Tuesday, June 30, 2009

Sesekali gua terasa nak balik SA for good


Inilah padahnya cuti weekend panjang. Bila tiba masa nak balik JB, mulalah hati aku jadi gundah gulana. Kalau dulu, aku akan balik JB petang hari sebelum hari bekerja tapi sekarang aku dah belajar balik pagi hari bekerja tu (bergerak around jam 5am dari Shah Alam). Walaupun aku yakin yang aku akan mengantuk kat ofis, tapi apa aku peduli. Baik aku tidur semalam lagi kat SA kan?

Pagi tadi, macam meronta-ronta je hati aku sebut TAK NAK! macam iklan kempen anti merokok. Tak nak balik JB. Kaki dan tangan aku macam diikat-ikat di bucu-bucu katil, macam adegan seks ganas. Ekekekek... erkkk... teringat adegan ranjang dalam Transformers ROTF antara Sam dengan Alice, ganas dan mengerikaaannnn <-- iye aku dah tonton cite ni semalam!

Aku balik JB pagi tadi dengan my JB housemate yang bakal jadi ex-JB housemate. Mula-mula dia janji nak pick up aku jam 4.45am, aku pun dah standby dah. Sekali, message masuk dia kata jam 5.00am pulak. Aku pun turun je lah ke bawah tunggu dia siap-siap. Keluar je dari lif, dia called cakap jam 5.10am pulak. Amboi! Makin delay makin delay. Ekekeke... dalam kereta pun housemate aku dok mengeluh takde mood nak balik JB, walaupun dia tinggal 2-3 minggu je lagi nak blah.

Dan aku pun macam terasaaaaa sesangat lah tadi nak balik cari kerja di Klang Valley. Ideally kerja kat Shah Alam laaa... best wooo lepak Shah Alam. Weekend lepas, in three days, selain daripada gi ofis KL aku kat area Bangsar, aku tak keluar pun jauh-jauh dari Shah Alam. Cuma gi tengok wayang kat Summit USJ, pastu gi dinner sekali kat Puchong, the rest aku lepak Shah Alam je.

Makan nasi dagang kat Seksyen 11, makan gulai tempoyak ikan patin kat Seksyen 27, makan Ani Sup Utara kat TTDI Jaya, makan kuetiaw kungfu kat Seksyen 13, breakfast kat Restoran Geng (Upin & Ipin) kat belakang rumah aku, makan laksa utara paling top kat tepi jalan tepi Tesco Extra. Erghhh best part makan je nih. Tu belum campur nasi kandar Raihan lagi.

Dan bila sampai kat ofis JB, parking pulak macam gam***g! Korang tau lah ofis aku ni shop lots, waktu kitorang baru pindah JB, ofis kitorang je yang wujud kat sini. So, banyak laa parking nya. Since a year ago, macam-macam kedai bukak. Dah le staf kitorang 100++, campur dengan orang kerja kedai+ofis lain, pelanggan+clients diorang lagi. Hmm... kalau aku nak berhenti kerja JB ni, salah satu alasan aku nak kasi ialah, "syarikat tidak menyediakan tempat meletak kereta yang cukup". Boleh?


2 comments:

edrina said...

ala deo aku asyik lupa nak pass key chain tu la huhu.. next week la ek ekekek

Elf said...

Ko ni sebenarnya gundah gulana sebab housemate ko nak pindah KL..Nanti siapa nak makan makanan yang ko masak, kan?

*Maksud tersembunyi: Sila carik orang rumah segera...

Related Posts with Thumbnails