Iklan:
Kalau aku jadi Menteri Pelajaran, aku kasi sekolah cuti 265 hari supaya jalanraya tak jem. Ha ha haa… alaa lagipun syllabus sekolah kat Malaysia ni aku rasa 100 hari setahun pun dah cukup, dah boleh cover. Oppsss… Tapi, kalau nak jadi Menteri Pelajaran, aku kena bertanding pilihanraya. Kalau aku nak menang dalam pilihanraya, aku tak boleh jadi calon Bebas. Aku kena join dan jadi calon mana-mana parti beruk kat Malaysia ni. Adehhh…. Tak jadi lah nak jadi Menteri Pelajaran, jem pun jem laa…
Cerita:
Semalam petang boss aku suruh aku attend satu workshop oleh UPEN untuk dua hari, Rabu dan Khamis 8.30-5.30pm kat Sofitel, Senai. At the same time, boss aku suruh aku attend jugak satu meeting kat Medini hari Rabu 10.00am. Adehhh… dia nak juga aku attend dua-dua benda ni. So, sepetang lah aku berkira-kira macam mana nak aku lalui hari ni.
Dah le UPEN tak kasi itinerary workshop tu. So, aku berkira-kira laa untuk attend meeting di pagi Rabu, then lepas meeting tu baru lah aku join workshop. Tapi, biasanya the gist of a workshop is in the first session. Mungkin facilitator nak pecahkan kitorang ke dalam kumpulan ke, ataupun nak assign tasks or just brief on the deliverables.
Aku berkira-kira jugak nak attend workshop from 8.30 to 9.30am kat Senai then cabut ke Medini for the meeting. Senai to Medini aku rasa ada laa dalam 30 minit kot. Macam orang gila jugak laa kan jadinya aku nanti. Mau berbakul sumpah seranah waktu driving yang terkejar-kejar tu nanti kan? Mau laa semua pemandu kat Malaysia ni jadi bodoh pada pandangan mata aku, kan? Ha ha haa…
At last, boss kepada boss aku nak boss aku jugak yang attend workshop tu. So, aku attend meeting setengah hari. Boss aku attend workshop dua hari. Maknanya…. kemerdekaan selama satu setengah hari! Jangan boss aku suruh aku ganti dia untuk workshop second day tu sudah le.
Iklan:
Cakap pasal boss ni kan, korang sure tak tau kan pasal Si Puaka dah nak kena transfer ke tempat lain. Alsebabmusabab nya sebab tak perform laa... apa lagi.. ha ha haaa....
UK Trip : Day -2 weeks before.
6 years ago
No comments:
Post a Comment