Thursday, March 26, 2009

Empat dara


Korang pernah dengar tak lagu Noraniza Idris - Empat Dara? Tak pernah?! Kalau empat anak dara yang masih dara pernah dengar? Jarang-jarang dengar sekarang ni? Ekekekeke...

Lirik lagu tu macam ni...
"Empat Dara duduk di tepi sungai, duduk menjerat si ketamlah batu. Manis rupa hai elok perangai, sukar dipilih yang manalah satu. Empat Dara berpakaian sedondon, berbaju putih berkainlah biru. Pandai mengarang seloka dan pantun, hitam manis hai pandanglah tak jemu. Empat Dara hai denganlah lagaknya, bersiar-siar sekeliling kota. Sekali pandang senyuman manisnya, tak mungkin lupa sepanjanglah masa."

Time-time perhimpunan agong UMNO ni teringat pulak aku dengan lagu ni. Ada kena mengena jugak lagu ni dengan orang-orang UMNO.

Menjerat si ketamlah batu - pancing undi babe, umpan dia... sendiri mau ingat.
Manis rupa elok perangai, sukar dipilih yang manalah satu - time pemilihan memang calon masing-masing muka manisssss je, nak pilih mana satu pun susah.
Berpakaian sedondon - berbaju putih, berkainlah merah; pink kalau puteri.

Pandai mengarang seloka dan pantun - korang dengar je lah pidato diorang, macam-macam torak, bersembur-sembur air liur. Yang mendengar entah paham entah tidak, tepuk tangan tetap tepuk tepuk tepukkkkk....
Hitam manis pandanglah tak jemu - dulu waktu ada Datuk Kadir memang tak jemu; sekarang ni yang tinggal hmmm... naik jijik aku nak taip nama Reezal Merican kat sini. Uweeeekkkkkkkkkkk!!!!

Hai dengan lagaknya - memang berlagak pun orang-orang UMNO.
Bersiar-siar di sekeliling kota - perlu ke aku jelaskan? bersiar-siar laa melawat kawasan especially time nak pilihanraya/pemilihan barulah nampak muka kan?
Sekali pandang senyuman manisnya, tak mungkin lupa sepanjanglah masa - Yang ni aku tak agree lah; senyum memang laa manis tapi lagi aku nak baling selipar ada laaa...

Anyway, song aside - Najib dah kasi criteria untuk Empat Dara dia. Oppsss... asal Najib je mesti tersilap associate dengan anak dara. Ekekekeke... Maksud aku, Najib dah letakkan kriteria untuk orang-orang yang bekerja bawah meja dia...
“Present to me a team that has the traits of loyalty, integrity, ability and dedication to duty.”

Number one in his priority - KESETIAAN. Setia tu penting, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Ahai...

Number two - INTEGRITI. Integriti comes later than setia. So, kasi rasuah untuk suruh orang setia dulu, itu penting.

Number tiga - KEWIBAWAAN. Hmmm... so, lupakanlah angan-angan nak ada pemimpin-pemimpin yang gempak - dari segi latar belakang pendidikan atau pengalaman bekerja/berpolitik atau yang mampu mengubah hala tuju negara sebab wibawa comes in only at third position. Yang setia je berapa punya ramai yang boleh mengaku setia kan? So, bila tapis, tapis, tapis... yang wibawa ni terpaksa lah melukut di tepi gantang juga akhirnya.

Number empat - DEDIKASI. Takpa laaa jam 4.25pm dah tunggu kat punch card machine. Dedikasi nombor empat je dalam senarai. Lagipun, kalau dah setia, tak payah sangat dedikasi laaaa... Ekekekek...


5 comments:

frappe_crush said...

x pernah pulak rasa boring baca komen hang..walaupon ada dok sentap sket2..kekekeke.

redspider crystal said...

UMNO terus mara...
Untuk kroni-kroni depa...
(ntahlah..rasanya lah.iyekot)

Anonymous said...

memang ye

ada jawatan..
ada projek..
ada wang..untuk di taburkan

untuk mereka dan keluarga mereka sahaja.. opsss

-ojij-

K i a H R o N g G e n G said...

sentapz ngan 4.25 tu..hiskkkk

h a p r a q said...

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu...

lepas ni kena cari lagu empat dara..hehehe...komen yg menarik.. :)

Related Posts with Thumbnails