Friday, February 05, 2010

POW: LTdL2000


Aku sendiri tak pasti macam mana sewaktu aku kerja di Proton dulu di bahagian Corporate Planning, aku boleh terjebak dengan Events dan Sponsorship punya aktiviti. Tapi yang aku pasti, setiap tahun tibanya Le Tour de Langkawi, nama aku mesti naik untuk support bahagian 'cavalcade'.

Untuk pengetahuan korang, 'cavalcade' ni lebih kurang promotion team untuk LTdL race lah. The convoy of vehicles (ada setahun tu mencecah dekat 90 buah kenderaan) akan membawa replika-replika penaja-penaja di atas kenderaan 'cavalcade', kemudian badan kenderaan-kenderaan akan dihiasi dengan logo/iklan penaja-penaja, etc. Konvoi 'cavalcade' biasanya akan tiba di sesuatu lokasi sejam sebelum basikal para pelumba tiba.

Dan konvoi akan bikim havoc di lokasi-lokasi yang konvoi berhenti, contoh di tepi-tepi sekolah atau di pekan-pekan kecil untuk memberitahu orang ramai yang pelumba-pelumba basikal akan sampai tak lama lagi. Yang bestnya, kenderaan-kenderaan 'cavalcade' ni akan bawa bersama dan distribute kepada orang ramai cenderamata-cenderamata sumbangan para penaja. Paling busuk-busuk pun pen lah, atau note pad. Paling best, kalau dapat t-shirt, cap, memang grand lah tu sebab kebiasaannya cenderamata ni semua ada cop logo LTdL.

Gambar bawah ni, sewaktu LTdL 2000, tahun pertama aku join. Aku tak sure di mana lokasi gambar ni, mungkin somewhere kat Johor atau Kuantan atau mungkin juga Melaka, entah? Dan kalau korang kenal, dalam gambar tu ada Seelan Paul. Waktu ni dia masih lagi penyampai dengan Era FM dan juga Kiran yang waktu tu dia masih lagi dengan Skuad Perodua Era, belum glams lagi tapi sekarang dah glams. Aku je tak glam-glam lagi. Huhuhu....



Tak banyak gambar LTdL yang aku ada sebab semuanya bukan dalam digital copies, waktu tu pakai filem lagi.


No comments:

Related Posts with Thumbnails