Another boring week. Minggu yang nan ado benda menarik yang berlaku. Entahlah, aku rasa life in JB ni dah semakin sucks. Kalau ada benda yang boleh buat aku happy kat sini is my hobby in running. Satu, sebab gym membership murah, corporate rate is RM75/mth kat Clark Hatch. Then sebab takde aktiviti apa lagi dah nak buat lepas kerja, aku boleh senang-senang drop by at the gym, sebelum balik rumah. Gym tu pulak just 1-block away dari office aku.
Jumaat lepas, my Smokey-Grey Co. (syarikat kelabu asap) buat Town Hall. Biasalah every quarter buat dan seperti biasa, walaupun results last year tak berapa baik tapi CEO somehow buat kitorang rasa baik (which is not good, ok?!). Unlike kat TM dulu, kalau time performance tengah teruk, memang management declare 'crisis time'.
Tapi kat Smokey-Grey Co ni, time teruk pun, time projects behind schedule, time investment/business development tak meet target pun semua orang happy.
Anyway, CEO announced jugak laa bonus. Ada lah sikit. Lepas laa iPhone sebijik dengan iPod sebijik, netbook sebijik, running shoes Adidas baru sepasang dan simpanan untuk hari tua, priceless. Ekekekek...
This weekend pun aku tak balik Shah Alam. Rasa rindu pun ada kat apartment aku tu. Dan aku bayar duit maintenance bulan Mac ni memang bayar buta je laa, aku tak pakai pun any facilities bulan ni. Sebab the next time aku balik nanti will be for the medical checkup dengan race aku kat Cyberjaya hujung bulan ni. Hmmm... hopefully ada satu meeting tu nanti buat kat KL laa boleh lah aku balik sekejap. Heheheh
So, Sabtu tu aku tinggal sorang je kat rumah. Tengahari tu, aku pun merayap laa. Gi tengok wayang My Name Is Khan. Fuuhh punyalah lama aku tunggu cerita ni. Tiga empat minggu lepas menyumpah-nyumpah aku sebab bioskop mainstream kat JB tak tunjuk cerita ni. Check punya check, ada laa bioskop Lotus tayang. Waktu aku found that out pun dah tinggal dua hari je lagi shownya. Bila aku nak pergi Lotus tu, housemate aku kata kena pakai baju long sleeve, sebab kerusi kat situ berpijat. Siot je. Lotus ni tayang cerita-cerita Tamil je banyak. Anyway, syok laa cerita MNIK tu, memang 3 thumbs up!
Lepas tengok wayang tu, tah hantu shopping mana tah masuk dalam badan aku. Aku rasa ada hantu shopping Kelantan ikut aku balik sini kot. Dah le hari Rabu tu, sempat gak aku rembat seselai baju kerja dan seluar kerja. Puncanya, ada setitis dua kicap terpecik kat baju aku masa makan kat Sushi King. Dan-dan tu jugak aku cari baju baru kat Metrojaya. Ekekekek.
Cadangnya aku nak beli tali pinggang baru. Sebab yang ada ni, hadiah dari Nekrock macam dah nyawa-nyawa ikan je. Aku usha laa Braun Buffel, perghh meruntun kalbu dek non! Berbolak-balik berbolak-balik, dari Jusco Tebrau City ke Metrojaya Danga City Mall ke Metrojaya Pelangi Mall, akhirnya tak beli apa-apa pun aku hari tu. Semua nak tunggu balik KL. Ekekeke... dalam tak terbeli apa pun tu, ada pulak Popular Book buat fair kat Pelangi Mall, nak juga aku beli something, siap nak terbeli Harry Potter nye complete series tu dalam RM200++. Aduuhh gila laa hantu shopping ni.
Oh ye, aku dah pre-booked iPhone dengan DiGi ye. No commitment, just book. Aku hari tu frust juga sebab DiGi Blackberry Bold 9700 promo buat kat Midvalley Megamall je. Kat situ je boleh dapat a good price. Tu yang aku meroyan sangat duduk JB ni, semuanya takde. Bodoh sangat-sangat. Even yang iPhone tu pun, aku kena select collection point, either KL, Penang atau KK. Macam gampang sangat kan JB ni. Aku still undecided whether nak upgrade my second phone to BB or iPhone. BB ni masalahnya price dia cepat sangat drop unlike iPhone. Tengok lah macam mana nanti.
Ahad, seperti biasalah aku dengan larian aku. Aku tak sure laa kalau aku duduk Shah Alam, aku boleh ke tak bangun pagi Ahad just nak lari berkilo-kilometer. Aku buat 10.5km this time around. Further details, boleh check out Deo On the Run. The rest of the day, memang aku rehat je.
Haa! Last Wednesday, ada satu breakthrough laa when berat badan aku dip below 60kg for sooo long. Heheheh... I weighed at 59.5kg. Caya laa. Happy aku sebab semenjak aku masuk gym, lari all out ni, berat aku tak pernahnya turun, naik belaka dan for the last one to two months, it hovers around 61.5 to 62.5kg. So, aku happy lah dan hopefully boleh maintain below 60kg atau turunkan lagi to below 55kg. Tapi suspen gak sebab on Friday, aku timbang, jarum scale tu tunjuk lebih sikit dari 59.5kg. Aiyoo.. aku nak ringankan sikit badan aku ni sebab tak laa berat nanti bila aku on top. Err... maksud aku, on the road, running. Heheheh...
Ok lah, hopefully it gets better this week with some fun things to happen, like... errr ada fun fair kat belakang Angsana Mall tu yang aku rasa nak pergi, nak main tikam tikam. Heh!
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment