Wednesday, March 11, 2009

Semak


Semak, serabut kepala aku kalau kena kerja kat ofis KL ni. Dah lama aku tak kena bekerja di ofis KL, ada lah dalam 4 bulan macam tu.

Balik dari kerja tadi, dengan hujannya, jalan basahnya, traffic jamnya, kereta potong-potong queue nya, tak boleh nak cross intersection walaupun traffic light dah hijau sebab pemandu-pemandu kereta bodoh bahlol bangang dah block tengah-tengah intersection. Pagi tadi pun sama. Belum 5km jaraknya aku keluar dari rumah, aku rasa dah setengah kilo makian aku kalau nak ditimbangkatikan.

Aduuuhhhh pening jadinya kepala aku ni! Sampaikan waktu nak solat Maghrib tadi, instead of bentangkan sejadah, elok je aku capai tuala aku dan aku bentangkan. Sampailah aku pijak tuala tu, barulah aku rasa pelik apsal sejadah aku ni berbulu-bulu tebal semacam?

So, bila kepala dah pening, hati dah hangat ni, potong stim lah rancangan-rancangan awal nak mengeteh dengan kawan-kawan malam ni. Jahanam sangat kan kerja kat KL ni. Kalau kat JB, takde lah aku tension-tension pergi atau balik kerja. Pokoknya, KL ni kalau time bercuti-cutian atau datang time liburan okaylah. Tapi kalau untuk kerja, aku dah tak boleh nak terima, tak boleh nak masuk akal kerja kat KL ni.

Itupun nasiblah ofis KL aku ni kat pinggiran KL je. Tak boleh bayangkan kalau kat tengah-tengah KL tu. Dan nasib jugak lah sehari je aku kena kerja kat ofis KL ni. Esok pagi meeting kat Putrajaya. Lepas meeting je aku nak blah terus balik JB laaa.

So, kalau ada rezeki aku dapat offer kerja KL nanti di masa hadapan, aku nak mintak diorang masukkan helicopter dalam perks aku lah, boleh?!


5 comments:

sity29 said...

heheh how i miss cyberjaya :(((

Lan Bingka said...

tu belum banjir lagi..

Anonymous said...

macam dah serasi je duduk kat JB tu... :-)

Anne said...

orang kl tak marah ke ko cakap gitu?

Anonymous said...

Ekekekekek anne, aku tak terasa hati pun.. yelah jarak opis ke rumah hanya 10 minit , kalau naik keta ada jalan pintas..so taklah aku tempuh jem sangat.

so kalau nak keja kl kena cari tempat strategik.. kawasan rendah /tepi sg klang tu baik di elakkan

ehh aku org utara keja kat kl, wat pe nak terasa hati

-ojij-

Related Posts with Thumbnails