It was a short working week - 3 days saje sebab I took leave on Thursday and on Friday, it was the Maulud Nabi public holiday. Itu yang tak berapa semangat je nak pulun kerja, as if minggu-minggu lain bersemangat kan? Hahahah.. takde apa sangat yang berlaku Isnin hingga Rabu, biasalah mandom, pergi balik kerja, pergi balik gym, makan roti Gardenia Breakthrough, makan ubat kolesterol, makan minyak ikan, makan epal. Huhuhu...
Rabu malam tu aku amik flight balik ke Shah Alam. Flight aku mulanya jam 10.20 malam, tapi reschedule to 11.10pm. Takde lah aku panik sangat cuma yang aku worried, ATM machine kat LCCT tu tak 24 jam, unlike in KLIA. Dah le dalam wallet tinggal belas-belas ringgit je. Macam mana nak hire cab balik Shah Alam. Bila aku sampai LCCT tu, memang ATM machine tutup jam 12am. Dah le kaunter taxi tak accept kad kredit. Bengong.
I was thinking of taking the shuttle bus to KLIA, withdraw duit kat ATM machine situ ataupun bayar teksi dari KLIA guna kredit kad. Luckily aku tanya info counter whether the ATM machines kat LCCT are 24 hours ke tak? Diorang kata ye, tapi jam 12am-1am memang tutup. So, aku tunggulah sampai 12.40am, the machine is up again, aku keluar duit dan hire a cab. Tapi kena midnight surcharge, daripada normal fare around RM60, malam tu aku kena charge RM96. Damn! Rasa nak mintak refund dari Tony Fernandes je, sebabkan flight dia delayed, aku terpaksa bayar midnight surcharge pulak.
Thursday tu entah hantu apa masuk dalam badan aku, bersemangat nak bershopping seh. Aku ke Sunway Pyramid. Aku gi Blue Cube Celcom, nak usha BlackBerry Storm/Bold yang baru, takde stok. Nasib! Aku tanya pulak netbook HP yang dapat free dengan broadband package diorang, takde stok. Nasib! Kat kedai-kedai lain ada lah model blackberry yang aku nak cari tu, tapi sebab aku tak berapa confident, takut China mari punya. Nasib!
Dah tak dapat blackberry dengan netbook, terusha pulak iPod touch. iPod classic 80GB aku yang lama tu tah kat mana aku letak pun aku tak tau, ada lah dah dekat 3 bulan menghilangkan diri. Dari iPod touch ke iPhone ke running shoes Adidas yang RM400++, sampaikan ke cover bean bag kat one shop tu pun aku nak terbeli. Nasib takde beli apa pun. At last aku terbeli, unexpectedly, satu buku cerita "The Time Traveler's Wife", kononnya boleh lah baca dalam tren malam tu, kalau-kalau dibuatnya aku tak boleh nak tidur.
Khamis malam tu, 10 of us naiklah tren Wau ke Kelantan. Punyalah excited diorang tu sebab ada yang tak pernah experienced naik tren ni, especially long distance yang sampai 13 jam tu. Mula-mula galak juga laa bersembang, siap berkelah makan lasagna, berposing, bergambar bagai. Pastu, dalam jam 11pm macam tu, aku dah tarik langsir, tutup lampu. Dan seperti biasa, aku takde masalah langsung nak lena tidur aku baik dalam tren, bot, bas atau kapal terbang.
Sedar-sedar dah jam 6am macam tu, aku bangun jap cuci-cuci muka, then tidur-tidur ayam sampai lah dah panas. Heheheh... Around 9.30am tu sampailah kitorang di Pasir Mas, kereta sewa menunggu dan pemandu pelancong kami yang juga ketua rombongan merangkap shopping queen, si Poii dah siap menunggu. Perkataan pertama yang keluar dari mulut dia was something like, "Kita gi makan dulu..." Aku dah terfikir dah betapa punahnya diet aku kalau makaannnn je all the time nih.
Lepas check-in, rehat kejap, then around 2pm kitorang keluar lah bergerak ke Pengkalan Kubor. The duty free zone ni lebih kurang macam kat Padang Besar tapi lagi best lah. Banyak juga pilihan barang-barang dan yang paling penting, tak bersesak-sesak. Aku hampa jugak sebab takde barang yang berkenan di hati. Huhuhu... aku memang le tak nak beli toto or narita or what, pastu tak berminat pulak nak beli t-shirt imitation Polo ke Hackett ke. Tapi aku perasan banyak shirts and t-shirts branded as Paul Smith laa kat Kelantan ni. Tengah IN kot?
Dan tidak lah aku teringin nak beli kuali sebesar kawah macam ketua rombongan kita. Hehehe... (psstt... aku dengar dia nak buat gulai kawah untuk next pot luck geng rebanamaya... keh keh keh). Cuma aku teringin gak laa nak beli Corelle, Noritake and stuff kat situ untuk mak aku tapi payah laa pulak nak bawak balik. In the end, aku beli ikan masin je 1/2 kilo - ikan pari dengan ikan cencaru masin. Huhuhu... frust aku tau!
Malam tu kitorang gi makan rumah parents Zure, dekat area around Jeli. Jauh jugak perjalanan pergi dan balik. Lepas dari rumah Zure tu, kitorang ke Wakaf Che Yeh. Ni lebih kurang uptown laa jual barang-barang jenis macam kat uptown jugak. Tak beli apa jugak aku kecuali dua helai t-shirts, selai RM10. Aku ada ternampak jersi Canterburry South Africa, tapi takde saiz untuk aku. Payah juga kan jadi orang-orang saiz badan kecik macam aku ni. Heheheh...
The next day tu, Saturday, kitorang berjalan kaki je ke Pasar Siti Khadijah. Breakfast kat sana, then mulalah tawaf 7 pusingan, ikut Angah punya tips, buat one complete cycle, dari satu lorong ke satu lorong. Aku rasa dua lorong pertama je yang kitorang ikut betul-betul, lepas tu dah pick and choose certain kedai je. Tak larat sehh nak tengok satu persatu. Kat sini paling best! First thing yang aku berkenan di hati, samping songket warna pink/light purple pastu ada sulaman garis-garis halus warna pelangi (ala-ala warna Paul Smith). Negotiate sikit, terus angkat. Senyum sampai telinga.
Then, aku beli laa kain batek for Mak and my two sisters. Pastu aku dok terdengar diorang dok sebut-sebut kain Crepe (pronounced as krip), kain crepe. Aku pun teruja jugak lah sebab memang best material kain crepe ni. Aku pun plan nak angkat kain crepe nak buat baju batik long sleeve untuk aku. Mahal seh kain crepe ni, RM180 untuk 4 meter. Pastu, aku terfikir jugak, kalau buat baju kemeja untuk aku, guna 2 meter lebih je, rugi laa ada lebih banyak. Takkan lebih kain crepe nak buat sarung bantal kan? Hehehe... At last aku beli laa sehelai baju batik lengan pendek, kain crepe. Lengan panjang takde, so aku tak puas hati sangat lah kan. Hehehehe
Petang tu, kitorang gi rumah Din Sidekick's friend, tengok orang menchanteng batek. Best jugak dapat tengok with our on our eyes macam mana orang lukis batek. Dan makcik yang chanteng batek tu sampai terketar-ketar laa tangan dia sebab kitorang dok peratikan je dia dan usik-usik dia. Amazingly, batek kat situ semuanya nampak lawa-lawa dari batek di kedai. Hish! Dan yang paling best, aku dapat (beli ye, bukan free...) kain batik untuk buat kemeja lelaki. Kain crepe weh, kain crepe!!
Lepas tu kitorang ke Sudut Seni, saje laa tengok apa-apa yang boleh tengok. Sebenarnya tak plan pun aktiviti ni, cuma awal sangat kitorang nak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), tu yang pergi jugaklah Sudut Seni tu. Then, along the way to PCB pun sempat jugak lah berhenti kat satu kedai batik. Kira sepanjang jalan tu, mata kitorang (lebih-lebih lagi mata si Angah) memang celik lah tengok mana-mana kain batek on display yang berkenan. Bila ada yang berkenan, kasi signal kereta, berhenti tepi jalan.
Then, off to PCB, lepak-lepak tepi pantai, makan colek-colek, tengok show main ular sambil jual minyak panas, ubat putihkan gigi. Aku punya mood shopping tak henti-henti sampaikan minyak panas pun aku beli. Ekekekek... malam tu, jalan-jalan sekitar pasar malam near our hotel. Takde apa sangat lah kat situ. Then, ada satu group repeat pergi Wakaf Che Yeh malam tu. Aku pulak lepak minum dengan Henry. Kebetulan dia balik kampung bini dia. Bagus jugak, dapat aku ship kat dia barang-barang yang aku beli, nanti aku balik Shah Alam aku ambik kat dia je. Tak payahlah berat-berat bawak balik JB. Dan kosonglah sikit beg aku sebab esoknya nak shopping kat Rantau Panjang pulak. Hehehehe...
The next day, Sunday, pagi-pagi dah breakfast, check out dan terus ke Rantau Panjang. Best jugak Rantau Panjang ni, satu town tu macam-macam boleh shopping, kecuali batek lah. Aku pun macam-macam lah terbit kat kepala aku nih nak beli itu ini. Sampaikan aku nak beli Deuter punya beg yang orang buat back-packing tu, murah sehhh lawa lawa!! Tapi mujurlah aku berfikiran waras lagi boleh fikir logik kalau beli atau tak beli. Hehehe.. akhirnya adalah aku beli sesikit barang kat situ before kitorang chalo ke airport around 1pm.
Kitorang sampai airport awal sikit sebab nak hantar Par and wife yang balik flight awal sikit dan nak hantar kereta sewa. Lepas dah check-in kat airport, makan, boarding siap, baru dapat announcement flight delay to almost 2 hours. Nasib baik lah flight aku LCCT-JB tu jam 9.15pm. Flight departed KB jam 6.20pm, sampai KLIA je aku rushed jugaklah nak ke LCCT, sempat semuanya. Sampai rumah JB around jam 10.30pm, dan berakhirlah percutian di Kelantan, yang aku missed. Dan aku rasa the other 13 people pun missed jugak. Next time, kalau ada trip ke tempat lain, lagi ramai yang pergi lagi best kot? Or atau jadi lagi huru hara??? Hahahaha...
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
6 comments:
deo, ktm p.mas tu dah dekat sgt ngan umah parents aku tu hehe
fuhh panjang. cayalah , so takyah le aku hapdet ni,, kekekke
-ojij-
ko nak tau..kawah 30 inci tu rega RM75 kat sana, kat KL RM190. Berapa dah save tu.. Awat ko tak beli correlle? murah seh. Aku dah survey ngan delinn. Cuma poket je semput tak dpt beli..huhu!
Tapi mmg best! aku mmg missed this trip. Nanti buat la lagi dan aku janji tak beli kuali lagi hahahah~!
ko tak beli kuali poii, tapi ko mungkin beli periuk belanga pulak! kekekeke
i really love the trip!! for some reason that i can't think of, it's one of the most enjoyable trip that i've had! i believe, it has a lot to do with the geng.
miss ahhh.. jom jalan2 lagi..
wahh soppinggggg...
Post a Comment