Sempena dengan Winter Olympic Games yang sedang berlangsung di Vancouver, Canada sekarang ni aku nak letak gambar yang related dengan Winter Olympic Games jugak lah kan? Heheheh...
Gambar ini diambil pada tahun 1998, 10 tahun selepas Calgary jadi hos kepada XV Winter Olympics ni pada tahun 1988. Itu kali terakhir Canada jadi tuan rumah Olimpik musim sejuk sebelum diadakan semula di Vancouver tahun ni. Aku ada jugak pergi Vancouver tapi waktu tu cuma ada tempat Sukan Komanwel je.
Anyway, aku nak ulas sikit lah pasal Olimpik ni.
Pertama, pasal ke'surprise'an aku dengan kemenangan duo dari China dalam acara figure skating. Perghhhh memang power lah diorang ni. Aku tak sure lah diorang menand sebab undi simpati dari juri sebab dah berapa kali diorang terlepas pingat emas dan ini olimpik diorang yang terakhir ke, tapi it was something unbelievable to see this duo to break Russian dominance in this event. Dan how, China has come up the rank to be among medal winners in winter olympics??
Lepas tu, aku ada jugak tengok event speed skating, yang macam acara balapan tapi kat atas trek ais lah. Yang aku tengok tu baru first round, tapi punyalah ramai peserta dari Korea, Jepun dan China. Gila aaaa... so, aku dengan member aku kat ofis ni plan lah nak jadi peserta pertama Malaysia yang menyertai sukan olimpik musim sejuk ni. Kitorang nak gi US, nak train dalam satu acara, dan for sure kitorang akan jadi the best in Malaysia, kan?
Atas faktor usia dan fizikal kitorang, acara yang paling sesuai lah untuk kitorang sertai ialah satu sukan yang aku rasa paling bodoh dalam sejarah sukan olimpik, CURLING. Kalau korang tak boleh bayang curling ni main macam mana, korang tengok video ni (click sini).
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment