Monday, March 29, 2010

81st to 87th: The 3 big events


Macam aku mentioned dalam entry sebelum ni, ada tiga perkara penting menanti kepulangan aku ke Shah Alam pada minggu lepas. Dan aku sangatlah memandang ke hadapan (looking forward) ketiga-tiga acara tersebut. Walaubagaimanapun, pemandangan ke hadapan aku itu, masih lagi bercampur dengan perasaan gundah dan penuh kerisauan. Risau jika apa yang aku harapkan, apa yang aku sasarkan tidak menjadi kenyataan.

Aku bergerak pulang ke Shah Alam selepas kerja pada hari Khamis. Rasa rindu yang sangat mendalam terhadap apartmentku yangtidak aku jejaki sejak sebulan yang lalu. Perjalanan amat menyenangkan malam itu, tanpa banyak kenderaan yang menuju ke arah utara. Amat berbeza sekali dengan perjalanan di malam Jumaat. Mungkin kereta pekerja-pekerja syarikat Kelabu Asap (Smokey Grey Co.) sahaja boleh menyesakkan lebuhraya utara selatan dari JB ke KL. Setibanya di Persimpangan Ebor, entah hati aku berbunga-bunga, melonjak-lonjak keriangan bak kanak-kanak yang diberikan gula-gula lolipop.

Setelah membersihkan diri dan menyemak surat-surat yang kebanyakannya bil-bil bulanan aku, aku pun berlabuh tidur agar dapat bangun di awal pagi untuk acara besar yang pertama aku.

Setibanya aku di Prince Court, tekanan daran dan berat badan aku diambil. Kemudian... arghh macam gampang je rasanya tulis macam ni. Ekekeke...

Ok, actually aku nervous gak nak pergi buat follow up medical check-up aku tu. Walaupun aku rasa aku dah quite prepared for this tapi masih ada rasa sangsi. Dan aku tak pasti, apa yang aku buat selama ni macam kontrol diet, exercise, makan ubat semua tu boleh turunkan kadar kolesterol aku atau tidak. Lagipun, aku memang tak sentuh langsung quaker oats. Seminggu tu, aku ada jugak lah google stuff macam "how much running 20km a week can reduce cholesterol level?" ataupun "apple effect on cholesterol level", stuffs macam tu.

Based on my experience in 2007, aku target paling banyak kolesterol level aku boleh turun pun, maybe around 6.0 (from 8.6). That should be an ok result tapi still a risky level jugak. Tapi bila jumpa cardiologist aku nak discuss about the result, I was grinning from ear to ear. Macam dapat result 10A1 dalam SPM, beb! Doktor kata statin can only reduce around 2 points. "I'm not sure about your diet but I think it must be the results of your marathon training..."

Doktor siap congratulates aku dan wish aku all the best for my quarter marathon (unlike someone yang wish aku pengsan waktu berlari, macam sial kan?). For now, I'll maintain the cholesterol level without the help from statin. Tengok lah lagi 3 bulan, macam mana resultsnya. Results aku tu pun dah conveyed to Dr yang buat aku punya pre-employment check-up dengan the Emerald. Aku pun tak sure how's the procedure, Isnin nanti aku akan email to the Emerald informing them of the result then wait laa, kalau ada, ada lah ye. The rest of Friday, I was running here and there.

Dari PCMC ke Melia Hotel untuk collect running kit aku then to Istana Budaya nak collect tiket Amy then to Bangsar untuk solat Jumaat, jumpa one old friend there, then to Midvalley, aku shopping seper-duapersalinan adidas, beli gak belt bra*n buff*l *terbang lah burung terbang... hiks!*, then gi Menara TM jumpa my good old buddeh, Ayah Pin, then amik LRT ke KLCC jumpa geng rebanamaya yang sewel semuanya sampailah staf Secret Recipe pun dah nak punch out shift, baru kitorang angkat ponggong masing-masing.

Sabtu tu, pagi aku mencari-cari lagi something kat area Shah Alam then dekat jam 12pm tu aku rasa penat gila. Aku kena tidur ni untuk Energizer Night Run malam tu. Tapi taulah tidur siang apa yang nak ditidurkan sangat kan? Bila bangun tu rasa lagi penat, ada lah. The rest of the story untuk larian aku tu ada di Deo On the Run. So, two big events done successfully! and I was really happy.

Ahad tu, aku lepak kat rumah je pagi tu, recovering from the run. Kejung juga peha belah kanan aku. Nasib baik malam sebelum tidur tu aku dah sapu minyak panas yang aku beli dari mamat main ular kat PCB dulu tu, so bangun pagi tak le sakit sangat. Then, member aku tiba dari JB, off we went to Sunway Pyramid. For the two achievements yang aku dapat, aku treated myself with Carl's Jr's hamburger and chili fries. Damn! They were good! and I know they're unhealthy. Ekekeke...


Malam tu my third big event for the weekend. Ni first time aku tengok show di Istana Budaya. Tiket pun bukan calang-calang punya tiket aku beli. Aku duduk di Grand Stall, baris belakang VIP row. VIP malam tu yang duduk di barisan depan aku, ada M.Nasir dan Marlia, dan all Search members - and they're wives, I assume. Hehehe... Kid macam lalok, buat lawak all the time, adehhh!!

Ok bout the show. I kinda not like it. Rasa macam tak berbaloi-baloi sangat dengan ticket price tapi tak juga laa aku rasa ralat. First of all, aku tak berapa suka seating kat IB tu sebab most of the time, pandangan aku terhadang oleh jambul Marlia Musa. Patutnya seat belakang kena positioned in between seat row depan (alaa macam kat dalam cinema). Instead, susunan kerusi tu macam sebaris-sebaris. Arghh susah laa nak explain.

Then, sound system macam tak best! Aku tak sure laa itu standard IB ataupun it's just Amy punya yang tak best. Pastu tak surround laa, macam dengar speaker dari depan je. Dengar cd dalam kereta lagi sedap. Pasal show pulak, hmmm... the moment aku dengar it's a musical show, directed by Ogy, aku dah tak sedap aaa... aku bukan nak tengok bangsawan, aku nak tengok rock!

And it's true. It's a musical, kisah perjalanan karier Amy dari zaman rock kapak, rock kongkang sampai ke zaman lagu dia mengetop macam Isabella, Rozana dan sampailah sekarang, zaman pasca dia lepas buat haji. The show requires Amy to dance along, buat aksi-aksi, berdialog dengan other characters. Something different laa, something yang Amy tak pernah buat sebelum ni atau mungkin takkan buat lagi sampai bila-bila.

Cuma bagi aku, I prefer Amy to just stand or sit on a stool, and sing his songs backed by the orchestra, interaksi dengan penonton sikit-sikit. Dah le. That's all I want. Ini, nak kata show dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan pun tak jugak sebab most of the time yang aku dengar, bunyi electric guitar and drums. Tak banyak part yang keluar bunyi violin, etc. But choice of songs was good, Amy nyanyi dekat 20 lagu, antaranya Kepala Sotong, Kongkang, Kerja Gila, Saat Ku Idamkan, Nigina, Rozana, Isabella, Suralaya, Tiada Lagi, Aku Dah Bosan, Kerja Gila, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Suatu Masa, Kepadamu Kekasih. Overall verdict, boleh lah.

Ok tu je.


1 comment:

MSOM said...

Saudaraku, Salam perkenalan.....

Related Posts with Thumbnails