Dalam sedar tak sedar, dah hari ke 60 tahun ni ye? Sepanjang minggu lepas, masih dok terngiang-ngiang keenakan percutian ke Kelantan weekend lepas. Sampaikan aku rasa nak repeat je sekali lagi, nak amik bas ke Rantau Panjang Jumaat malam. Sampai sana pagi Sabtu, shopping kat situ mana yang patut, petang sikit check in kat KB, then malam tu gi Wakaf Che Yeh dan pagi Ahad tu shopping di Pasar Siti Khadijah, petang atau malam tu balik semula ke JB. Best gak tu. Bukan apa, ada lah lagi dua tiga benda yang aku nak beli hari tu tapi tak terbeli dan akhirnya, terbayang-bayang kat mata aku sampai sekarang. Hiks!
Anyway, geng-geng rebanamaya dah plan aktiviti berikutnya. Mencandat sotong kat perairan Pulau Kapas, Terengganu pada hujung bulan 5 nanti. Plannya untuk geng-geng lelaki je sebab payah laa nak bawak geng-geng perempuan, buatnya nak terberak ke nak terkencing ke kan payah nak adjust ponggong tu ditonggengkan ke luar bot supaya taik/air kencing masuk direct dalam laut. Takkan lah nak tadah dengan baldi atau plastik kan? Buatnya ada yang mengada-ngada ajak balik hotel sebab tak tahan nak terberak, dah potong stim pulak geng-geng lelaki tengah sedap mencandat. Kalau lelaki senang je, tala je ke dalam laut tu kan? Tapi tengok lah macam mana budi bicara hos kita, abang Mat PO ok tak nak kasi budak-budak perempuan ikut ke tak.
Minggu lepas, aku pun busy gak lah settle kan future planning aku, i.e. book flight/hotel untuk majlis kawen adik aku di Penang bulan Jun nanti. Aku naik flight direct je dari JB, jumpa family aku kat Penang je. Then, Penang Bridge International Marathon yang dijadualkan bulan November nanti pun dah bukak registration. So, aku pun dah registered untuk 21km. Aku pun dah booking hotel, cuma flight je tak booking lagi sebab event tu right after raya haji. So, mungkin aku akan ke Penang dari Ipoh, atau mungkin jugak by that time aku dah pindah semula ke KL?!
Ok, cerita pasal pindah semula, hari Isnin lepas, the Emerald Co. called aku. Surprised jugak aku sebab memang aku tak put any hope pun. Dia tanya macam mana perkembangan aku? Dah buat further check up ke belum? Aku pun beritahu tarikh check-up aku hujung bulan ni (of which aku dah informed diorang sebelum ni, haish!). So, dia kata, ok dia tunggu result of the check-up. So, ada sinar sikit lah.
Back to the Marathon, hmmm... semangat aku membara-bara lah nak join acara-acara larian ni. Kat ofis pun aku dok preach kat geng-geng aku ajak diorang join run events ni, biarlah distance yang pendek-pendek macam 5km je pun takpe as a start. Pastu, tahun ni, ikutkan memang setiap bulan akan ada running events untuk aku. Banyak yang short distance, i.e. 10km, 15km. Cuma dua je yang 21km, i.e. KL Marathon in June dan Penang Bridge in November. Tak berani lagi lah aku nak try full marathon, i.e. 42km. Hihihi
Dan, semangat aku tu jugak lah menyebabkan aku created satu blog khas untuk cerita-cerita larian aku. Kalau korang berminat, boleh melawat Deo On the Run. Kat situ selain ada cerita pasal aktiviti berlari aku ni, ada lah jugak list of events yang korang boleh join sama-sama. Ada events yang aku join, ada yang tidak. Kira bagi aku, dah macam hobi lah larian ni. Running is my game! Kalau kat resume tu boleh letak lah kat bahagian hobi tu - berlari. Ececece...
And like other people with other hobbies, they will spend big on their hobbies. Macam yang minat fotografi, akan beli lense lah, tu lah ni lah. Sama jugak macam berlari. So, mula lah aku berkira-kira nak beli sepasang lagi kasut yang khas untuk berlari dalam competition je, yang ringan gile, yang bila pakai rasa macam tak pakai. Kasut tu ada laa dalam RM400 macam tu. Then, nak laa pulak beli jam Garmin yang siap boleh track kita punya pace, distance, ada GPS lagi. Yang tu pulak, aku dah tanya kat distributor kat Cheras, harganya RM1799. Perghh lagi mahal dari Garmin pakai kat kereta, beb! Ekekekek...
Dan dari segi pakaian pulak, tak yah lah cakap. Aku nak beli yang long tight tu, sebab ada events macam kat Penang nanti flag-off jam 3.30 pagi. So, sejuk lah kan kalau pakai shorts, takkan lah nanti asyik nak terkencing kat tepi jalan je time tengah berlari. Long tights tu pun harganya dekat RM100 jugak kot kalau brand Adidas. Pastu kalau 3/4 pants yang brand Adidas puns sampai RM100++ perghh mampus! Dah bila semuanya Adidas, selipar pun kena lah Adidas kan, tu pun paling murah RM50++. Tapi, memang aku suka laa setakat ni dengan aktiviti berlari aku. Yang paling bestnya, I got better and better everytime I go to gym. Time aku makin improving, distance makin further. Beh! Beh!
Lagi satu, hari tu aku tertengok ada Marathon kat Egypt, open for international runners as well. Yang bestnya, route lariannya, merentasi piramid-piramid di Egypt. Itinerarynya siap ada site visits, ada post-event party, etc. Fee nya tak lah mahal sangat, Euro75 je tapi aku check flight tiket, ada laa dekat RM5000. Tu satu hal, satu hal lagi, event tu distancenya 100km. Nak mampos?! Anyway, aku rasa setakat mana aku larat nak berlari ni, it will take me to places while taking part in the competition lah. Tahun ni pun aku plan nak masuk events kat Bidor, Penang, dan mungkin Singapore dalam bulan 12 nanti, selain daripada yang di KL lah.
Tahun depan, aku rasa aku nak plan taking part in Borneo Run kat Kota Kinabalu dengan Phuket Run. Tahun-tahun akan datang, mana laa tahu aku dapat peluan join competitions kat Australia ke, China ke, tak pun Boston Marathon ke? Perghh.. Boston tu memang every runner's dream laa to take part in the Marathon. Like mother of all marathons lah... hehehe angan-angan lebih, tapi tu semua logik untuk berlaku. Cuma harap, badan aku sihat je lah nak lari-lari ni...
Weekend, biasak laa nak buat apa lagi. Ni aku baru balik dari tengok movies back-to-back. Cadangnya Sabtu malam, three of us nak tengok Niyang Rapik. Alih-alih, stucked in traffic jam in JB city center for almost 4 hours. Yang dapat tengok Niyang Polis Trafik bodoh je! Ada perarakan chingay pe lancau tah. Polis trafik pulak tak membantu keadaan, at last diorang borak sesama diorang sambil kepit telur. Adehh.. sia-sia je malam tu tawaf bandar JB sampai 4 jam, kalau tengok wayang kat Melaka pun takpe.
Ohh.. aku tengok cite Up In the Air dengan From Paris With Love. Up tu best aku suka, George Clooney berlakon. Aku suka je karakter Ryan Bingham tu and his "What's In Your Backpack" theory tu. Yang citer Paris tu bukan cite romance ye, tu cite aksi ganas, tembak-tembak, pulas-pulas kepala, bunuh-bunuh, kejar-kejar naik kereta, last-last amerika menang kalahkan pengganas. Ehh bukan amerika yang menang tapi, seorang rakyat amerika, i.e. John Travolta, dia sorang je bunuh pengganas semua. Typical american. Ekekekek...
Ok, tu je lah cerita minggu lepas. So, sehingga berjumpa lagi di minggu hadapan. Adios!
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment