Monday, March 16, 2009

Mengkritik AF


Sempena ketiadaan Ustaz Jijo yang sedang bercuti di pantai timur, biarlah aku ganti tempat dia jadi pengkritik tetap AF. Ekekekeke...

Ok. Konsert pertama last Saturday. First of all, aku nak tau konsert tu buat kat mana ek? Macam kecik je tempat tu. Stage kecik, ok lah kot ala-ala American Idol. Tapi tempat duduk penonton macam cramp gila, jenis kerusi yang susun-susun gitu.

Secondly, aku tak puas hati apsal Astro tak bagi pengkritik tetap kritik kaw-kaw waktu konsert pertama?! Kalau dah pelajar bebal, persembahan macam ikan buntal, kenalah kritik kaw-kaw, kan? Then, apa lah fesyen rambut Dato' Khatijah Ibrahim tu? Adehhh... ni bukan zaman menyanyi duet dengan Hail Amir.

Last sekali, aku tak puas hati takde penyingkiran. Kalau aku ada kuasa mutlak untuk singkirkan budak-budak tu, aku akan singkirkan (ikut turutan) Obri, Rini dan Hafiz.

Obri dengan Rini tu memang menjengkelkan sejak dari Diari. Kamera pulak dok fokus diorang dua orang je. Konon, nak menyekendelkan diorang lah ni. Menyanyi bukan sedap pun tapi diorang macam perasan diorang bawa kelainan pada lagu yang diorang bawak.

Yang si Hafiz tu aku rasa he tried too much for a simple song. Memang lah persembahan dia ok. Tapi setakat bawak lagu Aizat - Lagu Kita tu, ek elehhh... lagu tu kacang je. Pastu aku tak suka dia terangguk-angguk terangguk-angguk waktu nyanyi tu. And for me, Hafiz tu bukan material untuk jadi artis laa... first of all, kena betulkan cara berjalan dulu.

Oppsss... aku mengata ni nanti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dakwa aku kat mahkamah pulak. Lantaklah... Haa.. tu tiga orang sengal yang aku rasa patut sangat keluar malam Sabtu lepas.

Yang aku support, budak laki si Qhaud. Walaupun aku rasa dia pun tak pergi jauh tapi bakat dia besar. Astro pun macam gampang, waktu diari tak keluar sangat cerita mamat ni dan mamat-mamat lain. Balik-balik keluar cerita Obri tu.

Yang awek, aku support menggila kat Aishah. Alamaaakkkk comel siot minah ni. Pastu cheeky plak. Cuma kena belajar showmanship lebih sikit. Lagi sorang yang anak lima tu. Power siot bontot dia. Opppssss.... suara dia!

Ok tu je lah nak komen. Pass baton balik kat Ustaz Jijo


5 comments:

redspider crystal said...

spider mmg dh tangkap minat dgn aisha bujang yang comel tu.
Suara bez. Hari tu npe ade minah ni suka2 je nak tinggi suara kat die? nasib baik minah tu xdapat g top14. kau ingat kau bez ke, walaupun kau cakap "I jenis serius, klau buat kerja i memang serius." Boleh jalan lah dgn kau punya serius. Suka-suka ati nak tengking anak org apehal. Puas hati spider minah tu t'keluar. Betulke minah tu isteri Izani pelakon tu? ntah r, yang penting minah tu dah kena singkir.Cian aisha sampai nangis. Anyway, Gudluk 4 aisha.

Sorilah krn tlh memanjgkn ruang komen ada-ada saje. Pe2 jelah.

Anonymous said...

aku 'tersinggah" satu tempat tadi, dan baca komen AF di sana
http://mrmanager.blogspot.com/

AKS

Anonymous said...

oo si belacan tu ye? mmg ada rupa2 belagak tu. mcm la laki dia tu encem dan best sgt jer. oppss tlebih sudah.

redspider crystal said...

ha..betullah tu. Berlagak lah sgt.
Ingat kalau masuk top14 pun, xde sape nak vote. dari mendatangkan rugi pada astro, baik singkirkan awal-awal.

p/s: tak elok nak tunjuk lagak kat budak2.

Anonymous said...

err kena ulas gak ke ni? baru sempat tengok 5 peserta,
sabarjelah ko ckp aku ustad ek

-ojij-

Related Posts with Thumbnails