Ini aku nak buat satu pengakuan. Dengar sini elok-elok, rapat-rapat. Korang jangan ambik tak peduli dengan pengakuan aku ni. Sebabnya, kalaulah ada rezeki atau ditakdirkan aku jadi CEO ke ahli politik ke atau artis ke, bila wartawan tanya apa makanan kegemaran aku?, aku takkan jawab, "Salah satu makanan kegemaran saya ialah KFC." Ye laa... pernah ke korang tengok dalam biografi personaliti-personaliti, diorang tulis diorang suka makan KFC?
KFC ni memang laa jalan mudah untuk aku bila tak boleh nak berfikir nak makan apa. Ataupun bila aku rasa tak confident tentang tahap kebersihan ataupun keenakan makanan di food court especially food court Jusco Permas Jaya yang rasa makanannya, hmmm aku rasa makanan zirafah kat zoo Taiping lagi sedap kot. So, petang semalam pun sebab malas nak berfikir panjang nak makan apa kat food court Giant SA ni, aku pun ambil jalan mudah makan KFC saje lah. Heheheh...
Sekarang ni kat KFC, dah takde Hot&Spicy. Dah digantikan dengan KFC Fiery Crunch, yang lebih rangup dan lebih pedas. Aku pun rembat sesnack plate KFC Fiery Crunch. Bila dah duduk nak ngap, aku tengok dua botol sos atau meja. Sebotol, sos cili. Sebotol lagi, sos cili Thai. Sos tomato, tak nampak pun atas 5-6 meja depan aku. Malas lah aku nak bertekak lagi dengan pekerja atau pengurus restoran KFC hanya kerana orang Malaysia kurang makan sos tomato.
Tapi, orang Malaysia memang hebat! Dah le ayam pun spicy. Sos pun cili belaka. Tak macam orang Amerika, pengecut. Makan original recipe je. Lepas tu, sosnya pun sos tomato belaka. Cuma nak kurangkan kepengecutan diorang, diorang panggil sos tomato tu ketchup. Hehehehe...
Persoalannya: Berapa juta RM aku boleh saman KFC ni? Sebab bila doktor aku kata kadar kolesterol aku tinggi, aku syak ni semua berpunca daripada kulit ayam KFC yang perghhh... memang tak dapatlah aku tak masukkan ke dalam mulut aku. Rugi beb kalau kuis-kuis, buang-buang je kulit ayam KFC ni.
Dan... oleh kerana tahap kolesterol aku tinggi dan aku syak ia tinggi sebab aku makan kulit ayam KFC, aku nak tambah lagi satu kriteria kepada sesiapa yang berminat nak keluar dating dengan aku. Korang kena takde allergic atau pantang makan kulit ayam KFC, sebab bolehlah nanti korang makan kulit ayam KFC aku. Any takers?
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
7 comments:
dah thn2 tak mkn kulit ayam
alaaa....melepass!!!
kedekut beno kamu ni yeop...
ajak dating nak banjer kulit ayam je?
kulit boya tu ade gak le herganye?
wa pun melepasss jua!
Deo, aku rasa Jijo sure sanggup makan kulit ayam ko ekekekekek larikkkkkkkkkkkkkk
Azrul, kau pernah try ayam goreng kat season either kat plaza pelangi or CS? kat situ pun sedap.
weii joeeeeeeeeeeeeee,pelangkong kang./(opss tergarang.. ekekeke)
aku pun dah lama tak makan kulit ayam tu semenjak 4-5 thn lepaas.. so ko ajak joe deo, hehehheh
dan 1 lagi rasa baru hot spicy yg terbaru ni tak sedap, aku nak hat yang sebelum ni.. (ada ke customer serbis kfc lawat blog ni ek)
-ojij-
*Saya mencari henbeg kulit saje..*
pengakuan bener seorang datin. ;p
Post a Comment