Minggu yang indah!
Seminggu kena pakai songkok berlilit kain putih ke pejabat. Pagi Isnin tu, rasa janggal sangat dengan kemeja lengan panjang, tali leher dan songkok di kepala. Mula-mula tu rajin je aku pakai songkok even waktu aku di depan komputer aku. Tapi, lama-lama berkuwap kepala aku jadinya. Naik pening kepala aku, akhirnya songkok letak di meja je, bila nak keluar dari pejabat baru aku pakai.
Pagi Isnin tu jugak aku dapat panggilan dari the Emerald Co. Diorang tanya alamat nak hantar offer letter dan dokumen-dokumen lain. Maknanya, aku dapat lah kerja di Emerald. Yihaaa! So, diorang hantar dokumen semua tu ke alamat aku di Shah Alam dan email aku the scanned version.
Walaupun aku tak dapat gaji yang aku mintak, tapi kira okay lah sebab aku dapat lebih beberapa ratus daripada gaji aku sekarang dicampurkan dengan elaun kereta dan petrol yang aku dapat. I'll still be in a better position, lebih-lebih pulak dapat balik semula ke SA/KL! Tapi aku tak respond lagi kepada Emerald sebab aku nak tengok dokumen-dokumen lain dan buat medical check-up dulu.
So, sepanjang minggu tu, fikiran aku melayang-layang je laa mengenangkan aku bakal kerja di Emerald. Perbualan-perbualan aku pun berkisar dengan kerja baru ni je, ada jugak aku mintak pendapat kawan-kawan rapat aku, ada juga aku search di internet tentang working life in Emerald, aku survey macam mana aku nak commute to the workplace, etc.
Khamis, aku drive balik ke SA. Jumaat cuti gantian untuk Thaipusam. Bila dekat nak sampai SA, perasaan aku lain macam seronoknya dari waktu lain. Mungkin sebab perjalanan pulang ni yang beberapa perjalanan terakhir yang aku buat. Mungkin sebab aku dah tahu perjalanan aku ni mungkin dah nak tiba ke penghujungnya. Dan waktu aku drive tu jugak, bila aku tengok kereta-kereta ke arah selatan, aku rasa letih, nak muntah thinking that I'll have to drive back to JB later on Sunday. Heh!
That night, aku go through all the documents. Takde apa sangat, banyak borang-borang yang nak kena isi je. Dan juga ada surat suruh aku buat medical check-up di Prince Court. On Friday tu pagi-pagi aku dah call Prince Court nak buat appoinment, dia suruh datang hari Selasa which aku kata tak boleh sebab aku kerja di JB. Then, dia kata kalau aku sanggup tunggu, aku boleh datang terus tapi arrive before 11am.
Medical check-up awalnya went well, urine and blood test aku rasa takde apa. Test mata pun ok, test tiup api dalam komputer (nak tengok oksigen dalam paru-paru agaknya) pun ok. Then buat test pendengaran, first time aku buat test ni. Ok jugak kot. Cuma lepas tu aku kena jumpa cardiologist sebab ECG test aku detects ada some complication dengan jantung aku. I'm not surprised sebab kat Pantai last year pun ada problem jugak.
Lama tunggunya nak jumpa cardiologist sebab aku walk-in je. Waktu aku jumpa Dr Yap tu, aku cakap lah it's strange because they detected similar problem in Pantai last year but the results of CT Scan Angiogram that I went through didn't show any blockage on my arteries. Dr. Yap cakap, why they put you on angiogram? It is absolutely unnecessary. Your problem is not because of artery blockage, it's something else. Aku mula cuak! Dalam hati puas aku maki Pantai.
Rupanya I'm having Wolff-Parkinson-White syndrome which I was born with "an extra connection in the heart, called an accessory pathway, that allows electrical signals to bypass the atrioventricular node and move from the atria to the ventricles faster than usual." Walaupun aku tak pernah mengalami keadaan yang jantung aku berdetak secara rapid, mungkin sebab faktor usia yang masih muda, kemungkinan akan berlaku later in life although it is not life threatening. Kalau nak tahu lebih pasal WPW Syndrome ni, boleh baca sini or sini atau google je.
In summary, macam ni.. dalam jantung normal, ada satu je pathway. For illustration, say cars going from KL to Singapore. In normal circumstances, there is only one Causeway (Tambak Johor) to get them into Singapore. Lepas tu, Custom/Immigration clearance dekat Causway akan control pergerakan kereta masuk ke Singapura at a certain rate, macam tu lah. Tapi, dalam jantung aku ni ada pulak 2nd Link, so pergerakan kereta masuk ke Singapore tu jadi tak terkawal, kadang-kadang sampai sesak (or rapid heart rate). Kalau in extreme cases, takde kereta dah lalu ikut Tambak Johor, semua ikut 2nd Link. Haa macam tu lah.
Dan Dr Yap sempat jugak cakap bila aku dah kerja dengan the Emerald, dia suggest aku go through a procedure called 'radiofrequency catheter ablation' to remove the extra pathway tu. This procedure takde surgeon kat Malaysia yang boleh buat, tapi Prince Court ada collaboration with one Austrian hospital and they'll fly a surgeon from there to do this procedure.
Aku tanyalah Dr Yap, will this affect my employment? Dia kata, tak unless aku apply for a pilot or deep-sea diver position. Then, dia tak recommend lah. In my case, he will recommend to the general doctor yang buat medical check-up aku tu, then that doctor will pass the report to the Emerald. In the end, it's up to the Emerald to employ me or not. So, now I'll have to wait for the Emerald to give a green light before I can tender my resignation.
The offer letter stated that I have to report for a 16-day induction course in Bangi on 16th April dan report to HQ on 3rd May. Tapi aku rasa macam tak sempat, dengan 3-month notice period aku with the current company lagi ni. Maybe, I can only start on 3rd May, regardless lah in HQ or for the induction course. Tapi, apa-apa pun, kena tunggu medical result dulu lah ye.
Dan rasa beratnya nak balik JB tu amatlah amat beratnya sekali sebab rumah aku dah bersih sebersihnya, berkilat lantai boleh guling-guling cukup. Aku upah dua orang cleaners bersihkan rumah aku. Walaupun kena bayar RM60 seorang, tapi berbaloi-baloi! Cleaners tu jugak cakap, mula-mula mahal sikit sebab banyak yang kena bersih, tapi kalau panggil diorang kemaskan dalam once a month tu, tak lah mahal macam tu.
Cuma yang boringnya, aku kena tinggalkan diorang kat rumah buat kerja dan aku kena pergi somewhere in say 3-4 hours. So, membahayakan sungguh kepada poket aku jadinya macam hari tu. Macam-macam aku nak beli, dengan original dvd special edition 'This Is It' lah, cd audio muzik-muzik gamelan lah, dengan dah terbeli beberapa helai pakaian dalam lah (walaupun tak perlu beli lagi, tapi sebab ada design boxers tu yang aku takde lagi heheheh...) dan terbeli lah jugak carpet kat kedai Paki.
Aduhhh aku nak beli yang kecik je letak depan tv, ganti carpet lama yang dah kusam. Alih-alih dia kawtim dengan aku, terbeli yang besar sekali, karpet jenis rambut Shaggy tu.
So, that's all for last week. This week, aku nak settlekan borang-borang the Emerald, nak amik gambar passport, nak cop hasil perjanjian perkhidmatan kakitangan whatever lah (akujanji kot nih), then nak negotiate reporting date dan akhir sekali waiting patiently for the medical result. Fuuhhh... hope everything will be fine.
Terpanjang pulak entry ni, ye lah sebab excited kan cite pasal kerja baru ni. Oh ye, WPW Syndrome tu dikenali juga sebagai Preexcitation Syndrome, kira ala-ala belum jadi apa-apa lagi dah excited kan? Hahahaha....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
1 comment:
panjang betul.. tersempat kak nita tak tulis plak.. kekeke
apa2 pun tahniah !
-ojij-
Post a Comment