jugak rasanya.
Anyway, tiket aku tulis "12 H9 2:45pm". TGV Sunway Pyramid ada dua entrance, satu entrance untuk Hall 1-10, satu lagi at the other end untuk Hall 11-12. Aku tunggulah dekat entrance untuk Hall 1-10 tu seawal 2.35pm. Tak boleh masuk lagi, pelik aku rasa sebab selalunya 10 minit before show dah boleh masuk. 2.45pm, still tak menyala lagi lampu untuk bagi aku masuk. Sempat aku merayau-rayau jap. Aku tengok tiket semula, laaaaa Hancock kat Hall 12, seat aku yang nombor H9! F*ck! Aku ingatkan H9 tu Hall 9. Dah le aku terlewat dalam 5 minit. Tension ok! I got cocked!!
Best gak Hancock! Of course sebab Will Smith lah yang ada iras-iras Chengko kan? Korang ingat tak sape Chengko? Click sini.
Memang betul lah review yang aku baca, you can't expect what will happen next, dalam Hancock. Sampai ada satu part tu yang Hancock kena tembak berdas-das kat dalam hospital, aku jadi tersedih pulak macam nak nangis (mesti korang kata lagi, nonton Hancock pun sedih, ke? Aduuuhhhhhh...) Mana tak nya, aku expect cerita superhero, alih-alih Hancock jadi vulnerable pastu nak mati. Sedih laa aku superhero aku nak mati kan?
Pastu, aku boleh jugak relate Hancock dengan diri aku. Yang waktu Mary (Charlize Theron) cakap pada Hancock, "We're becoming mortal. It's us, being close to each other. It never happened this fast before. You have to leave. The further you get from me, the better you're going to feel. You'll "
Aku pindah JB ni, macam terpaksa tinggalkan 'something/someone/somewhere yang aku sayang, close to me'... I have to leave! I have to leave before I become mortal!! The further I get from 'something/someone/somewhere yang aku sayang, close to me', the better I am going to feel. Huhuhu... ye ke?
Posted at 6:04 PM 1 comments
Friday, July 25, 2008
Soalan panas
So, malam tu aku lepak lah makan durian kat area TTDI Jaya. Aku sempat belasah durian D24 yang ada 4 ulas je dalamnya tapi tebal-tebal isinya macam aku makan 24 ulas pulak. Then, aku lepak sat ambik nafas, before aku belasah sebijik durian kampung pulak.
Sesambil tu bercerita laa dengan brothers penjual durian tu. Diorang cerita lah satu persatu kualiti durian kat Malaysia ni, yang Perak punya, Pahang punya, Johor punya, Gombak punya, Penang punya... aku pun cerita laa aku rasa Johor punya yang paling aku tak ingat rasanya macam mana sebab jarang aku makan durian Johor.
Bagi aku, durian yang paling sedap ialah durian Gombak lah, which brothers tu kata durian Gombak ni baka durian Pahang, which aku tak sure sebab lama dah jugak aku dah tak merasa durian Gombak. note: kitorang bercakap pasal rasa durian asli/kampung, bukan kacukan macam D24 semua tu.
Then, lepas dua bijik durian (je?!) aku pelahap, aku pun basuh lah tangan aku. Ye lah takkan aku nak calat je kan?! (betul tak penggunaan calat ni, Joe?) Dalam masa-masa basuh tangan sempat lagi one of the brothers tanya aku...
"Cukup ke bang durian tu? Beli lah bawak balik kat orang rumah."
Aku pun jawab, "Orang rumah tak boleh bau durian..." Boleh?!
Posted at 11:48 AM 4 comments
Thursday, July 24, 2008
Liena panas
Panas hati aku semalam dengan Si Puaka.
Semalam aku ada meeting department. One of the agenda was to brief the team apa yang berlaku dalam Management meeting Selasa lepas. Instead of dia yang brief, dia suruh colleague aku sorang lagi yang brief. Colleague aku ni pun duduk dalam Management meeting as Secretariat.
So, colleague aku pun briefed lah the team satu persatu benda yang berkenaan dengan kitorang termasuklah perpindahan ke JB. Pastu bila colleague aku ni macam nak habis je dia punya briefing tu, Si Puaka macam tak puas hati, macam ada something yang tertinggal, yang colleague aku tak cerita kat kitorang.
Si Puaka pun mencelah. Rupanya MD aku adalah mengangkat peranan Si Puaka dalam syarikat ni. Aku rasa ini first time dalam 5 high-level meetings yang Si Puaka dah attended, Si Puaka ni macam diberi perhatian dan diberi kepercayaan yang tinggilah. It's good for the team lah, actually.
Tapi muka Si Puaka waktu cerita benda ni, Tuhan saja lah yang tahu. Kalau kepala taik aku ada mata dan kepala taik aku baru keluar dari jubur aku, lepas tu kepala taik aku ternampak muka Si Puaka waktu tu, kepala taik aku pun boleh masuk balik dalam jubur.
Dan macam-macam lah benda tak masuk akal yang dia suruh kitorang buat demi menyahut kepercayaan MD. Yang bestnya tu, dalam macam-macam benda yang kitorang report waktu meeting tu (progress update), takde satu benda pun yang dia update kitorang. Pastu, everytime habis meeting, 5 minit lepas habis meeting, office dia gelap dah...
--------------------
So, panas laaa aku sepanjang senja semalam. Badan dah panas ni, sedap jugak main badminton, tak payah susah-susah panas-panaskan badan sebab memang dah panas meruap-ruap ni. Sekali... badminton tak jadi pulak! Aduuuhhhhhh.... lagi laa aku panas... last-last aku singgah makan durian sebelum sampai rumah.
Lagi laaa panasssssss!!!
Posted at 9:21 AM 2 comments
Tuesday, July 22, 2008
Carian terlampau
Aduuuuuhhhhh...
Siapalah yang punya rajin search frasa ni kat Google?
Buatlah search lain seperti 'pensyarah muda kantoi' ke... 'lecturer baru U*M cute' ke 'pensyarah suka baju warna pink' ke 'rumah lecturer takde air' ke 'pensyarah muda tinggalkan kerjaya lumayan demi mengejar cita-cita ke', ini tidak...
Kalau susah sangat pun, search laa guna frasa 'blogger bujang terhensem' ke, sampai jugak korang ke blog ni, agaknya laaa.... wakakakakak
Posted at 11:23 PM 5 comments
Lunch santai semalam
Semalam aku gi lunch.
Makan ayam kampung berempah goreng garing rangup panas-panas. Lepas makan ayam kampung berempah goreng garing rangup panas-panas, belasah durian pulak. Lepas belasah durian, beli mangga tiga butir pulak. Lepas beli mangga tiga butir, lepak tepi sungai (err... parit, to be honest) pulak. Sesambil lepak tepi sungai (err... parit, to be honest), bagi beruk makan mangga tiga butir.
Nama beruk tu... err... aku tak tau apa nama beruk tu.
Tapi bila aku panggil dia "Bro!" je, dia pandang. Bila aku panggil dia "Bro!" je, dia pandang...
Santai...
So, nak join aku tak "Bro!"? Heheheh...
Posted at 11:12 AM 0 comments
Monday, July 21, 2008
Countdown 12 days: Sneak preview
Ni aku ambik image dari Wikimapia.
Yang font merah tu apartment sewa aku nanti. Since balcony apartment aku facing Singapura, antara benda-benda yang aku boleh nampak dari balcony aku, termasuklah Naval Diving Unit, SAF Yatch Club, Singapore Maritime Academy dan Sembawang Shipyard, aku rasa laaa based on apa yang ada kat Wikimapia tu.
Apa yang orang-orang Singapura boleh nampak pulak? Aku tengah telanjang kat balcony looking at Singapore. Wakakakakaka...
Posted at 10:25 PM 2 comments
Si Puaka ambik MC pergi interview?
Si Puaka was on Medical leave last Friday noon. Kitorang punya wild imagination - dia kelentong sambil pergi interview cari kerja lain. Tapi, dia ada tunjuk ubat yang dia dapat kat one of us. Ahh.. itu semua aksi camouflage, kan? Orang yang betul-betul sakit, ada ke nak tunjuk-tunjuk kat orang lain ubat-ubatan yang doktor bagi? Tak pun itu memang perangai Si Puaka.
Macam-macamlah teori yang kitorang kasi sehingga akhirnya Si Puaka akan resign. Macam ni teorinya...
Si Puaka ni dulu ada skandal dengan perempuan lain dan pernah kena caught dengan wife dia. Sekarang pun dia ada skandal kat office tau, tapi aku tak boleh cakap kat sini... RAHSIA! Shhhh!!!! Ok, then wife dia dah maafkan lah kesalahan dia, tapi conditional maaf laa - dia takkan ulang benda yang sama.
Bila Si Puaka dapat kerja di company ni, antara syarat yang dia kena ikut ialah kena pindah ke JB. So, Si Puaka pun cakaplah kepada wife dia tentang kerja ni dan kebarangkalian yang dia kena pindah ke JB. Then, wife dia kata "NO! The kids are all in schools, at least wait until the school term ends hujung tahun ni..." Si Puaka pulak kata kat wife dia, "I can move to JB on my own first and I'll come back to KL on weekends, like others do..." which Si Puaka's wife rejected oleh kerana kisah-kisah silam Si Puaka ni yang scandalous.
Tapi Si Puaka dapat meyakinkan wife dia bahawa dia tak kena pindah JB. Again, wife dia bagi condition "unless you'll be in KL until the end of the year, you'll not except the job offer (kerja sekarang ni lah)"
Dan itulah yang diwar-warkan oleh Si Puaka kepada semua orang kat office ni yang dia tak kena pindah ke JB. Last week, keluar surat dari HR yang Si Puaka kena pindah JB. Dia frust betul, siap dia salahkan HR dan CFO sebab keluarkan surat last minute. Sedangkan kepada orang lain, surat tu hanya formality sebab memang dah agak kena pindah JB.
Bila Si Puaka dapat surat tu, dia kena cakaplah kat wife dia kan yang dia kena pindah JB. So, given the condition earlier, wife dia bengang laa dan wife dia insist lah Si Puaka to resign.
So, itulah imaginasi kitorang yang Si Puaka akan resign. Ngeh ngeh ngeh...
Posted at 5:28 PM 2 comments
Saturday, July 19, 2008
Lazy Saturday
Korang tau tak prosedur yang doktor kadang-kadang guna. Yang diorang ketuk kepala lutut, lepas tu kaki korang menendang tu. Alaaa... apa nama prosedur tu aku lupa laa, any doctor here please help... jingga? nse exit135?
Anyway, on one lazy Saturday. When I was relieved. When boss puaka is not in sight. Aku dok surfing the internet, as usual with laptop on my lap. The TV was on, channel 502 Bernama TV on air. It was around 5.10pm.
Tangan kanan aku tengah menggentel 'tempat gerak-gerakkan jari (sebagai pengganti mouse) untuk menggerakkan pointer on the computer screen' <--- aduuhhh apa nama kotak empat segi kat laptop tu?!
Anyway, sambil kedua-dua tangan di laptop, mata aku mengadap skrin komputer, telinga aku mendengar berita di TV. Secara tiba-tiba, tangan kanan aku ternaik dan terkeluar middle finger aku, tunjuk ke arah TV!
Apsal tetiba je aku buat signal middle finger ni?
Laaa... rupanya Pak Lah kat TV tengah merepek apa tah rasmikan pameran bunga ke apa tah... tak pasal-pasal....
Posted at 5:05 PM 2 comments
Wednesday, July 16, 2008
Mimpi menyepi
Apa indahnya mimpi?
Jika mimpi itu bukan sesuatu yg dihajati
Jika mimpi itu penuh sandiwara hasad dan dengki
Jika mimpi itu menyakiti hati
Jika mimpi itu didatangi apa yang dibenci
Apa indahnya mimpi?
Dapatkah aku merasai
Indahnya tafsiran mimpi
Andai tidurku tak bermimpi lagi?
Kesimpulan: More sepi, less mimpi?
Posted at 3:03 PM 4 comments
Tuesday, July 15, 2008
Siang tanpa mentari
Korang ingat tak lagu Raja Ema sempena Olimpik Seoul 1988 dulu... gini lagunya, "Sinar mentari oh Korea, ku mendaki mimpi-mimpi. Sinar mentari oh Korea, cinta bersemi..."
Hari ini, mentari bersinar di Korea saja, agaknya...
Di SA, di KL
Mana hilangnya mentari?
Siang tidak lagi disinari
Atau adakah aku yang berilusi?
Atau adakah sepi masih menyelubungi?
Makan nasi terasa seperti basi
Ahhh... biarkan aku membawa diri
Melangkah kaki ke lain negeri
Di SA, di KL
Hanya yang ada
Lampu brek kereta menyala-nyala
Melekat bumper ke bumper
2.5 jam aku berkira-kira
Apa alasan aku nak beri kepada bos puaka
Akibat kebodohan Polis Diraja Malaysia
Dan malam aku akan terus sepi...
Posted at 4:05 PM 3 comments
Monday, July 14, 2008
Mirror mirror on the wall
Best ke filem Sepi? Beria-ia kawan aku suruh aku pergi tonton. Katanya filem tu sesuai dengan aku. Sesuai dengan aku? Bahagian mana yang sesuai dengan aku? Kepalanya kah? Badannya kah? Jiwanya kah? Hatinya kah?
Kawan aku... dia tahu kah tentang aku?
"Bisikku pada bulan, kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku. Tanpa dia malam menemaniku, sepi memelukku. Bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam. Biar ia sepi sepertiku."
Kawan aku... dia tanya lagi, "kau dah tengok Sepi?" Aku jawab, "Belum... aku tak perlu tonton filem Sepi. Aku tengok diri aku sendiri saja..."
Kawan aku... dia tahu kah tentang aku?
Mirror, mirror on the wall... who's the sepiest of all?
Semoga malam-malam ku di JB nanti tidak sekelam malam-malam terakhirku di SA...
Posted at 9:43 PM 5 comments
Tuesday, July 08, 2008
Mencari bala
Ni apa cerita korang sibuk-sibuk mencari BALA? Orang lain dok sibuk-sibuk menolak BALA, korang mencari BALA apahal? Oooo... agaknya orang yang saiz kepala kote lagi besar dari saiz otak je sibuk-sibuk mencari BALA. Biarlah BALA hilang dalam terang, dalam gelap dah tentu dia hilang, kan?
Baiklah korang sibuk-sibuk mencari Sharlinie. Cakap pun tak guna, kalau kepala kote lagi besar daripada kepala negara!
Posted at 1:55 PM 1 comments
Monday, July 07, 2008
To the left, to the left
Sekarang ni, banyak benda aku nampak, aku teringat kat seseorang.
Aku nampak tiang telefon, aku teringat seseorang yang bulan 9 baru nak pacak tiang telefon kat area rumah dia. Aku nampak rumput panjang, aku teringat seseorang yang sibuk mencabut rumput di halaman asmara rumah dia. Aku nampak semut atau serangga, aku teringat seseorang yang sibuk menjejaki sarang semut merah. Aku nampak benda-benda kuning, aku teringat cat warna rumah dia yang merelit-relit warna kuning.
Aku keluar dari lif ofis aku, terpandang sign ni, aku teringat juga kat seseorang tu yang "to the right, to the right".
Dan aku pun dah mula sayu nak "to the left, to the left". Sedih laaa... sedar tak sedar, dah 11 1/2 tahun aku tinggal di Shah Alam ni. Mula dengan aku kat PPP/ITM, mid 1994 hingga hujung 1996, then aku fly ke US. Pastu aku dapat kerja dan tinggal di Shah Alam, dari mid 1999 hinggalah ke sekarang ni.
Walaupun aku happy laa sebab dah jumpa apartment kat JB, tapi happy tu sikit je, sedih yang lebih ni. Sedih woo... Shah Alam ni lah tempat aku jatuh, tempat aku bermain, tempat aku main-main, tempat aku bermain main-main...
Sebelum ni, sms to and from kawan-kawan aku... kalau tak bernada heavy metal carut-mencarut, mesti rock kapak. Minimum pun rock ballad laa macam lagu-lagu Spring, Dinamik semua tu. Tapi sejak dua menjak aku nak pindah JB ni, sms aku semua dah berbaur lagu-lagu Khatijah Ibrahim, Noreen Noor, Gaya Zakry, Liza Abdullah, Norlida Ahmad, Siti Fairuz... aduuuhhhhh... leleh syeh!
Tadi tengok movers hantar kotak untuk office aku start packing, lagi laa bertambah sedihnya. Memang betul laa, memang confirm aku kena pindah ke JB ni... uwaaaaa!!! Tengok kotak pun boleh berlinangan air mata aku. Kau bayangkan seseorang tu, mencabut rumput, tertonggek-tonggek, sambil berlinangan air mata dia...
Aku kuatkanlah jugak semangat aku. Kalau "to the right, to the right" boleh survive, takkan lah "to the left, to the left" tak boleh, kan?
Posted at 9:09 PM 8 comments
Sunday, July 06, 2008
Therapy rabak
Sabtu yang menerapikan (a therapeutic Saturday).
Siapa perlukan 'fish spa therapy' bila ada 'ikea-therapy'
Sarapan pagi di Ikea Exit Cafe, secawan kopi dan dua ketul karipap = RM5
Perkakasan dapur, bilik air dan bilik tidur = RM... Rabak Mak dek non!!!
Siapa kata aku kurang bersenam? Berpeluh juga laa nak angkut barang-barang dari parking B2 ke tingkat 12 di apartment aku. Dan siapa perlukan mencabut rumput di laman rumah untuk mengeluarkan keringat? Oppsss...
Dan, Ahad yang mengantukkan (a sleepy Sunday) serta mengheningkan - heninglaa kenangkan diri yang rabak ni!
Posted at 12:39 AM 2 comments
Saturday, July 05, 2008
Pendek mengerikan
Antara saat-saat yang mengerikan dalam hidup aku adalah ketika rambut aku hendak diguntingkan. Kenapa? Sebab aku tak tahu apa hasilnya rambut aku lepas digunting. Macam-macam jadinya rambut aku ni. Kadang-kadang, tak puas rasanya bila rambut aku masih nampak panjang setelah digunting.
Ada juga yang beberapa kali aku merengus suruh gunting bagi pendek lagi. Ada juga bila tengok di cermin kedai, nampak elok. Tapi bila dah balik rumah, dah cuci rambut bagai, dah jadi macam buah pulasan kepala aku ni.
Dan sepanjang hidup aku, aku takde pun tukang gunting rambut favorite. Ada juga yang sekali gunting cantik, kali kedua aku gunting dengan dia, dah tak elok pulak. Ada juga yang dua kali gunting cantik, kali ketiga datang, dah takde orangnya, dah digantikan dengan yang lain.
So, semalam aku pergi gunting rambut. Tukang gunting rambut yang ada waktu tu, dulu sekali dia gunting tak elok rambut aku. Aku jadi amat nervous, tak tau apa akan jadi kepada rambut aku nanti. Bila aku duduk kat kerusi gunting rambut tu, aku terdiam je. Takde apa-apa arahan yang aku beri. Lagipun tukang gunting rambut tu tak berapa boleh cakap Melayu.
Lepas tu dia tanya aku, "Pendek?"
Aku pun menjawab, "Ye laa... dah gunting rambut, takkan panjang pulak?!" Tapi dalam hati je laa... Gila nak cakap kuat-kuat? Mau dia hiris telinga aku dengan pisau belit!
Posted at 10:26 AM 2 comments
Thursday, July 03, 2008
1260kg, 20 orang
Aku tak paham lah macam mana orang yang design lif boleh letak - "Max 1260kg, 20 orang". Baru 15 orang dalam lif, dah rasa macam 35 orang.
Keadaan dalam lif, shoulder to shoulder, toe to toe pun tak macam orang Malaysia sembahyang jemaah dalam saf, renggang-renggang belaka. Setan pun boleh berguling-guling antara setiap makmum.
Anyway, kalau korang rasa nafas korang macam kuda, berdengus-dengus berdengus-dengus... sila tahan nafas korang sampai korang sampai tingkat destinasi korang ataupun sampai korang tinggal sorang je dalam lif tu.
Annoying, ok bunyi nafas macam kuda dalam lif berisi 15 orang! Nasib anginnya tak menghembus ke tengkuk aku je!
Posted at 9:13 AM 5 comments