Iklan:
wit-ty
adj. wit-ti-er, wit-ti-est
1. Possessing or demonstrating wit in speech or writing, very clever and humorous.
2. Characterized by or having the nature of wit; funny or jocular: a witty saying.
3. Quick to discern and express amusing insights or relationships.
4. Entertainingly and strikingly clever or original in concept, design, or performance: a witty sculpture; witty choreography.
wit-ti-ly adv.
wit-ti-ness n.
Ada orang cakap kat aku...
Entahlah orang tu dalam keadaan sedar atau tidak, ataupun dalam keadaan sakit hati kat aku ataupun nak melobi aku untuk sebidang tanah di Johor (ha ha haa), "walaupun ur words were quite saucy but u still sound witty sometimes!"
Witty tu! I take it as complement... walaupun dia ada letak kat hujung tu sometimes. Well, at least I can be clever or original in concept or funny or jocular or humorous sometimes, kan?
Cerita:
By the time korang baca entry ni, mungkin korang bangun atau tak tidur-tidur lagi jam 4.30am. Ataupun kalau korang baca entry ni between 5.30am to 9.30am, aku dalam perjalanan dari KL ke Ipoh nak ke rumah mak-pak aku. Ataupun kalau korang baca entry ni between 9.30am to 12.30am, mungkin aku sedang cover tidur aku balik tak hengat. Ataupun kalau korang baca entry aku in between 12.30pm to 2.00pm, mungkin aku tengah kat masjid nak solat Jumaat (hmm... yang ni takkan lah mungkin jugak, kan?).
Ataupun kalau korang baca entry ni in between 2.00pm to 5.30pm, mungkin aku sambung balik tidur aku. Ha ha haaa... ataupun kalau korang menyalahgunakan kemudahan internet di office, yang jenis access internet dari office je dan korang baca entry ni pada hari Isnin, aku mungkin tengah kerja (kerja pun mungkin ek? he he hee...) kalaupun bukan tengah kerja, mungkin aku tengah ketip kuku kat ofis ke. Heh! Gasaklah bila pun korang nak baca entry ni.
Time aku publish entry ni, aku lepak kat McD KL Sentral. Ini je tempat yang boleh lepak legally kat KL Sentral ni between 12.00am to 5.00am. Kat tempat-tempat lain, korang boleh lepak sehinggalah korang dihalau oleh security. Kalau takde duit nak beli even fries ataupun sundae yang RM1 kat McD tu, korang boleh lepak ataupun baring/tidur je kat atas lantai kat luar KL Sentral (opposite Hilton dengan Le Meridian tu).
Yang aku tak pahamnya, Security sini lebih rela korang tidur baring-baring kat luar and depan pintu masuk KL Sentral tu yang membusukkan penglihatan daripada korang elok-elok duduk secara sopan sambil menggunakan komputer riba di salah satu meja di luar restoran KFC yang tidak dibuka 24 jam semata-mata untuk mendapatkan bekalan elektrik yang terlalu limited dan tidak diletakkan di tempat-tempat strategik walaupun pihak pengurusan KL Sentral menyediakan perkhidmatan wifi.
Haaa... amik kau luahan satu ayat daripada mangsa infra kelas pertama tapi mentaliti dunia lebih teruk daripada negara Somalia.
Kalau dah sediakan wifi free tu, sediakan lah plug points yang mencukupi, kan? Dah le plug points nya ada sekeping dua keping je kat tiang mana-mana tah. Pastu tak boleh pulak lepak dekat-dekat plug points tu. Bukannya aku saje-saje datang KL Sentral sebab nak curipakai wifi, aku ada tiket laaa... tiket jam 5.30am. Aku tanya balik security tu (kesian lah pulak sebab dia kena drill dengan aku), "Kalau saya tak boleh duduk sini sebab KFC tak bukak 24 jam, tunjukkan saya kat mana saya boleh gunakan plug point."
Dia kata, "sebenarnya tak boleh pakai plug points kat sini-sini..." Aku questioned dia balik, "Habis tu apasal Management provide free wifi tapi tak provide plug points? Ingat laptop pakai batteri AA ke?" Dah Security tu asyik quote "management bagi arahan", "management bagi arahan", aku pun boring laa nak argue dengan dia, macam tak constructive, macam tak challenging. So, aku blah je lah dari situ dan lepak kat McD ni yang jugak ada satu je plug point di mana meja berhampiran plug point tu telah diambil oleh seorang pelanggan yang sedang tidur. Damn it!
Dan nak je aku hempuk kepala pelanggan yang tengah tidur tu dengan tray McD ni supaya dia pi tidur kat meja lain yang berjauhan daripada satu-satunya plug point yang terdapat di McD yang dibuka 24 jam dan satu-satunya tempat yang legal untuk lepak between 12am to 5am di KL Sentral ni.
Nasib baiklah aku hanya ada 2 jam setengah je nak tunggu sebelum tren aku tiba sebab aku lepak kat mamak kat Putrajaya beberapa keping geng reban tadi. Adalah si delinn ratu cantik sintok, arc, lb, angah, wan, krozz dan yop.
Itu je lah nak cerita. Agaknya pasal kes-kes macam kat atas tadilah yang ada orang tu cakap aku witty 'sometimes' je kot. Adehhh... macam manalah gayanya nak jadi witty all the time ni, ek?
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment