Aku gelarkan minggu yang baru lepas ni minggu shopping online. Hehehe... bukan lah shopping apa sangat pun, takde beli barang-barang online pun. Cuma aku ada registered untuk dua acara larian through online, first being the Standard Chartered KL Marathon in June dan secondly the New Balance Pacesetters 15km in May. Dengan itu, kalendar larian aku dari Mac hingga Jun sudah penuh, satu acara sebulan. Cerita lebih lanjut, boleh check it out di sini.
Selain daripada the two events above, hari Sabtu lepas, dalam dok bergolek-golek online sebab seharian hujan dan sejuk di JB, aku pun surf lah website ticket2u.biz. Mulanya aku saje nak check tiket konsert Radio Rosak yang dah canceled dua kali tu masih valid, masih ada dalam sistem lagi ke tak? Alih-alih, aku terpergi ke site Istana Budaya, dan ternampaklah promo Konsert Musikal Amy Search. Sebelum ni, aku dah dengar dah pasal show ni tapi aku buat dek je.
Pastu aku usha-usha tengok macam best jugak. Kebetulan weekend show tu, aku akan balik ke Shah Alam, ada larian Energizer di Cyberjaya. Lagi satu alasan, aku tak pernah tengok apa-apa show kat Istana Budaya dan aku pun tak sure seating mana yang best. Aku sms sorang member aku tanya dia tengok show hari apa sebab hari tu dia kata nak pergi. Tak berbalas. Aku pun booking je lah satu tiket untuk diri sendiri, aku select yang kat Grand Circle, row belakang VIP seats. RM250 harganya.
Tak lama lepas tu member aku sms kata dia dah jual 2 tiket dia untuk show hari Sabtu sebab dia ingat takde siapa nak pergi sekali dengan dia. Bila dia tau aku nak pergi, dia suruh aku booking satu tiket untuk dia. Nasib baik dapat seat sebelah aku. So, berkumandang dan terngiang-ngiang lah lagu Tiada Lagi dengan Suralaya Dalam D Major kat telinga aku nih. Heheheh... Dan akan berangkatlah buat pertama kalinya aku ke Istana Budaya 28 Mac nanti. Dan terasa terupgrade life aku ni sebab dah pandai tengok show kat situ. Hiks!
Dah plan nak tengok show Amy Search, ada pulak satu lagi show yang yakin gempak! Majlis Amal Mutiara Kasih dengan penampilan Jamal Abdillah di UTM Skudai, Johor. Mulanya aku tak rasa nak tengok sangat sebab show ni sekali dengan dinner, duduk meja bulat-bulat. Aku setakat nak beli satu, dua tiket je sedangkan orang lain nak beli meja kan?
Tapi member aku kata ok je walaupun duduk semeja dengan orang yang kita tak kenal. Asalkan kita tak terkontang kanting datang sorang-sorang. So, aku dah email organizer kata aku nak beli dua tiket, tapi tak sure lagi boleh ke tak? Kalau jadi, tarikhnya 8 Mei nanti. Kalau ada yang berminat nak turut serta bleh check it out di sini atau di sini. Aku dah tanya nak beli tiket di meja D3.
Oh ye, Wali Band pun ada jugak nak buat konsert kat Std. Hassan Yunus, JB pada 3 April 2010. Hmmm... kalau dah tengok show kat Istana Budaya, tak main laa tengok konsert berdiri atas padang ye dak? Pastu bersesak-sesak dengan geng-geng depa kan? Ekekeke... tapi kalau Inul buat konsert, aku pergi jugak. Hehehe...
Tu je pun benda yang interesting minggu lepas. Aku so look forward untuk minggu yang mendatang ni sebab ada 3 big events to happen, especially on the weekend. First, medical checkup aku di Prince Court on Friday. Kalau result ok, maknanya green light untuk the Emerald Co. On Saturday, aku ada 10km Energizer Night Run di Cyberjaya dan Ahad tu, first time in my life tengok show di Istana Budaya, untuk Konsert Suatu Masa Amy Search. Fewwwwiiitttt....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
satu hari nanti kena gi gak ke IB..hmmm
Post a Comment