Tuesday, March 17, 2009

Kawan


Aku ingat lagi waktu aku kecik dulu, waktu umur aku sekitar 10-11 tahun. Adik beradik aku bahasakan diri kitorang 'orang' sebagai menggantikan saya. Contoh, "Orang lapar nak makan laaa..." Waktu umur macam tu, 'aku' is a no-no sebab nanti kena kejar dengan hantu paku. Ekekekeke...

Satu hari tu, entah apa mimpi along (kakak sulung) aku. Dia buat rules, kitorang adik beradik ditegah menggunakan perkataan 'orang' lagi. Sebaliknya kena bahasakan diri dengan gelaran masing-masing. So, aku kena bahasakan diri aku as 'abang cik' laa. Siapa langgar pantang larang ni, kena denda 5 sen kot tak silap aku untuk setiap penggunaan 'orang'.

Aku tak ingat berapa sen yang aku kena denda sebab terlepas jugak gunakan 'orang'. Tapi memang efektif laa along aku buat ruling macam ni. Kalau tidak, sampai sekarang lah adik beradik aku terorang sana terorang sini. Hehehehe... tapi nasiblah akal aku tak berapa panjang waktu tu. Kalau tidak, instead of bahasakan diri sebagai 'abang cik' mahu je aku bahasakan diri aku dengan 'I'. Baru kelasss kan?

Dah besar sikit, dah sekolah menengah baru laaa pandai guna 'aku'. Takdelah pulak kena kejar dengan hantu paku dah 20 tahun guna 'aku' ni. Agaknya hantu paku kejar budak-budak 12 tahun ke bawah je.

Kat Johor pulak, instead of 'aku', diorang sini dok bahasakan diri diorang dengan 'kawan'. Macam orang utara, guna 'cek' (cek tendang ke? wakakakak). So, terkawan sana, terkawan sini je lah orang-orang Johor ni. Korang bayangkan kalau diorang nak cakap, "Semalam, member aku pergi kenduri dengan member aku kat Pontian tu" akan berbunyi begini, "Semalam, kawan kawan pergi kenduri dengan kawan kawan kat Pontian tu." Berapa banyak kawan daaaa???

Sampai sekarang, aku tak boleh adjust 'aku' jadi 'kawan'. So, tak boleh mengaku orang Johor lagi ni.

Dan sekarang, terngiang-ngiang lagu Ruhil Amani kat kepala aku ni. "...kau pandai bercerita, surat panjang berjela.... kita di bangku sekolah lagi...." Ahai...


3 comments:

Nani Shahabudin said...

bukan orang johor suka cakap 'kiter' ke?

frappe_crush said...

Abang Cik kiranya abang yang paling kecik ka Deo?
Aku tak guna cek..Bukan cek tendang la Deo, sebutan cek tu bunyi lemak gemalai lemak merdu sket..

nino said...

budak-budak sekolah biasanya guna 'kiter'.

tapi 'kawan' tuh biasanya orang-orang lama je yg guna.

hihi.

:)

Related Posts with Thumbnails